Koleksi Terbaharu: Lampu-lampu karbaid NOS + Lampu Miller Bermeter


Koleksi terbaharu lampu-lampu Basikal Malaya yang bakal ditempatkan di ruang pameran peribadi tidak lama lagi.

Salam sejahtera dan Salam 1Malaysia buat semua pembaca blog BM. Sebagai entry pembukaan di tahun 2012 penulis ingin sajikan beberapa koleksi terbaharu lampu-lampu basikal yang kini berada di dalam simpanan koleksi peribadi penulis. Apalah ertinya sebuah hobi kalau dari tahun ke tahun jika tiada pertambahan dan perubahan darisegi koleksi bagi menghiasi basikal-basikal yang tua yang ada. Setidak-tidaknya dapat melatih diri kita untuk berusaha melaksanakan perkara-perkara kecil sepertimana yang diimpikan. Daripada bercakap dan berpolemik bagaikan “dewa-dewa basikal terhebat” lebih baik fokuskan kepada perkara-perkara rutin bersifat realiti yang kita suka/gembira dan boleh membuatkan kita happy dalam kehidupan. Prinsip penulis mudah talk less do more and walk the talk.

Keleksi pada tahun 2012 lebih selektif dan mengutamakan kualiti dan bukan kuantiti

Pada tahun 2012 penulis ingin fokus untuk mendapatkan aksesori-aksesori basikal tua yang benar-benar berkualiti dan “berkotak” (New Old Stock). Bak kata pepatah “kalah membeli menang memakai”. Apa pun janganlah kita lupa “ukur baju dibadan sendiri”. Menurut wikipedia (boleh google apa sahaja pasal basikal dan “berzaman” diorang buat kajian yang diiktiraf) lampu karbaid atau acetylene gas lamps telah digunakan sebagai lampu basikal sejak tahun 1896. Kebanyakkan lampu karbaid yang dahulunya digunakan di Malaya dikeluarkan oleh Syarikat-syarikat seperti Joseph Lucas Ltd, Powell and Hanmer Ltd (P&H), H. Miller & Co, dan sebagainya.

Lucas Calcia Club model no. 143 buatan Joseph Lucas, Birmingham dalam kondisi original

Lampu Powell & Hanmer (P&H) New Old Stock syarikat ini kemudiannya diambil alih oleh Joseph Lucas Ltd.

Inilah dia Miller Beto lampu karbaid yang pernah digunakan menerangi perjalanan basikal tua suatu masa dahulu

Bagi penulis memiliki lampu-lampu basikal sekitar tahun 1930an dari 3 syarikat terkenal ini sudah memadai bagi membolehkan penulis tidur tersenyum (titun ade sinyum) dan gembira apabila melihatnya digantungkan pada basikal tua kesayangan. Paling signifikan ialah usaha menjejaki lampu Miller bermeter (tahun 50-60an) selama ini telah berakhir pada awal tahun ini setelah ”Otai R” sudi menjualnya kepada penulis. Walaupun tidak complete dengan dinamo namun lampu ini masih berkeadaan baik dan berfungsi. Penemuan ini membuktikan adakalanya penantian dan kesabaran itu ternyata bukanlah suatu perkara yang sia-sia. Inilah hasilnya.

Lampu Miller yang mempunyai meter basikal di dalamnya...ini baru "wareeee" bak kata satu Otai di Melaka 🙂

Kalau terjumpa Lampu dan meter pastikan ianya berfungsi...barang baik baru jual/beli...NO tipu-tipu ok.

Untuk itu ada baiknya kita lihat dan nikmati sahaja apa yang penulis sajikan di sini, bak kata pepatah Inggeris A picture is worth a thousand words cakap banyak-banyak pun tak guna. Kalau ada yang tersinggung dan terasa atau meleleh “ayor lioq” penulis menyusun sepuluh jari memohon maaf. Motifnya hanyalah sekadar perkongsian demi melestarikan warisan bangsa. Hidoplah basikal tua di bumi Malaya Merdeka! – BM

p/s : Kilat beliung sudah di kaki, kilat pisau sudah ke tangan, kilat cermin sudah ke muka.

11 Responses

  1. Salam,

    Wow, besinar, berkilat, mulus dan NOS,

    Tahniah di atas koleksi baru nie, basikal dibelakang barang2 NOS tue pun cantik betul.

    Regards,

    Naim

  2. W’slm Tuan Naim,

    Terima kasih kerana singgah ke blog BM. Bila aksesori dah semua ke hadapan… terpaksalah basikal jadi background. Anyway memang nyaman apabila mengayuh basikal tuu…bila Tuan balik nanti boleh try kayuh…heheee…

  3. Salam,
    Tahniah memiliki lampu yg hebat,sekurang dapat juga generasi akan datang berkongsi ilmu tentang lampu-lampu yg ada seketika dahulu.

    Walaupun akhir-akhir ini ramai sangat yg “isim” tentang ilmu-ilmu basikal,tetapi hakikatnya mereka hanya sekadar bercerita, untuk melaksanakan memang tiada, ibarat kata-kata otai di Muar, mereka ini ilmu tidaklah sebanyak mana tapi “beranggan” yang lebih.

    Semoga usaha-usaha ini akan dpt diteruskan ke peringkat yg lebih tinggi lagi.
    HIDUP BASIKAL TUA.

    Wasalam.

  4. W’salam sahabatku Jebat,

    Terima kasih atas komentar Sdr. Saya cuma kongsikan apa yang saya ada dan apa yang saya mampu miliki. Sama jugalah seperti apa yang saya tulis dan saya katakan di blog BM ini. Saya tidak menjanjikan “bulan dan bintang” kepada sesiapa… saya hanya buat apa yang saya yakin dilaksanakan. Ada banyak ruang lingkup dalam hal-hal basikal ini yang boleh kita eksplorasi dan nikmati. Hobi ini bukan HAK MILIK EKSKLUSIF dan ditentukan oleh mana-mana pihak.

    Ironinya saya cuma ingin merealisasikan impian diri sendiri dan kelab yang saya sertai. Kalau ditakdirkan saya menghembuskan nafas terakhir esok atau lusa…saya sudah boleh pergi dengan aman kerana saya sudah berjaya meng”transformasi” sebuah kelab kampung menjadi sebuah kelab yang berdaftar dan kini dikenali bukan sahaja di Malaysia malahan di seluruh Nusantara dan tidak mustahil di peringkat internasional.

    Kalau nak ke peringkat internasional pula…bukan setakat ilmu sahaja harus internasional…TETAPI merangkumi semua aspek. Kalau dah hobi ini namanya “main basikal”..haruslah ada basikal yang wareee (bak kata Otai di Melaka), barang-barang basikal mestilah tip-top, koleksi-koleksi aksesori mesti “bernanah” mata melihat, aktiviti-aktiviti mesti gempak, program-program harus hebat, dan segala macam lagilah. Itupun kalau nak pergi lebih jauh lagilahhh…

    Setakat cakap kosong dan “berangan-angan”….apek jual botol pun boleh cakap. Betul tak? paling mudah bila kita ada impian dan mahukan sesuatu…kenalah berusaha…takkan cakap jer pung-pang..pung-pang…sampai bila pun takkan tercapai impian tuu…renung-renungkan. Ini bukan sindiran ini adalah hakikat kebenaran.

  5. Koleksi yang menarik… Teruskan usaha. Akan ada kemanisan selepas ini walaupun ianya kelat dan pahit untuk ditelan oleh mereka yang tak tercapai impiannya.

  6. koleksi super , simpan di lemari kaca bang ikhwan, jangan sering2 di bawa keluar…

  7. Luar biasa nich pak Cik, kalau boleh bagi cerite nich. Bagaimana pak Cik bisa dapatkan lampu yang sudah tak product lagi tapi kondisinya masih NOS dan terbungkus rapi tu …? ceritelah….

  8. bagaimana saya nak dpkan lampu karrbaid tu brotheer

  9. Miniti Usia (Cikgu Jaafar),
    Pastinya akan terasa manis dan indah bagi mereka yang rajin berusaha. Setiap impian akan wujudnya kenyataan. Kalau tak masa kan yang berkarat boleh berkilat 🙂

    Wong-cilik,
    Almari ku udah penuh bro… sekarang di simpan di stor aja… nasib baik aku ngak simpan yang berkarat… kalau tidak pasti stor di rumah juga penuh….

    mimadrasahmerdeka,
    Dalam dunia ini tidak ada perkara yang mustahil Pak… apa yang dihajati pasti akan bisa kita miliki…pokoknya sediakan aja uwang secukupnya dan mengetahui “siapa” yang bisa mencarinya. Kalau manusia bisa di hantar ke bulan… apalah sangat tugasan mencari barang2 yg tak seberapa ini. Adakalanya kita harus percaya kalau rezeki/jodoh itu tidak ke mana…

    MH loebis,
    Kalau hilang saya tahu siapa yang mengambilnya 🙂 saya sudah letakkan alat pengesan di dalamnya Pak 🙂

    zack,
    Maaf Zack saya bukan penjual dan belum berniat nak menjual barang-barang koleksi saya. Saya dah jawab dalam email saudara panjang lebar bagaimana cara-cara nak mendapatkannya. Silakan baca email anda… saya dah bagi alamat dan no. telefon penjualnya sekali. Pesan saya… dalam dunia nie ada macam2 manusia… yang dengki ada berdoyon-doyon… tak kurang juga ada yang sanggup jadi musang berbulu ayam… saya dah lali dan masak dah 🙂

    Terima kasih atas semua komentar kawan-kawan.

  10. Wah hebat Pak Cik…..
    salam dari kami GHOSt Rider (Grabag Human Onthel Society)
    Magelang Central Java Indonesia

Leave a comment