Koleksi Terbaharu: Lampu-lampu karbaid NOS + Lampu Miller Bermeter


Koleksi terbaharu lampu-lampu Basikal Malaya yang bakal ditempatkan di ruang pameran peribadi tidak lama lagi.

Salam sejahtera dan Salam 1Malaysia buat semua pembaca blog BM. Sebagai entry pembukaan di tahun 2012 penulis ingin sajikan beberapa koleksi terbaharu lampu-lampu basikal yang kini berada di dalam simpanan koleksi peribadi penulis. Apalah ertinya sebuah hobi kalau dari tahun ke tahun jika tiada pertambahan dan perubahan darisegi koleksi bagi menghiasi basikal-basikal yang tua yang ada. Setidak-tidaknya dapat melatih diri kita untuk berusaha melaksanakan perkara-perkara kecil sepertimana yang diimpikan. Daripada bercakap dan berpolemik bagaikan “dewa-dewa basikal terhebat” lebih baik fokuskan kepada perkara-perkara rutin bersifat realiti yang kita suka/gembira dan boleh membuatkan kita happy dalam kehidupan. Prinsip penulis mudah talk less do more and walk the talk.

Keleksi pada tahun 2012 lebih selektif dan mengutamakan kualiti dan bukan kuantiti

Pada tahun 2012 penulis ingin fokus untuk mendapatkan aksesori-aksesori basikal tua yang benar-benar berkualiti dan “berkotak” (New Old Stock). Bak kata pepatah “kalah membeli menang memakai”. Apa pun janganlah kita lupa “ukur baju dibadan sendiri”. Menurut wikipedia (boleh google apa sahaja pasal basikal dan “berzaman” diorang buat kajian yang diiktiraf) lampu karbaid atau acetylene gas lamps telah digunakan sebagai lampu basikal sejak tahun 1896. Kebanyakkan lampu karbaid yang dahulunya digunakan di Malaya dikeluarkan oleh Syarikat-syarikat seperti Joseph Lucas Ltd, Powell and Hanmer Ltd (P&H), H. Miller & Co, dan sebagainya.

Lucas Calcia Club model no. 143 buatan Joseph Lucas, Birmingham dalam kondisi original

Lampu Powell & Hanmer (P&H) New Old Stock syarikat ini kemudiannya diambil alih oleh Joseph Lucas Ltd.

Inilah dia Miller Beto lampu karbaid yang pernah digunakan menerangi perjalanan basikal tua suatu masa dahulu

Bagi penulis memiliki lampu-lampu basikal sekitar tahun 1930an dari 3 syarikat terkenal ini sudah memadai bagi membolehkan penulis tidur tersenyum (titun ade sinyum) dan gembira apabila melihatnya digantungkan pada basikal tua kesayangan. Paling signifikan ialah usaha menjejaki lampu Miller bermeter (tahun 50-60an) selama ini telah berakhir pada awal tahun ini setelah ”Otai R” sudi menjualnya kepada penulis. Walaupun tidak complete dengan dinamo namun lampu ini masih berkeadaan baik dan berfungsi. Penemuan ini membuktikan adakalanya penantian dan kesabaran itu ternyata bukanlah suatu perkara yang sia-sia. Inilah hasilnya.

Lampu Miller yang mempunyai meter basikal di dalamnya...ini baru "wareeee" bak kata satu Otai di Melaka 🙂

Kalau terjumpa Lampu dan meter pastikan ianya berfungsi...barang baik baru jual/beli...NO tipu-tipu ok.

Untuk itu ada baiknya kita lihat dan nikmati sahaja apa yang penulis sajikan di sini, bak kata pepatah Inggeris A picture is worth a thousand words cakap banyak-banyak pun tak guna. Kalau ada yang tersinggung dan terasa atau meleleh “ayor lioq” penulis menyusun sepuluh jari memohon maaf. Motifnya hanyalah sekadar perkongsian demi melestarikan warisan bangsa. Hidoplah basikal tua di bumi Malaya Merdeka! – BM

p/s : Kilat beliung sudah di kaki, kilat pisau sudah ke tangan, kilat cermin sudah ke muka.

Advertisements

Koleksiku II: Penemuan terbaharu spare-part dan aksesori basikal tua


Inilah hasil buruan penulis beberapa bulan lepas... tak banyak tapi "lumayan" tangkapan kali ini.

Salam sejahtera buat semua pengikut BM. Setelah setengah tahun penulis berburu pada tahun 2011 inilah hasil yang dapat disajikan untuk “Koleksiku II” setelah berjaya pada tangkapan pertama (sila lihat di sini). Beberapa bulan yang lalu penulis menemui beberapa pasang rim Dunlop lidah 28″ (tayar lipat), rim Dunlop 26 1 3/4 (posmen), Saddle Phillips, Saddle Hercules, Tail-Light, pedal, Lampu Lucas minyak tanah, peti rantai & saddle Hercules dan dua barang yang paling “keras” iaitu Speedometer Cadet buatan Amerika dan Lampu Karbait Lucas Calcia yang kedua-duanya masih berada di dalam kotak (NOS). Maklumat lanjut bolehlah menghubungi penulis di talian 019-606 5575 untuk kita bersama-sama berkongsi pendapat.

Diharapkan dengan paparan ini akan membakar lagi semangat sahabat-sahabat di luar sana untuk terus memburu dan jangan sesekali patah hati atau putus harapan. Penulis yakin dan percaya sekiranya kita berusaha dan rajin mencari inilah hasil yang akan kita perolehi. Tipsnya ialah kena ada ramai kenalan/sahabat, rajin berjalan/mencari, selalu berbuat baik, jangan “kencing” orang, harus jujur dan ikhlas, rajin berusaha, jangan “kedekut”, sembahyang dan berdoa, mengingati Allah setiap masa dan jangan sesekali putus asa – Selamat berburu … Basikal Malaya

Selain Speedometer Smiths, speedometer Cadet buatan Amerika ini tidak kurang "menawan"nya. Harganya jauh lebih murah sesuai untuk dijadikan koleksi dan simpanan dalam galeri.

Sebuah lagi lampu Joseph Lucas Calcia karbaid buatan Birmingham, England (NOS) dijumpai masih berkeadaan terbaik di dalam kotak asalnya yang hampir hancur.

Antara koleksi peribadi penulis yang paling "berharga" ... mungkin taklah berapa "rare" tapi pasti hanya beberapa orang sahaja yang bertuah menemuinya dalam keadaan asal.

Saddle Phillips yang masih berkeadaan baik (NOS)...

Pedal "Favorit" NOS buatan Czechoslovakia memang sesuai untuk basikal 28" kerana ketahanannya

Peti rantai dan saddle Hercules...ini ubat "mujarab" bagi yang lama demam cari barang-barang Hercules...yang berminat pada barang2 ini kita campuaaa jer (barter)

Rim Dunlop Lidah 28" (tayar lipat) dan Rim Dunlop Posmen 26" sebagai pelengkap roda basikal tua...

Koleksiku: Kunci Telephone, Kunci GB, Rim Endrick, Saddle Dunlop, SA Dyno Hub, & Speed Hercules


Jom kita cari rim Endrick dan Dunlop sahaja... pastikan yang terbaik dari ladang yer brader.

Salam buat semua pengunjung BM. Tiada apa yang mustahil dalam dunia ini. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan tetapi harus juga ada kemampuan dan kesanggupan. Kalau inginkan “habuan yang besar” haruslah mempunyai “umpan” yang “menyelerakan”. Selama hampir 3 tahun penulis menceburi hobi “basikal tua” ini banyak juga hasil “tangkapan” yang berjaya diperolehi. Kalau kail panjang sejengkal…bawalah kail yang panjang sedikit…barulah besar “habuan” yang “mengena”. Apa pun “lubuk-lubuk” harus disimpan dan dikunci untuk stok di masa hadapan. 

Bukan apa… kalau dijumpai oleh “kaki karau” atau “pickers” sudah pasti di bawa lori dan di”karau”nya hingga bersih, pasti dijual dengan harga yang “melambung” dan tak masuk akal. So jangan “mimpilah” penulis ingin menyatakan di mana ianya ditemui. Ini barulah yang dinamakan “khazanah” silam yang masih tersimpan.  Khas buat semua… ubatilah hati yang gundah gulana dengan jamuan mata untuk menghilangkan “tension” dan “stress” dalam jiwa yang berkelana. Jangan maraahhh haaaa – Basikal Malaya (*kalau dah dinamakan rezeki pasti tak ke mana… ada otai yang main berbelas tahun pun takde barang2 nie tau*)

Penemuan rim basikal 28″ garisan merah dan hitam (NOS) yang unik


Dunlop, BGH Lion dan Double Axe yang berjaya temui

Dunlop, BGH Lion dan Double Axe yang berjaya temui

Salam Ceria dan Sejahtera buat semua sahabat setia Basikal Malaya.
Bagai hilang kemarau setahun oleh hujan sehari rasanya apabila terlihat rim-rim yang masih disimpan oleh pemilik kedai basikal lama yang ditemui penulis pada hujung minggu yang lalu. Penulis yang dihubungi “tauke” kedai basikal yang terletak di lokasi “rahsia” ini meminta penulis datang ke kedainya dengan segera kerana menemui banyak rim-rim lama yang dahulu disimpan bapanya. Penulis tanpa membuang masa terus memandu ke lokasi berkenaan. Setibanya di sana penulis tidak menyangka pemilik kedai telah menemui rim lama jenis Dunlop garisan merah dan hitam serta rim Dunlop biasa ukuran 28″ stok lama yang masih belum digunakan – NOS (New Old Stock). 

Sebahagian penemuan rim line merah dan hitam

Sebahagian penemuan rim line merah dan hitam

Penulis ternyata tidak dapat menyembunyikan perasaan gembira kerana tidak menyangka akan menemui rim tersebut. Tauke bertanya kepada penulis “Encik…saya ada lagi ini macam punye rim…tapi bukan Dunlop tapi lain punya…mau kaaa?!”. Penulis menjawab “Rim apa ada….Tauke?!”. “Nanti aaaa…waa angkat kasi tunjuk sama luu…” jawab Tauke. Dipendekkan cerita… Tauke ke belakang stor lalu membawa keluar beberapa rim lama yang mempunyai garisan merah dan hitam di tengah-tengah. “Aduhhh…apek nie memang dahsyat!” kata penulis dalam hati setelah melihat beberapa pasang rim lama yang dikeluarkan dari simpanannya iaitu rim BGH Lion dan Double Axe disamping 2 jenis rim Dunlop ukuran 28″ (NOS).Setelah selesai negosiasi harga dengan Tauke kedai basikal, penulis bersetuju untuk membeli beberapa rim daripadanya bagi tujuan koleksi peribadi yang disimpan untuk tatapan generasi akan datang. Secara peribadi, penulis sebenarnya telah terpukau dengan kilauan dan keunikkan logo syarikat yang ditempa pada rim tersebut. Sebelum beredar pulang, Tauke kedai basikal tua tersebut menyatakan masih ada beberapa rim lama dari jenis lain yang masih lagi disimpan dan akan mencarinya untuk penulis pada kunjungan akan datang. 

Cop timbul BGH Lion yang unik dan mempersona

Cop timbul BGH Lion yang unik dan mempersona

Cop timbul "cap dua kapak" - Double Axe

Cop timbul "cap dua kapak" - Double Axe

Rim Dunlop garisan merah dan hitam

Rim Dunlop garisan merah dan hitam

Jesteru itu melalui paparan kali ini penulis ingin berkongsikan beberapa foto/gambar rim yang telah penulis temui hujung minggu lalu untuk dijadikan rujukkan dan perkongsian maklumat/info. Sehingga kini penulis masih lagi membuat kajian dan mendapatkan pelbagai info mengenai rim-rim tersebut. Sekiranya ada sahabat-sahabat yang mengetahui mengenai jenis-jenis rim yang dipaparkan, penulis mohon agar ianya dikongsikan bersama untuk rujukkan di masa hadapan.

Maklumat terkini-BGH Lion adalah sebuah syarikat basikal yang pernah beroperasi di Klang, Selangor pada zaman British di Tanah Melayu. Menurut maklumat seorang saksi – dahulu memang ada basikal jenis BGH Lion dan Double Axe di Tanah Melayu. Apa pula pendapat dan pandangan anda?

Koleksi peribadi aksesori / spare part basikal tua – Edisi ke II


Salam Ramadhan buat semua sahabat-sahabat BM.
Pada 1 Ramadhan yang lalu penulis berkesempatan melawat semula “lubuk rahsia” yang sudah hampir 6 bulan tidak penulis kunjungi. Ternyata “lubuk” itu masih suci dan masih tidak “ternoda” kerana lokasinya yang “tersembunyi” serta tidak dapat dihidu oleh pemburu-pemburu basikal tua. Setakat ini hanya 3 orang sahaja yang mengetahui “password” dan “klue” untuk mendapatkan barang-barang bagi tujuan koleksi peribadi dan melengkapkan koleksi basikal idaman mereka.
Inilah hasilnya sewaktu re-visit (melawat semula) "lubuk rahsia" yang menyimpan 1001 khazanah basikal tua

Inilah hasilnya sewaktu re-visit (melawat semula) "lubuk rahsia" yang menyimpan 1001 khazanah basikal tua

Apa yang penulis boleh kongsikan hanyalah “hasilnya” untuk tatapan dan rujukan sahabat-sahabat dan pengunjung blog BM. Bagi penulis di mana ada kemahuan di situ pasti ada jalan dan tidak ada yang mustahil sekiranya kita benar-benar “passionate” dengan hobi ini. Penulis yakin ada ramai sahabat-sahabat di luar sana mempunyai “lubuk” masing-masing…yang pasti paparan ini akan membuatkan kita semua akan lebih berusaha mengesan dan menghidu “lubuk-lubuk” yang baru.

Walaubagaimanapun ada juga koleksi-koleksi tertentu boleh diperolehi melalui sahabat-sahabat dan kolektor basikal tua tanpa memperolehinya dari “lubuk” rahsia sebagai contohnya koleksi loceng dan kabel speedometer Smiths yang penulis perolehi dari sahabat-sahabat di Muar. Apa yang penting ialah sedikit “kebijaksanaan” berkomunikasi dan “kepandaian” bertanya mengenai barang-barang ini…akhirnya, inilah hasilnya – Selamat Berpuasa – Mykyocera.

Pompa / Pum Tangan Basikal Tua buatan England


Koleksi Pum Raleigh Industry (RI) yang menjadi buruan

Koleksi Pum Raleigh Industry (RI) yang menjadi buruan

Pelbagai jenis bentuk dan warna pum buatan England

Pelbagai jenis bentuk dan warna pum buatan England

 Salam Sejahtera buat semua sahabat-sahabat BM (Basikal Malaya)…

Pada hujung minggu lalu, penulis sempat berkunjung di salah sebuah kedai basikal yang terletak di salah sebuah daerah di negeri Selangor. Kunjungan dan pemburuan kali ini membuahkan sedikit hasil apabila penulis menemui beberapa pum tangan yang masih berfungsi dan berkeadaan baik. Terfikir difikiran penulis “best juga kalau lepas nie kalau kumpul pum tangan pulak”. Untuk makluman, penulis tidak berhasrat untuk menjual koleksi ini, tetapi penulis bersedia membantu mana-mana peminat yang ingin mendapatkannya. Harga pum-pum ini penulis memperolehinya serendah harga RM8 – RM80. Kalau mahal sangat kita carilah tempat lain.

Hasil daripada pemerhatian dan kajian umum penulis, pum tangan mempunyai banyak jenis, bentuk dan warna. Tidak kurang juga “material” bahan yang digunakan antaranya bahan plastik, aluminum, besi dan tembaga. Basikal tua akan nampak lebih “complete” kalau diletakkan pum tangan di bawah palang “body”. Paling penting ada tulisan emboss yang tertera “Made in England”. Sesiapa pun akan tersenyum puas melihatnya, betul tak?- Mykyocera

Koleksi peribadi aksesori basikal/sepeda tua


Salam Sejahtera buat semua ontelis dan rakan-rakan basikal/sepeda tua Nusantara.

Sebelum berlabuhnya tirai 2008, saya ingin berkongsi beberapa koleksi foto aksesori buat rakan-rakan sekalian. Koleksi kali ini adalah hasil dari buruan dan juga pemberian dari sahabat. Tahun 2008 merupakan tahun permulaan saya di dalam hobi ini dan saya masih baru serta masih lagi dalam belajar dan menimba ilmu. Saya bersyukur kerana bertemu dengan beberapa rakan-rakan yang sentiasa membantu dan memberi tunjuk ajar kepada saya. Blog NBT merupakan platform saya menimba ilmu dan saya amat-amat berterima kasih kepada Sdr. Sanim yang sudi menjadi Sifoo saya. Beliau seorang yang merendah diri tetapi sarat dengan ilmu serta tidak lokek berkongsi pengalaman dan pengetahuan. Tidak lupa buat seorang lagi sahabat dari seberang Sdr. Alex yang tidak pernah jemu melayan email dan SMS dari saya. Justeru mengingatkan saya pada satu bidalan Melayu lama “Yang cerdik tempat bertanya…Yang pandai tempat berguru, Ketiadaan emas boleh dicari…Ketiadaan akal putus bicara, Tak beremas putus tali…Tak berakal tenggelam bumi”. Selamat menyambut tahun baru 2009. Semoga basikal tua terus hidop di bumi Malaya Merdeka! Salam Hormat – Mykyocera.

 

Sebahagian koleksi aksesori 2008

Sebahagian koleksi aksesori 2008

Continue reading