Acara NOBAT (Nostalgia Basikal Tua) 2012 – Perhimpunan Basikal Tua Terbesar Malaysia


Pastinya ramai yang sudah mengetahui dan menerima jemputan rasmi dari KBTBB mengenai Acara Nostalgia Basikal Tua (NOBAT 2012) yang akan berlangsung di Menara Taming Sari, Melaka pada 30 Jun – 1 Julai 2012 (Sabtu & Ahad) nanti. Maklumat terperinci mengenai Acara NOBAT 2012 telahpun di hantar kepada pengerusi/ketua/wakil-wakil khas buat kelab-kelab / kumpulan-kumpulan seluruh Malaysia manakala sahabat-sahabat dari Indonesia pula dijemput melalui Komunitas Sepeda Tua Indonesia (KOSTI). Kehangatan Acara NOBAT 2012 kini sedang hangat diperkatakan dan penulis yakin sudah ramai yang tidak sabar untuk hadir ke Melaka setelah sekian lama ternanti-nantikan acara terulung dan terbesar dari KBTBB di tahun 2012 ini.

Berbeza dengan acara-acara yang pernah dianjurkan di Malaysia. Acara NOBAT merupakan satu acara perhimpunan TERBESAR yang menghimpun seluruh peminat, pencinta dan pejuang basikal tua Nusantara dan fokus utamanya ialah untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada komuniti dan peserta-peserta yang hadir. Acara ini bukanlah acara pertandingan sebaliknya acara yang menampilkan keunikan, melestarikan warisan, mengembalikan nostalgia dan memberi pengiktirafan kepada peserta-peserta yang hadir sebagai menghargai usaha dan komitmen mereka sekaligus mengangkat martabat dan warisan basikal tua yang sangat bernilai dan berharga ini.

Selain daripada Acara Kayuhan Terbesar yang akan bermula pada Ahad, 1 Julai 2012 tetap jam 7:30 pagi, pihak penganjur juga telah merancang beberapa acara menarik untuk menceria dan memeriahkan Acara NOBAT 2012 sepanjang ia berlangsung. Antara yang menarik ialah:-

1.   Pameran Basikal Tua
2.   Gerai Jualan Aksesori dan Alat-Ganti
3.   Sukaneka Beroda
4.   Perukaran Pin/Cenderahati
5.   Cabutan Bertuah

Bagi penulis acara yang sangat-sangat dinanti-nantikan adalah acara no. 4 iaitu acara Pertukaran Pin/Cenderahati di mana peserta-peserta yang hadir berpeluang untuk mengeratkan silaturahim dan mengenali dengan lebih rapat  serta memperkukuhkan persahabatan antara satu sama yang lain. Peluang mendapatkan pelbagai pin/cenderahati mungkin hanya akan berlaku sekali dalam seumur hidup anda di Malaysia!. Itupun kalau ada mana-mana pihak yang akan sanggup menganjurkan acara besar yang berimpak tinggi serta sanggup berbelanja besar untuk menanggung pelbagai kos. Bukan itu sahaja belum pernah penulis melihat atau mendengar mana-mana acara basikal tua yang menawarkan Hadiah Wang Tunai RM500 untuk peserta bertuah di Malaysia dan memberikan pelbagai hadiah dan pengiktirafan kepada basikal tua selama ini.

Seperti yang diperkatakan Acara NOBAT bukanlah acara PERTANDINGAN sebaliknya Acara NOBAT 2012 akan dimeriahkan dengan adanya pelbagai Anugerah Khas NOBAT oleh pilihan daripada Panel Bebas yang bakal dilantik oleh pihak penganjur. Antara Anugerah yang dicadangkan adalah seperti berikut :-

1.   12 Basikal Tua (Klasik) Terbaik
2.   12 Basikal Berhias Terbaik
3.   12 Pakaian Terbaik (6 Lelaki dan 6 Wanita) 
4.   3 Penyertaan Peserta Paling Ramai
5.   3 Peserta Paling Veteran
6.   3 Peserta Paling Muda 
7.   3 Peserta Yang Datang Paling Jauh

Bagi melayakkan peserta untuk mendapatkan semua yang disebutkan di atas. Peserta dikehendaki mendaftar dengan mengisi Borang NOBAT2012 dengan bayaran  minimum sebanyak RM35.00. Bayaran RM35.00 ini membolehkan peserta Acara NOBAT 2012 mendapat barangan edisi terhad dan eksklusif  seperti di bawah :-

1.   T-Shirt Eksklusif NOBAT 2012
2.   Pin Edisi Terhad NOBAT 2012
3.   Makanan & Minuman
4.   Sjil Penghargaan
5.   Hadiah Cabutan Bertuah dan Pelbagai Hadiah

Ringkasnya – Acara NOBAT 2012 bolehlah penulis kategorikan sebagai 1 acara basikal tua yang paling “diversify” atau penuh dengan KEPELBAGAIAN yang buat julung kalinya dianjurkan oleh sebuah Kelab Basikal Tua tempatan. KBTBB seharusnya diberikan peluang menerajui Acara TERBESAR ini dan mendapat sokongan yang padu dari seluruh peminat, pencinta & pejuang basikal tua tahanair kerana telah berjaya mengambil inisiatif dalam usaha progresifnya melestarikan warisan basikal tua agar terus berkembang di Malaysia dan Nusantara.

Bertemakan “Lestarikan Nostalgia warisan Silam”… marilah kita bersiap sedia untuk hadir ke Acara NOBAT 2012 sebagai tanda sokongan kita terhadap hobi yang kita cintai dan mencatat sejarah dan lembaran baru. Bak kata Sdr. Sanim “Kita jangan lupakan sejarah kerana sejarah itu tidak pernah mati TETAPI pernahkah kita terfikir untuk mencipta sejarah KERANA sejarah itu mungkin tidak akan berulang kembali”. Maklumat lanjut dan pertanyaan silalah hubungi Sekretariat NOBAT 2012 seperti yang tertera di bawah. – Jumpa anda semua di sana!Basikal Malaya

Sila muat-turun / download Borang NOBAT2012 dan kembalikan kepada KBTBB selewat-lewatnya pada 15 Jun 2012.

9 Responses

  1. Aku datangggggg……..

  2. Terbaik dari KBTBB, Tapi sayang ada juga orang banggang yang cuba cari pengaruh dengan cara paling murahan, bercerita di belakang yang kononnya NOBAT ini acara pertandingan basikal, cubalah baca betul-betul NOBAT itu acara apa, NOBAT ni acara pertandingan ke atau acara perhimpunan basikal tua. Kesian tak sangka banggang tak tau membaca. Tulis komen pun macam org dayus takut tulis nama sebenar. Itu jer ker yg diorg berani buat? Kesian kerana terpaksa buat komen murahan sbb nk tarik perhatian kerana dah hilang pengaruh. Kesiannyeeer…pergilah buat event sendiri kalau dah handal dan pandai sangat.

  3. Biarkan jerlah si labu tu… diorg nak cakap apa pun Acara NOBAT tetap akan diadakan. Nak harapkan diorang buat event…kau tunggulah lagi 10-20 tahun…kihhh…kihhhh…kihhhh…

  4. Salam. Sy tengah mencari basikal tua sebagai bahan pameran sebuah event terkemuka bulan julai ini. Rasanya ini tempat yang terbaik untuk sy anjurkan permohonan🙂 Kami dari persatuan juga berharap akan dapat berkerjasama. Kalau boleh sy nak tahu kepada siapa/email add sy blh anjurkan permohonan. Terima kasih.

  5. Saya sudah emailkan maklumat seperti mana yang Cik/Puan kehendaki. TK.

  6. harap dapat bertemu otai2 di Nobat 2012, baru nak berjinak2 dgn basikal tua…

  7. Insyaallah…Srd Ibram akan dapat bertemu dengan ramai otai-otai basikal tua di Melaka. Saya pasti kehadiran saudara ke Melaka akan membuka minda dan pengetahuan saudara mengenai dunia sebenar basikal tua di Malaysia. Jumpa saudara di sana🙂

  8. insyaallah

  9. Saya omPutut dari Sukoharjo,Jawa-Tengah ,Indonesia…pecinta sepeda tua…perkenankan saya ikut bergabung di sini ya….terimakasih

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: