Selamat Tahun Baru 2012 – basikal tua tetap dikayuh…


Bagaikan sinar pagi yang menerangi alam...basikal tua tetap bersinar di bumi Malaya...penulis mengayuh di hari pertama 01.01.2012 bersama TYT dan Ketua Menteri Melaka dalam Program Jelajah Basikal Melaka 2012 baru-baru ini bersama basikal kesayangan...

Hari ini 25 Januari 2012 bersamaan 1 Rabiulawal 1433H telah hampir sebulan kita berada di tahun baharu 2012 dan selama itulah kita telah meninggalkan tahun 2011 yang penuh dengan kenangan dan coretan serta catatan. Tahun ini merupakan tahun NAGA AIR di mana menurut pengkaji Fung Shui ia merupakan tahun pencerahan iaitu tahun yang bersifat menjernihkan dan mendinginkan. Bagi seorang muslim tidak kiralah apa jenis tahun sekalipun bagi penulis kehidupan kita seharusnya lebih baik dari tahun-tahun yang sebelumnya. Tahun 2011 merakamkan banyak catatan dan kenangan manis buat penulis dan Kelab Basikal Tua Batu Berendam Melaka (KBTBB). Adakah semuanya itu hasil dari publisiti murahan? Kalau tak dek sebab ”publisiti murahan” bolehkah sesebuah kelab itu boleh mendapat pengiktirafan dan memartabatkan hobi ini untuk sampai ke peringkat yang tertinggi? Anda pasti ada jawapannya.  

Basikal tua sentiasa mendapat sokongan dari pemimpin tertinggi...itulah unik dan karismatiknya serta aura basikal tua...

Biar apa pun rintangan dan dugaan yang datang penulis bersyukur kerana blog Basikal Malaya masih terus bernafas dengan sokongan sahabat-sahabat dan kehadiran pengunjung melebihi 100,000 pelawat sejak ia diterbitkan pada 18 Jun 2008. Blog ini telah menjadi medium yang penting untuk menghubungkan peminat-peminat dari seluruh negeri malahan telah merentasi negara. Bagi penulis setiap usaha yang dilakukan seharusnya mendatangkan hasil dan kemakmuran kepada semua orang dan ini jelas terbukti dengan pertambahan peminat-peminat basikal tua dengan kewujudan banyak group-group kecil/kelab-kelab basikal tua yang baharu bercambah di Malaysia pada tahun lepas (2011). Semua itu boleh diukur dan dilihat sendiri dari apa yang telah kita lakukan selama setahun dan tahun-tahun yang sebelumnya. Apa pun basikal tua yang ada seharusnya dikayuh agar tidak terus berkarat!

Bagi mereka yang setia melayari blog Basikal Malaya jadikanlah blog ini sebagai tempat untuk kita mengenali ramai kenalan dan sahabat serta mengetahui banyak perkara mengenai perkembangan dunia basikal tua di Malaysia dan Nusantara. Semua yang dipaparkan di sini adalah paparan yang jujur hasil pengalaman dan pengamatan melalui kaca mata sebenar penulis. Blog Basikal Malaya tidak keseorangan di dalam menyalurkan banyak sumber informasi dan maklumat sebaliknya blog ini sentiasa ditemani oleh beberapa blog yang aktif seperti blog Nostalgia Basikal Tua, blog Kelab Basikal Tua Batu Berendam Melaka (KBTBB) dan blog Sepeda Tua Johor Baharu (KSTJB) yang menjadi rakan setia blogger Basikal Tua di Malaysia.

Semoga basikal tua terus dikayuh dan kekal sebagai warisan bangsa....

Semoga tahun 2012 ini akan memberikan kita lebih banyak rahmat dan keberkatan dariNya dan sebagai pencinta dan pejuang basikal tua penulis doakan agar koleksi-koleksi basikal kalian terus bertambah dengan koleksi-koleksi yang lebih bermutu dan berkualiti. Bagi penulis tiada gunanya kita memiliki koleksi-koleksi basikal yang terhebat sekiranya kita tidak dapat menghayati nostalgianya, menyelami sejarahnya dan menikmati kayuhan sebenar serta berkongsi hobi ini sebagai warisan berharga/bernilai khas buat generasi akan datang. Yang baru (peminat baru) dibantu…yang lama (otai-otai) membantu…yang berilmu (bijak-pandai) berkongsi….yang tua dihormati dan yang muda disayangi… maka Hiduplah Basikal Tua di bumi Malaya Merdeka.

Selamat Tahun Baru 2012…
Hidup Basikal Tua! Teruskan berkayuh….

Basikal Malaya
25 Januari 2012

p/s :  Alhamdulillah pagi-pagi di tahun baru Basikal Tua dah dikayuh dan dapat liputan meluas media massa… tak kayuh macam mana nak berjaya :)   dan janganlah kita jadi katak yang hanya melalak di bawah tempurung… dijentik sedikit dah riuh sekampung… digeletek dah menangis… melihat tapi tak nampak… berakal tapi tak berfikir.

3 Responses

  1. tahniah bro…aktiviti pembuka tahun baru yang menarik… memang AAA….!!!! semoga tahun ini akan lebih bermakna dan maju lagi bagi seluruh warga peminat basikal klasik yang menjadi warisan bergenerasi dengan nostalgia yang menarik.. =)

    p/s lama xbaca post baru kat Basikal Malaya.. rasa sepi plak komuniti ni…hehe … mcm bro kata, BM dah menjadi satu medium yang dah di “established” bagi kalangan pencinta basikal klasik tanah air…mcm tak meriah je bila orang kuat ni senyap.. hehe… (aku ni ckp pndai,nk tulis blog sndri takut tak komited… tumpang blog org je.. hehe) ape2 pun.. well done!!!

  2. Terima kasih bro Wan,

    Itulah hakikatnya. Bila takde siapa-siapa yang menulis dan memaparkan kegiatan dan aktiviti basikal tua memang terasa “redup” dan “sejuk” komuniti ini. Bila dah wujud medium yang berguna (mcm blog nie) adakalanya kita tak hargai…kalau ada blog pulak tapi dah tak berperanan melestarikan hobi dan kandungannya tak memberi apa-apa sumbangan kepada pembaca…memang sayanglah. I reserved my comment for that🙂 Aku dah tengok banyak blog dan group (di FB) yang mulanya panas (hangat2 taik ayam) lepas tu…hmmmmhmmmm…hampeh…sebab takleh blahhh…content dah banyak merapu. Sebab menulis nie bukan satu kerja yang mudah.

    Kalau kau follow betul2 blog Basikal Tua Batu Berendam (KBTBB) kitaorang memang sentiasa aktif dengan pelbagai event dan acara. Malahan tahun ini kami akan terbang awal ke Indonesia dalam misi ke peringkat INTERNASIONAL. Yang mungkin senyap tu sebab takde new entry kat blog BM nie. Lagipun aku sibuk main dengan baby girl aku “Iman Irina” (nak masuk 6 bulan) yang baru lahir pada 11hb Ogos 2011 yang lalu🙂 so masa ada sedikit terbatas untuk menulis tapi untuk berkayuh…Insyaallah wife aku dah faham.

    Insyaallah tahun nie kita pasti akan bertemu di acara basikal tua yang bakal diadakan tak lama lagi samada di Johor Bahru / Kuala Lumpur / Taiping / Putrajaya. Pastinya acara yang berjaya dirancang akan mempertemukan sahabat-sahabat basikal tua yang sejati (yang menghargai persahabatan) dari seluruh Malaysia. Apa pun terima kasih atas “complement” yang telah diberikan dan terima kasih atas sokongan padu terhadap blog BM yang banyak membuka mata orang2 yang masih “buta” di luar sana.

    Hidup basikal Tua!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: