Kehebatan Mr. GB jelajah Malaysia kayuh basikal tua


Mr. GB dalam misi perjuangannya menjelajah Malaysia

Mr. GB dalam misi perjuangannya menjelajah Malaysia

1 Misi 1 Matlamat

Mykyocera dan Mr. GB - 1 Misi 1 Matlamat

Mr. GB bersama sahabat-sahabat KBTBB

Mr. GB bersama sahabat-sahabat KBTBB di Melaka

Bagi pengunjung dan pelawat blog basikal tua di Malaysia pasti mengenali nickname Mr. GB yang selalu memberikan komen-komennya di shoutmix. Pasti ramai orang tertanya-tanya apakah maksud GB tu? Menurut beliau GB tu ialah “GAGAH BERANI”, penulis ketawa mendengar jawapan beliau sewaktu menemuinya di Kota, Negeri Sembilan setelah berjaya mengesannya untuk mendapatkan kepastian mengenai MISInya menjelajah Malaysia mengayuh basikal tua.

Penulis menerima kiriman SMS dari Mr. GB yang berbunyi “Kali nie di timpa batu bata pula, sepeda buat hal lagi, saya di Kota“. Lantaran membaca SMS tersebut penulis dan isteri terus bergegas menemui beliau di Kota untuk melihat sendiri masalah yang dihadapi. Alhamdulillah kedai basikal di Kota itu telah berjaya membaiki gantang hub belakang yang pecah dan rosak teruk kerana terlalu lama dikayuh.

Penulis dan isteri sempat melawa Mr. GB untuk minum petang di gerai berhampiran dan meminta beliau terus ke Batu Berendam untuk berehat dan membaiki basikalnya. Kebetulan keesokannya penulis dan KBTBB ada pengambaran di Melaka jesteru kami menjemput beliau ke sana. Banyak juga soalan yang penulis berjaya tanyakan kepada beliau dan ternyata beliau mempunyai satu keazaman yang kuat untuk merealisasikan impiannya iaitu Menjelajah 1 Malaysia dengan berbasikal tua.

Mungkin tidak ramai yang tahu Mr. GB yang berasal dari Ipoh ini telahpun memulakan kayuhannya pada 1 Julai yang lalu dan telah berkesempatan singgah dan bermalam di beberapa lokasi antaranya Slim River, Petaling Jaya, Nilai, Batu Berendam dan khabarnya hari ini beliau akan bermalam di Simpang Rengam.

Di Melaka, Mr. GB telah disambut oleh ahli-ahli KBTBB dan diberi layanan istimewa dan bermalam di rumah Pengerusi KBTBB iaitu Sdr. Alias Omar. Seperti yang penulis janjikan kepada Mr. GB untuk belanja cendol di Melaka, ianya telah pun ditepati dan berharap Mr. GB, seronok dan gembira. Penulis pasti Mr. GB telahpun mendapat maklumat yang tepat mengenai penulis & isteri dan KBTBB setelah seharian berbasikal di Melaka.

Akhir sekali, HEBATnya Mr. GB atau nama sebenarnya Nor Izam bin Abd Latif ialah beliau tidak diiringi oleh sesiapa, tidak mempunyai basikal England yang 100% original, tidak ditaja sesiapa, tidak membawa peralatan yang lengkap. TETAPI beliau telah membawa SEMANGAT dan IMPIAN yang PALING HEBAT bersama-samanya.

Penulis YAKIN beliau akan BERJAYA dalam MISInya dan dengan semangat juang yang tinggi seperti ini pasti beliau akan menerima pulangan yang setimpal. Selamat berjaya Mr. Gagah Berani! Semoga kita akan berkayuh basikal bersama lagi. Paling penting kita KAYUH dan BERANI hadapi dugaan! – Mykyocera

p/s : Tapi bagi saya isteri saya Wawa lagi berani…beliau menjalani pembedahannya buat kali yang ke-3 dan masih boleh aktif menyokong aktiviti berbasikal di Melaka 🙂 & masih mampu menyokong usaha Mr. GB dan KBTBB

 

 M A K L U M A T   T E R K I N I

 Mr. GB tiba di Muar. Gambar kenangan bersama "orang kuat" Kelab Basikal Klasik Muar, Johor

MMS ini dikirimkan oleh Sdr. Karim (kanan sekali) pada lewat petang ini. Mr GB bergambar bersama Naib Setiausaha (Sarjan Anuar) dan Pengerusi (Cikgu Abd Kadir Ahmad) dari Kelab Basikal Klasik Muar. Gambar ini dirakamkan selepas Mr. GB dijamu Mee Bandung Muar oleh Sdr. Karim dan khabarnya ramai yang menghulurkan sumbangan kepada Mr. GB sebagai pencetus semangat. Terima kasih orang-orang Muar terutamanya Sdr. Karim kerana sudi menerima kehadiran Mr. GB. Orang-orang Muar memang baik-baik belaka 🙂 Malam ini Mr. GB bermalam di Parit Sulung, Batu Pahat sebelum meneruskan perjalanannya ke JB. Maklumat terkini yang diperoleh sehingga jam 9:30 mlm – Isnin 6 Julai 2009.

7hb Julai 2009 – 4:45 petang

Mr. GB bakal menakluk Johor Bahru pada hari ini setelah berkayuh melebihi 500km dari Ipoh, Perak bermula pada 1 Julai yang lalu dan hanya berehat 1 hari di Melaka. Blog Basikal Malaya ingin menjadi blog pertama yang mengucapkan TAHNIAH di atas kejayaan yang HEBAT ini. TAHNIAH Mr. GB kamu memang SELADANG yeop!

7hb Julai 2009 – 9.02 malam

Mr. GB diberitakan telah tiba di Johor Bahru tepat jam 9:02 malam. Ketibaan beliau telah disambut oleh rakan-rakan sepeda KSTJB terutamanya Sdr. Mofti , Sdr. Ajid dan sahabat-sahabat di sana. Untuk cerita dan berita penuh mengenai kunjugan Mr.GB ke Johor Bahru sila klik di SINI atau kunjungi blog KSTJB.

8hb Julai 2009 – 5:24 petang

Mr. GB selamat sampai ke Kota Tinggi, Johor tepat jam 5:24 petang tadi setelah berjaya mendapatkan cop dari Balai Polis berhampiran. Hari ini Mr. GB akan berehat dan bermalam di Kota Tinggi dan akan meneruskan perjalanan ke Mersing sejauh 90km. Menurut Mr. GB kayuhan hari ini amat perlahan sehingga boleh nampak dan jumpa duit syiling di tepi jalan berjumlah 60 sen. Beliau yang kepenatan memerah tenaga semalam perlu berehat panjang hari ini. Menurut Sdr. Mofti “Setakat nie duit siling yang dia jumpa sepanjang perjalanan dah RM 3.00 lebih termasuk jumpa semasa kayuhan Johor Kota Tinggi. Tak termasuk bulu landak. Buat azimat katanya”.

9hb Julai 2009

Dari Kota Tinggi beliau meneruskan perjalanan ke Mersing sejauh kira-kira 90km dan bermalam di sana. Perhubungan terputus kerana Mr. GB tidak dapat dihubungi kerana HP nya tiada charger setelah tidak sengaja mengeposnya ke Perak.

10hb Julai 2009

Dari Mersing beliau meneruskan perjalanan ke Endau sejauh kira-kira 34km dan bermalam di sana. Hari ini perjalanan sangat pendek kerana Mr. GB masih kepenatan.

11hb Julai 2009

Dari Endau beliau ke Pekan, Pahang dan berkayuh kira-kira 116km memasuki Negeri Pahang dan bermalam di sana. Penulis menerima mesej dari Mr. GB dan perhubungan kembali pulih seperti biasa.

12hb Julai 2009

Dari Pekan, Pahang beliau berkayuh kira-kira 105km menuju ke Cukai, Terengganu dan hanya melepasi/melewati  Bandar Kuantan. Mr. GB bermalam dan berehat di Cukai.

13hb Julai 2009

Dari Cukai, Terengganu beliau meneruskan perjalanan ke Dungun sejauh 71km dan bermalam di Dungun.

14hb Julai 2009

Hari ini kayuhan Mr. GB menghadapi halangan dan dugaan tayar basikal beliau pecah dan terpaksa bergerak dengan keaadaan yang sukar sewaktu menghampiri daerah Marang. Perjalanan dari Dungun  ke Setiu sejauh 130km benar-benar mencabar keupayaan dan ikhtiar hidup Mr. GB.

15hb Julai 2009

Dari Setiu beliau menuju ke Machang, Kelantan sejauh 83km dan bermalam di Machang untuk mengumpul tenaga.

16hb Julai 2009

Dari Machang hari ini beliau ke Jeli, Kelantan sejauh 58km lagi…nantikan update seterusnya 🙂

8 Responses

  1. Tahniah Mr. GB. Moga impian menjadi kenyataan. Hope Sukses.

  2. Setakat nie duit siling yang dia jumpa sepanjang perjalanan dah RM 3.00 lebih termasuk jumpa semasa kayuhan Johor Kota Tinggi. Tak termasuk bulu landak. Buat azimat katanya.

  3. hi, mr. gb. what a wonderful experience cycling alone through out malaysia. just to know how much money u have spend 4 this project. all of my friend would like to congratulate u ( nanan, mandomphin, djamil, d6 and others) HIDUP IJAMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM

  4. IJAM, HANG TERUS JE, JGN PANDANG BELAKANG. BUKTIKAN HANG BOLEH PI JAUH. KAMI KAT SURAU SEMUA DOAKAN HANG. SAMOAIKAN SALAM UTK KELAB2 LAIN. IKAN KELI DAH JUAL.

  5. IJAM, NI MAK IJAM. ENGKO KAYUH ELOK-ELOK. BUKTIKAN PADA MAK.

  6. IJAM NI ABAH, ANG KAYUH SAMPAI BERJAYA, ABAH, MAK DAN ADIK BERADIK SEMUA DOAKAN ANG.

  7. Semoga ko selamat sentiasa..Pak Ngah John pun tabik kat hang..

  8. hang kayuh la plan2..pakngah john setakat pantai remis ja… pas ni kayuh sampai conggo.. jgn lep byk sangat nanti habis rakap beskal..pakngah john pun keras beku mcm nii

Leave a comment