Pertandingan Basikal Klasik 2009 – Pulau Pinang


Poster & Acara di New World Park Penang

Poster & Acara di New World Park Penang

Berita baik untuk semua peminat basikal tua di Malaysia. Satu Pertandingan Basikal Klasik akan diadakan di New World Park, Centre Court, Pulau Pinang pada Ahad 26 Julai 2009 pada jam 3 petang. Pertandingan ini akan dianjurkan oleh PPB Hartabina Sdn. Bhd. Peserta perlu mendapatkan borang rasmi daripada pihak penganjur atau menghantar email kepada penulis untuk mendapatkan borang rasmi (softcopy). Yuran penyertaan adalah sebanyak RM10 untuk 1 basikal dan sebanyak 4 kategori basikal akan dipertandingkan iaitu :-

Kategori Pertandingan
1. Basikal 26″
2. Basikal 28″
3. Basikal Lengkung
4. Basikal Chopper

Syarat-syarat Pertandingan

Semua peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini diwajibkan menyertai acara kayuhan beramai-ramai pada jam 8.00 pagi, 26hb Julai (Ahad).

Tarikh tutup pendaftaran ialah pada 17hb Julai (Jumaat).

Lapan (8) hadiah utama (hamper, piala dan sijil) dan Saguhati (hamper + sijil) akan disediakan bagi setiap kategori (26”/ 28”/ Lengkung) dipertandingkan kecuali kategori Chopper*:

  • Tempat Pertama – hamper bernilai RM 200.00
  • Kedua – hamper bernilai RM 100.00
  • Ketiga – hamper bernilai RM80.00
  • Keempat – hamper bernilai RM50.00
  • 4 hadiah saguhati – hamper bernilai RM30.00

Kesemua pemenang turut diberi sebuah piala dan sijil penyertaan.

 * Bagi kategori Chopper, hanya Tiga (3) tempat dipertandingkan dengan hamper bernilai RM200.00, RM100.00 & RM80.00 berserta piala dan sijil penyertaan.

  • Kategori ‘Kostum’ peserta juga akan dipertandingkan dan lima (5) pemenang akan dipilih. Setiap pemenang pertama – keempat akan diberi sebuah hamper bernilai RM200.00, RM150.00, RM100.00, RM80.00 & RM50.00 berserta piala dan sijil.
  • Basikal pemenang diwajibkan untuk dipamer selama seminggu selepas tarikh pertandingan.
  • Baucer makanan tengah hari akan diberi kepada setiap penyertaan.
  • Untuk keterangan lanjut, sila hubungi En Lee Seng An – 016 473 4999.

Kepada yang berminat bolehlah menghubungi Mr. Lee untuk mendapatkan maklumat lanjut. Sekian untuk makluman – Mykyocera (mykyocera@gmail.com)

3 Responses

  1. Salam Onthelis dari Indonesia
    Sebelumnya kami ingin memprkenalkan diri..kami adalah salah satu club sepeda tua / onthel yang ada di indonesia ( Sangasanga, Kutai Kertanegara, Kalimantan Timur ).
    Kami salut dengan perkembangan sepeda tua di negeri jiran kami ini. Kami mohon kiranya dapat belajar banyak dari kegiatan bersepeda di Malaysia ini.
    Semoga dengan bersepeda ini hubungan tali silahturahmi dapat di per erat.
    silahkan kunjungi website kami dan berikan masukan serta nasehat untuk club kami.
    atas perhatian yang di berikan kami ucapkan banyak terima kasih.
    http://onthel99club.wordpress.com/

  2. camne nk join kelab

  3. Itu pertandingan tahun 2009 Tuan…Tahun nie belum ada lagi pertandingan basikal. Heheheee…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: