Lady Bike keluaran King Edward untuk Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah sumbangan GETUAS


getuas-the-best
Aktiviti dan usaha GETUAS di Panorama (Siaran 1 Mac 2009) – TV1.
Sila klik di SINI menyaksikan VT. Tahniah GETUAS!
getuas-the-best1

GALERI SULTAN ABDUL HALIM DILANCAR - Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, bersama basikal Lady Bike keluaran King Edward yang disumbangankan oleh Persatuan Gerek Tua Kota Setar. Sumbangan basikal berkenaan untuk ditempatkan di Galeri Sultan Abdul Halim selepas pelancaran pembukaan galeri itu di Lebuhraya Darulaman, Alor Setar sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda ke-81. Galeri berkenaan menempatkan pelbagai barang dan koleksi peribadi baginda untuk tatapan orang ramai dan dipulihara sebagai bahan sejarah selain sebagai produk pelancongan dalam Kedah Heritage Trail.

Salam Hormat buat semua pengunjung blog Basikal Malaya.

Saya dihubungi seorang teman dari utara untuk melihat paparan mengenai sumbangan basikal Lady Bike keluaran King Edward dari Persatuan Gerek Tua Kota Setar (GETUAS) di akhbar Berita Harian pada hari Isnin 23 Februari yang lalu. Sebagai peminat dan pengumpul serta pencinta basikal tua, saya amat-amat kagum dan bangga dengan usaha GETUAS memertabatkan warisan dan sejarah basikal tua di Utara. Pada pandangan saya yang masih baru di dalam dunia basikal tua ini, sudah tiba masanya untuk kita sama-sama bersilaturahim dan melestarikan usaha-usaha sebegini di peringkat Nasional. Khabarnya GETUAS akan bersiaran dan ke udara di TV1 pada 1 Mac untuk program Panorama mengenai basikal tua.

Bagi Kelab Basikal Tua Batu Berendam (KBTBB) pula, kami akan menjalani pengambaran untuk Majalah 3 (TV3) untuk satu segmen khas mengenai basikal tua di Bandar Melaka pada 14 Mac 2009 nanti. Satu acara kayuhan akan diadakan di Melaka bagi tujuan tersebut. Untuk makluman bersama KBTBB telahpun ada rancangan untuk lawatan ke Utara pada Mei/Jun untuk bersilaturahim dengan sahabat-sahabat di Utara. Saya pasti KBTBB dan GETUAS akan bertemu pada satu tarikh yang akan ditetapkan…Insyaallah. Tahniah dan syabas GETUAS!

Leave a comment