About


Selamat datang ke blog Basikal Malaya (BM)


Salam perkenalan dari saya Ikhwanizam Ibrahim.

Bismillahirahmanirahim…dengan nama Allah yang Maha Pemurah…saya memulakan bicara ini dengan mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana dengan izinNya saya dapat meneruskan perjuangan memertabatkan warisan basikal tua di laman blog BM (Basikal Malaya) ini. Saya kenalkan diri saya sebagai Ikhwan penulis yang berasal dari negeri Melaka Bandaraya Warisan Dunia, Malaysia dan menetap kini dan bekerja di Kuala Lumpur.

Blog BM (Basikal Malaya) ini didedikasikan khas buat rakan-rakan basikal tua 5P. Apa itu 5P? 5p… saya istilahkan sebagai Pemilik, Pengumpul, Peminat, Pencinta dan Pejuang basikal tua. Blog ini merupakan blog individu dan tidak mewakili mana-mana persatuan, kelab atau kumpulan basikal. Segala penulisan di dalam blog ini adalah hasil daripada pandangan, pengamatan, pengalaman dan luahan penulis sendiri.

Sebarang penyiaran semula haruslah mendapat kebenaran daripada penulis (Ikhwan) melalui email ikhwanizam@gmail.com Pembaca blog ini boleh memberikan komen-komen yang bebas dan terbuka asalkan tidak mengunakan kata-kata kesat, fitnah, provokasi dan sebagainya. Penulis berhak menghapuskan komen-komen yang berunsur negatif demi kebaikan bersama.

Penulis juga mengalu-alukan sumbangan artikel, cerita, gambar/photo, dan sebagainya bagi memeriahkan dan mengharmonikan lagi blog BM (Basikal Malaya). Penulis boleh dihubungi melalui email ikhwanizam@gmail.com atau menghubungi penulis di talian +6 019 606 5575. Sekian.

 

Salam Hormat,

Ikhwan
Basikal Malaya
+6 019 606 5575

 

6 Responses

  1. Salam Kenal dari SGBC di Sibolga-Indonesia. SGBC adalah komunitas pecinta sepeda tua/ontel di Pantai Barat Pulau Sumatera.

    Selamat atas dibukanya web blog Basikal Malaya. Semoga web ini dapat menjadi sarana kita untuk saling berbagi pengetahuan dan menjalin tali persaudaraan di dunia ontel

  2. Assalammualaikum,
    salam kenal dari tasikmalaya-indonesia.
    saya penggemar baru basikal tua, seyognya perlu banyak belajar dengan adanya blog BM ini sangat membantu terutama untuk basikal tua made-in England

    trim’s – http://ktstea.multiply.com

  3. Selamat datang Saudara Kurnia ke blog BM…mudah-mudahan kita saling bantu-membantu di masa hadapan mengenai basikal/sepeda tua🙂

  4. Assalamualaikum….

    saya tgk majalah 3 psl basikal malaya. very interesting. saya miliki sebuah basikal tua, jenama ELSWICK, barton-on-humber. lambang kuda laut. tp, jenama ni kureng sket info yg saya dpt. kalau sesapa ada info, share with me. please…

  5. Bung Ikhwan,
    semoga cita-cita dan harapan untuk “memertabatkan warisan basikal tua” dapat tercapai. Amiin.

  6. Saya juga baru buka ini Blok BM…ok juga bisa tukar menukar info yang ber guna.soal basikal antara kita.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: