Keputusan Pertandingan Basikal Klasik di ADTEC – basikal klasik/tua kecundang, basikal BSA Airborne (import) juara.


Penulis hadir bersama Sdr. Sanim (NBT) dan Jebat Melaka (Naib Pengerusi KBTBB) ke ADTEC menyertai Pertandingan Basikal KLASIK pada Ahad yang lalu.

Bersama sebahagian peserta yang turut sama bertanding di ADTEC Batu Pahat

Inilah basikal New Hudson NOS 1950an (basikal No. 14) milik penulis yang mendapat hadiah tempat Ke-3 di ADTEC

Bersempena Pertandingan Basikal Klasik (Terbuka) yang telah berlangsung pada hari Ahad (25hb September 2011) yang lalu, penulis ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada ACTEC Batu Pahat, Johor kerana telah berjaya menganjurkan acara tersebut buat kali pertama di sana. Pertandingan ini telah berjaya menarik sejumlah 35 penyertaan peserta yang datang dari negeri Johor, Melaka dan Selangor. Pelbagai jenis basikal klasik telah di bawa untuk dipertandingkan bersempena Hari Kreativiti dan Inovasi Jabatan Tenaga Manusia dan Hari Terbuka ADTEC. Acara yang penuh meriah dan silaturahim yang telah bermula kira-kira jam 11:30 pagi dan berakhir jam 4:00 petang.

Melihat dari sudut yang positif itulah keputusan yang harus diterima oleh seluruh pejuang dan pencinta Basikal Tua Malaya. Menarikkan? Apa yang penulis dapat ringkaskan pada acara yang berlangsung ialah – beberapa perkara menarik dan pandangan peribadi penulis mengenai pertandingan yang telah berlangsung. Ikuti dan amati apa yang akan penulis ingin kongsikan melalui penulisan berikut. Bagi penulis memang atau kalah itu adalah adat pertandingan tetapi biarlah adil dan saksama serta bermaruah. Kefahaman mengenai sejarah bangsa dan warisan berharga ini seharusnya dijadikan keutamaan agar generasi muda terus mencintai basikal tua di Malaysia. Biar apa pun keputusannya…Basikal klasik /tua tetap JUARA di hati pejuang dan pencintanya.

Keputusan Rasmi Pertandingan Basikal Klasik bersempena Hari Kreativiti dan Inovasi Jabatan Tenaga Manusia di ADTEC, Batu Pahat. *Baca, lihat & sebarkan.

Berikut adalah Keputusan Rasmi yang penulis perolehi dari pihak Penganjur dan Pengadil, sila lihat pada foto yang penulis lampirkan. Ada beberapa individu cuba mengelirukan keputusan pertandingan dengan mengatakan basikal BSA kecil (no. 24) mendapat tempat kedua. Kenyataan itu ternyata telah disalah-tafsir dan diputar-belitkan oleh individu yang tidak bertanggunjawab bagi tujuan memfitnah, mengaib dan memalukan peserta yang bertanding. Mungkin benarlah mereka itu BUTA HURUF…dan sudah benar-benar BUTA!. Penulis lampirkan bukti-buktinya di sini. Sila sebarkan kepada semua sahabat-sahabat dan peserta yang bertanding. Hentikanlah fitnah dan hasad dengki.

Bukti sahih Keputusan rasmi Pertandingan Basikal Klasik di ADTEC yang penulis perolehi dari Tuan Haji Rahim. Yang menang tempat 1 & 2 BSA Airborne dan ke 3 New Hudson ***mana ada basikal BSA budak menang beb?

No. 26 dan No. 25 adalah basikal BSA Airborne manakala basikal kecik yang tayar pancit tu No. 24...tengok betul2 brader!

Memang nampak sangat tak logik kalau basikal BSA budak tayar pancit boleh dapat tempat ke-2 seperti yang dikatakan. Basikal itu sebenarnya bernombor 24 bukan No. 25 yer kawan2.

Keputusan Rasmi Pertandingan :-

1. Tempat Pertama (No. 26) – BSA Airborne tahun 1939

2. Tempat Kedua (No.25) – BSA Airborne tahun 1942 – 1944

3. Tempat Ketiga (No. 14) – New Hudson Sport tahun 1950an

Bersama sahabat-sahabat baru dari Kelab Basikal Klasik Kundang (Banting, Selangor) yang hadir memeriahkan acara

Munculnya Kelab-kelab Basikal Klasik dengan koleksi basikal yang berkualiti

Kemunculan Kelab Basikal Klasik Kundang dari Banting Selangor ternyata menarik perhatian penulis dan sahabat-sahabat basikal tua sewaktu berada di sana. Walaupun Kelab Basikal Klasik Kundang ini baru saja ditubuhkan namun koleksi basikal yang dimiliki mereka ternyata mempunyai ”pesona” yang tersendiri. Mereka menampilkan membawa 10 buah basikal antaranya Norman 26”, Hercules 28”, Raleigh 28″, Basikal Posmen dan sebagainya.

Tidak kurang hebatnya koleksi-koleksi dari PECHAL (Pemilik Basikal Tua Cha’ah-Labis) yang mempertaruhkan 2 buah BSA 26” (gents dan ladies), Raleigh Rajah 24” dan Robinhood 28”. Kehadiran basikal-basikal dari jenama terkenal yang pernah popular di Malaya ini ternyata memberikan sinar baru kepada khazanah-khazanah bangsa dan negara yang masih tersimpan.

Sdr. Sanim dan Sdr. Jebat melihat koleksi-koleksi sahabat-sahabat basikal tua...

Deretan basikal klasik yang datang bertanding di ADTEC pada 25 September 2011 yang lalu...

Rasional dan relevannya Pertandingan/Pameran Basikal di Malaysia

Bagi penulis tujuan utama menyertai pertandingan basikal tua adalah untuk bersama-sama melestarikanya untuk generasi akan datang disamping cuba mengetahui di manakah ”level” dan ”standard” sebenar sesebuah koleksi yang kita miliki. Di sinilah gelangang sebenar untuk kita menguji ketajaman dan pengetahuan sebenar kita dalam hobi basikal tua dan bukan bermegah dengan piala kemenangan semata-mata. Tidak keterlaluan penulis katakan orang yang berani masuk bertanding lebih dihormati kerana keberaniannya menerima kritikan dan kekalahan atau kemenangan berbanding segelintir kecil manusia yang kononnya hebat ”berkokok” di luar tetapi ”pengecut” di dalam gelanggang kerana takut menyahut cabaran. Pastinya di gelanggang inilah kita dapat belajar dan melihat sendiri koleksi-koleksi terbaik sahabat-sahabat yang sanggup mengorbankan masa, tenaga dan wang ringgit demi melestarikan hobi yang mereka cintai.

Di sinilah jugalah tempat paling sesuai bagi peserta-peserta muda menimba ilmu dan belajar untuk memantapkan koleksi masing-masing untuk pertandingan atau pameran seterusnya. Seharusnya peluang dan ruang yang jarang-jarang diperolehi ini digunakan sebagainya untuk belajar di antara satu sama yang lain. Kehadiran Basikal Malaya di pertandingan/pameran ialah kerana ingin membawa sedikit kelainan dari segi ”persembahan” dan ”informasi” agar menjadi contoh kepada sahabat-sahabat yang lain. Biarlah setiap basikal tua/klasik yang hadir itu tampil dengan ”cerita” dan sejarahnya. Hobi ini perlukan suntikan kelainan dan pembaharuan untuk terus maju dan jaya.

Perlunya diwujudkan kategori basikal dalam setiap pertandingan

Adalah tidak wajar kita menyamakan (sama) semua basikal klasik/tua yang ada di Malaya dengan basikal-basikal ”import” seperti basikal perang seperti BSA Airborne atau basikal vintage seperti Penny Farthing dalam satu pertandingan. Untuk pertandingan di ADTEC ingin penulis tegaskan kepada peserta-peserta yang hadir – Basikal Klasik dari Malaya tidak pernah TEWAS dengan basikal perang (import) kerana pihak penganjur seharusnya mewujudkan kategori khas untuk basikal-basikal seperti itu. Sebenarnya perlu diwujudkan 3 kategori pada pertandingan tersebut iaitu 26”, 28” dan khas (untuk basikal-basikal perang/import). Penulis berpendapat sekiranya pertandingan cara ”TERBUKA” seperti ini terus berlaku di masa hadapan, pasti ramai di antara peserta tidak akan datang menyertainya kerana keutamaan bukan lagi diberikan kepada basikal-basikal klasik tetapi sebaliknya.

Adalah tidak adil (unfair) menyamakan rasa keenakan sebiji epal import dengan sebiji mangga kampung samalah jika kita ingin menyamakan kondisi basikal perang yang diimport dengan basikal tua/klasik tempatan. Justeru memang benarlah ada yang meramalkan basikal perang/import akan menang di ADTEC dan ramalan itu ternyata BENAR! Melalui pengalaman penulis melihat basikal-basikal perang/import ini kebanyakkan ianya didatangkan khas dengan kondisi asal dan asli dari luar negara dan ini memberi peluang mudah kepada pemiliknya mendapat markah yang tinggi berbanding pemilik basikal klasik/tua yang terpaksa melalui laluan sukar dan perit untuk membangunkan sesebuah basikal klasik tempatan untuk dipertandingkan.

Saya kira ramai yang faham apa yang saya maksudkan kerana kebanyakkan mereka juga adalah pemilik dan pencinta basikal tua yang aktif. Yang penulis khuatiri selepas ini nanti pertambahan peminat basikal tua/klasik yang ada ini akan menggalakkan mereka membeli basikal-basikal import untuk mendapatkan kemenangan mudah di masa hadapan mengakibatkan ramai bijak –pandai yang akan BUTA SEJARAH! Lebih parah lagi apabila suara-suara “keramat” yang dahulunya sangat “heroic” telah memberikan “lampu hijau” menggalakkan sindrom koleksi basikal-basikal import kerana mereka sudah pasrah dan ketandusan koleksi yang “rare” dalam simpanan.

Melantik Pengadil yang berpengalaman dan berwibawa

Penulis percaya bukan mudah untuk mengadili sesuatu pertandingan terutamanya Pertandingan basikal klasik/tua. Di sinilah cabaran utama pihak pengajur untuk mengenal-pasti individu-individu yang mempunyai pengalaman luas dalam dunia basikal tua/klasik. Bagi penulis biarlah pengadil/hakim itu dilantik berdasarkan pengalaman dan koleksi yang mereka miliki, kalau mereka sendiri tidak mempunyai koleksi-koleksi basikal yang hebat / boleh dibanggakan serta berpengetahuan dan pengalaman luas dalam dunia basikal, bagaimana mereka itu layak untuk mengadili pertandingan basikal klasik/tua?. Pemilihanan pengadil-pengadil yang amatur dan ”tangkap muat” sewaktu acara pertandingan adakalanya menyebabkan ”kreadibiliti” mutu pengadilan lemah dan mudah dipertikaikan.

Ini jelas dapat lihat di dalam pertandingan-pertandingan yang pernah penulis sertai. Sewaktu mengadili pertandingan – seharusnya pengadil menjaga ”kreadibiliti” mereka dengan tidak banyak menyoal individu-individu yang tidak berkaitan (disekitarnya). Mereka perlu fokus melihat dan menilai sesebuah basikal dan sentiasa menjaga etika pengadilan. Adakalanya mereka memberikan kenyataan-kenyataan yang lucu dan menampakkan kelemahan serta ketidak-pastian mereka di dalam mengadili pertandingan. Tidak kurang juga ada yang ”bias” memberikan markah lebih apabila melihat basikal itu milik sahabat atau kenalan yang mereka kenali dan ada segelintir tidak mempunyai pengetahuan langsung terhadap basikal klasik/tua yang diadilinya

Paling lucu ada yang tidak pernah berpeluang melihat basikal perang/import seumur hidup mereka dan mempunyai ilmu untuk membezakan cat asli dan re-paint (cat semula)!. Itu belum lagi penulis persoalkan koleksi-koleksi yang dimiliki mereka dan penyertaan mereka sebagai peserta dan pengalaman mereka sebagai pengadil? Justeru khidmat pengadil-pengadil yang berpengalaman, berpengetahuan, dihormati dan disegani oleh komuniti basikal tua perlu dicari dan dikenal-pasti bagi mengelakkan sebarang pertikaian markah dan keputusan yang berat sebelah (unfair) serta tidak berwibawa. Masih ada ramai otai-otai basikal Malaya yang sudi menjadi pengadil sekiranya mereka diberi peluang.

Hadiah-hadiah dan pengisisan program yang menarik

Sebagai galakkan – hadiah-hadiah yang ditawarkan oleh pihak penganjur juga haruslah sepadan dan mempunyai nilai sentimental bagi pemenang-pemenang. Kategori-kategori hadiah juga haruslah diperbanyakkan untuk menggalakkan penyertaan di masa hadapan. Untuk menarik lebih banyak penyertaan hadiah-hadiah yang ditawarkan haruslah ”lumayan” dan setimpal dengan kategori yang dipertandingkan. Di sinilah memerlukan ”kreativiti” pihak penganjur untuk mempelbagaikan tawaran hadiah untuk menarik lebih ramai peserta datang dan masuk bertanding. Disamping hadiah, program selingan seperti sukaneka, pertandingan pakaian klasik, bengkel basikal dan sebagainya harus dirancang untuk mengisi masa yang ada sementara menunggu keputusan agar peserta dan pengunjung yang hadir tidak bosan dan meninggalkan tempat acara.

Ringkasnya, itulah serba sedikit pandangan dan cadangan dari penulis untuk penambah-baikkan pertandingan basikal klasik/tua sebagai rujukan penganjur pada masa hadapan. Insyaallah pada tahun hadapan penulis dan sahabat-sahabat di KBTBB akan merancang satu Pertandingan Basikal Klasik Malaya khas buat peminat dan pejuang basikal klasik/tua di Malaysia. Sewaktu di ADTEC Batu Pahat banyak permintaan dan cadangan dari kelab-kelab dan sahabat-sahabat serta otai-otai basikal klasik/tua meminta penulis dan KBTBB merencana satu Pertandingan di Melaka agar dapat diadakan buat masa terdekat. Apa pun basikal klasik/tua/perang/import semuanya mempunyai hak untuk masuk bertanding dengan cara penganjuran dan pengadilan yang betul dan adil serta berwibawa.

Bagi 35 peserta yang bertanding dan tidak berjaya menang…anggaplah ini sebagai satu pengajaran dan pengajaran berguna. Penulis yakin dan pasti mereka-mereka ini sangat tahu dan faham siapakah yang sepatutnya layak dinobatkan sebagai JUARA basikal klasik/tua di ADTEC, Batu Pahat. Kemenangan bukanlah hanya pada PIALA yang tak seberapa…biarlah kita KALAH tetapi DIHORMATI daripada MENANG tetapi DIBENCI dan DIMUSUHI. Kembali kepada tujuan kita menyertai pertandingan di ADTEC baru-baru ini semuanya telah dijelaskan dan tujuannya semata-mata mahu melihat basikal klasik/tua terus lestari dan ikatan persahabatan/silaturahim dapat dipertahankan bukan tempat menunjuk “ego” dan “kepoyoan” serta belagak macam “hero”. Walhal tak siapa pun heran dan ambil peduli kerana tak ada satu pun yang dilaungkan mereka BERJAYA dilaksanakan dengan jayanya.

Semoga Pertandingan basikal klasik/tua yang bakal dianjurkan di Malaysia di masa hadapan tidak terus TERCEMAR dengan salah TAFSIRAN antara basikal klasik/tua VS basikal perang/import. Nasihat penulis…rujuklah sejarah untuk mendapatkan jawapannya. Terima kasih kepada mereka yang sentiasa menyokong penulis dan blog ini. Sesungguhnya perjuangan kita baru bermula dan ianya masih belum selesai – Basikal Malaya

…Gambar2 akan menyusul kemudian…

24 Responses

  1. Salam,

    Mungkin untuk pertandingan2 yg akan datang boleh kita cadangkan untuk penambah baikan. Kena ada categori tertentu. Disebabkan kelab basikal menjadi semakin banyak dan besar. Mungkin ada eloknya dipertandingkan mengikut brand, size dan umur basikal.

    Regards,

    Naim

  2. Salam, kalau pilih pengadil pertandingan mesti lah yg berilmu tentang basikal dan tahu sejarah basikal yg ada di bumi Malaya satu waktu dahulu,jgn tangkap muat je, ilmu tak ada, dan tidak mengenali sesebuah basikal yang di pertandingkan dan diadili.

  3. betul tu abg wan. kalau buat kategori open naya tu

  4. Selamat dan sukses…. sebuah bentuk terobosan baru dalam dunia basikal antik disana, dan.. setiap acara baru pastilah ada perbedaan pendapat…. harusnya, kenapa tidak konsultasi ke indonesia? kami punya petunjuk dan pelaksanaan serta tata cara Juri sepeda yang fear… kalau perlu kami kirim juri-juri yang netral ke sana..

  5. Untuk pejuang dan pencinta basikal tua Malaya…dah tiba masanya kita keluar dari KEPOMPONG dan TIDAK menyertai kategori TERBUKA yang dah terlalu usang (tak boleh pakai)…ada Kategori Spesifik utk basikal klasik baru kita masuk….amacam? Anyway terima kasih atas komentar sahabat-sahabat BM. Biar kita nyatakan semuanya di sini agar generasi akan datang tidak MEMPERSALAHKAN kita kerana membiarkan dunia hobi ini terus TERCEMAR. Kita mungkin tidak akan dipersoalkan sekarang tetapi mungkin di masa hadapan tentang apa yang telah kita PERJUANGKAN selama ini. Banyak yang telah kita belajar dari SEJARAH silam. Ayuh kita SUARAKAN pandangan di sini agar ia dapat di baca dan di dengar di seluruh Malaya.

    p/s – To all nyamuk out there…go and fly kite…this is free country… Kalau tak berani nak menyatakan pendapat dan KEBENARAN baik tak payah jadi PEJUANG dan PENCINTA basikal tua. This is blog Basikal Malaya…I’m accountable to what I say and what I write. Terima kasih kerana membaca.

    PERHATIAN! Kepada golongan “pengecut-pengecut” di luar sana…buktikan KEBERANIAN anda dengan menyatakan nama dan alamat email yang sebenar sekiranya ingin memberikan komentar. Penulis tidak GENTAR dan bersedia menjawap segala kemusykilan anda. Adalah sangat MEMALUKAN dan MENJENGKELKAN apabila ada individu yang menghantar komentar dengan BERSELINDUNG disebalik nama tipu (un-existed name) yang ternyata penuh IDEOLOGI dan AGENDA SEMPIT. Nyatakan dengan JELAS pendirian anda dengan cara yang betul dan “gentleman”.

  6. Haiyaaa..ada olang manyak “TENSION” oooo…manyak hot….sekarang nie siapa yang tak boleh terima kenyataan nie…adoihhhh…somebody really get mad and act like a monkey somewhere in KL area your IP appear as 203.82.80.94…really pitty to this poor “baby boy” (psychotic disorder)….sorry mehhh…I can’t published your comment here dude…perhaps you can send it to elswhere or you may put it into your trash or ask your “Mama” to published it.

    PLEASE read this psychoticz…. I thought this rare find may interest you all. A 1950s New Hudson found as New Old Stock in Malaysia. The lucky chap bought it off a retired bike shop owner. The 50-60 year old brown paper was still on her! Read more about this original New Hudson story mehhh…wrote by someone in United Kingdom not PJ or Ipoh yaa🙂 – pengiktirafan ini lebih bermakna dari pertandingan basikal lah brader…tu pasal kau dengki….hahahaaaa…adoih susah betul deal ngan org BUTA HURUF dan BUTA SEJARAH… tolonglah BACA yer…kalau tak tahu baca…suruh kawan yg tau baca bacakan…. sorry dia tulis dlm Bahasa Inggeris… http://oldroads.com/tool_date_rss3.asp?QuestionID=29001&db=eng

    p/s – Ask your “mama” to closed this blog for you…poor cute baby🙂

  7. relax… relax… ape pun.. tanx pada sahabat2 basikal tua kerana hadir ke event tersebut… saya dari Batu Pahat mengucapkan tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua… =) bak kata bro “ikhwan” … Hidup Basikal Tua !!!!!!!

  8. dari segi pertandingan.. Seingat aku dulu ade 3 kategori favourite… kategori basikal paling antik (diadili drpd segi keaslian parts basikal), basikal paling cantik (basikal yang dijaga kemas, berkilat dan menawan… hehe) dan juara keseluruhan/basikal favourite (undian peminat dan para hadirin)… antara faktor yg kdg2 ganggu jenis2 pertandingan ialah bilangan peserta yg sukar dijangka… sebab tu kne pastikan hobi basikal klasik ini trus populart …tp ape2 pun… sebarang pertandingan, pameran atau kayuhan amat pnting untuk memastikan basikal-basikal klasik ini terus dihargai dan dapat diperkenalkan kepada khalayak umum.. tahniah kepada semua…

    p/s : aku bawak 4 basikal… pun blum ckup hebat untuk menang.. haha… tahniah kat korang… =)

  9. Mmg sukar…..menjadi penganjur sesuatu event. Baik event pameran,pertandingan atau kayuhan. Segalanya perlukan pengorbanan dan ketelitian. Belum pasti apa yang kita lakukan akan memuaskan hati semua pihak. Tapi benar saranaan rakan sepeda yang memberi komen.. seharusnya diadakan pelbagai kategori…rasionalnya ramai pemilik sepeda yang layak menang akan mendapat peluang berdasarkan kategori tersebut. Saya setuju sekiranya di jemput pengadil yang bukan dari kalangan Ahli kelab sepeda tempatan.. kalau perlu kita panggil rakan kita dari Indonesia kerana mereka lebih ramai yang arif dan pakar ( buka saya nak mengatakan rakyat tempatan tidak ada yang arif ) ramai rakan2 kita yang arif tentang basikal antik nie ! hanya dikhuatiri ada perasaan “bias”. Di Indonesia sudah ada pengkaji tentang basikal…dan telah menerbitkan buka tentang basikal. Mungkin beliau boleh diundang selaku pengadil.

    Saya tidak mahu menyentuh tentang kekalahan atau kemenangan mana2 pihak. Tahniah kepada yang menang dan tahniah juga kepada para peserta yang sudi “support” program rakan kelab kita. Sekalung tahniah buat Kelab Basikal Klasik Batu Pahat. Diharap anda tidak serik untuk terus menganjurkan event sepertinya pada masa hadapan. kalau tidak kita siapa lagi yang hendak melestarikan sepeda tua dimata masyarakat sekarang. HIDUP BASIKAL TUA.

  10. Terima kasih BBM @ Mofti,

    Terima kasih atas pandangan dan saranan Sdr. BBM….komentar yg ditulis berdasarkan pengalaman dan pengamatan beliau yang banyak mengendali dan menyertai acara basikal tua di Malaya….tone yg ditulis pun ternyata jujur dan genuine seperti alat-alat ganti basikal klasik yang tulen. Sejuk jer hati bila baca…heheheee. Semuanya saya SOKONG!

    Ini pandangan jujur saya… semuanya telah saya tulis dan nyatakan pada penulisan saya seperti di atas. Cuma yang dikesali sikap “kebudak-budakkan” 2-3 individu yang bertindak kurang matang apabila menulis di shout-mix mempersendakan keputusan yang telah dibuat…walhal sebelum ini individu2 tersebutlah yang konon2nya memperjuangkan hobi yang kita cintai ini….di blog-blog kendalian mereka. Maaf saya tak boleh menyebut nama mereka tapi saya tahu alamat rumah/pejabat dan IP address mereka.

    Rata-rata mengucapkan TAHNIAH di atas penganjuran tersebut terutamanya kepada Tuan Hj. Rahim. Memang tidak dinafikan terdapat kelemahan dan kekurangan…tetapi tidaklah sampai kita “mengejek” dan mempersendakan orang secara terbuka….inilah kerja-kerja “jijik dan kurang matang” dilakukan oleh mereka untuk “memalukan dan mengaibkan” orang…orang mcm ini kah yg patut kita hormati dan sanjungi?

    Apa pun sahabat-sahabat basikal tua di luar sana jangan risau dan takut…mereka cuma tidak berpuas-hati dengan penulis dan sahabat-sahabat penulis sahaja..kerana hanya kami sahaja yang berani menyangkal dan mencabar mereka. Mereka bukanlah DEWA dan kami tidak pula akan MENDEWAKAN ilmu dan kebijaksaan mereka (konon2nya lahhh) ..kerana ternyata TIADA apa yang boleh dibanggakan dan tiada apa sumbangan mereka kepada kemajuan basikal tua di Malaya ini…semuanya penulis lihat GAGAL belaka…kerana tiada “direction” (hala-tuju).

    Justeru…penulis telahpun mendapat banyak ilham dan terlalu ramai yang mendesak untuk kita mengadakan 1 Pertandingan Basikal Klasik yang besar (grand) agar dapat kita memperbetulkan dan meyakinkan kembali persepsi dan pandangan peminat-peminat mengenai Pertandingan Basikal Tua di Malaysia…masa berpolimik dan bercakap banyak baik kita gunakan untuk mencari dana dan sponsor…kita cabar mereka hadir dan kita minta pakar-pakar dan ahli-ahli basikal klasik menilai koleksi dan basikal mereka…itu pun kalau mereka berani. Rasanya mcm tak berani…kerana keberanian mereka hanya “mengkondem” dan “mengutuk” orang dan basikal jer…heheheee…

    Apa pun kita tunggu dan lihat..apa yang akan terjadi seterusnya dan kita berdoa kepada Allah S.W.T…agar kerjasama dan persahabatan yang kita bina ini terus kukuh dan berkembang di masa hadapan…jadi ingatlah sahabat sekalian …Aku datang 1 Basikal…Aku pulang dengan 1000 kawan/sahabat/saudara….jadikanlah ini pegangan kita bila menghadiri acara basikal tua di masa hadapan.

    Hidup basikal tua !

  11. Salam 1 Malaysia,
    Salam kepada sahabat-sahabat basikal tua,samada yang tua atau muda.Saya bukanlah pakar dalam industri basikal tua ini tapi saya salah seorang peminat basikal tua.

    Tahniah kepada yang sentiasa menyokong dan sentiasa meberikan pandangan dan pendapat masing-masing di dalam ‘mempertahankan’ hobi ini yang dulunya mungkin ‘sepi’ tetapi sekarang bertambah meriah dengan bertambahnya kelab basikal tua dan bertambahnya peminat basikal tua. Aktiviti kayuhan dan pelbagai acara yang diadakan setiap bulan@setiap tahun sedikit sebanyak memberi impak kepada betapa bernilainya warisan dan sejarah negara kita untuk ditatapi oleh generasi yang akan datang.

    Kalau di tengok dari sudut sejarah memang diakui basikal -basikal ini adalah kesan dari peninggalan negara yang pernah menjajah negara kita suatu masa dulu, jika di tegok dari satu sudut pula apa yang saya boleh katakan di sini ialah kita belajar dari sejarah,bukan total mengagungkan penjajah tersebut tetapi pengajaran yang kita dapat melalui sejarah.

    Basikal tua dari segi ‘sentimental value’ adalah alat pengangkutan utama sebelum ‘hadirnya’ kenderaan bermotor/enjin yang mungkin dirasai oleh bapa,ibu,datuk@nenek kita sebelum dan selepas mncapai kemerdekaan. Ditambahkan pula harga basikal pada tahun 1930-1960 adalah terlalu mahal bagi mereka yang mempunyai pendapatan rendah sehingga memaksa membuat bayaran bulan-bulan untuk sebuah basikal. Kepada yang berkemampuan boleh merasa basikal dari jenama yang baik dan mahal.Hanya berkongsi, emak saya pernah cakap,orang kampung yang berpendapatan rendah hanya mampu beli basikal berharga RM150 dan ke bawah(harga pada tahun 1950an-1960an). Daripada pengamatan saya harga basikal adalah bebeza-beza mengikut saiz dan jenama. Tidak keterlaluan saya cakap disini yang paling tinggi harga adalah adalah jenama RALEIGH, maaf jika saya tersalah fakta dan sama-sama kita betulkan mana yang salah di dalam proses penambahbaikan ilmu basikal tua ini. Disini bukanlah maksud saya basikal jenama lain tiada harga, bagi saya semua basikal ada ‘harga’nya yang tersendiri mengikut sejarah masing-masing, boleh jadi harga pada tahun di beli adalah murah tapi harganya melambung ke langit tingginya dek kerana sejarahnya yang tersendiri.

    Disini saya juga ingin menyatakan kekesalan sedikit yang saya rasa berkenaan pertelagahan yang berlaku didalm industri basikal tua ini…(tapi saya sentiasa tanamkan dalam diri saya supaya bersikap positif dimana saya tidak akan biarkan diri saya berada lama sangat dalam situasi kekesalan itu :-)….) saya kadang-kadang hairan bagaimana kita semua yang hidup ini yang mempunyai akal, yang mempunyai nyawa boleh ‘bergaduh’ sesama sendiri padahal basikal tua itu hanyalah besi yang tidak bernyawa dan tidak pernah nak ambil tahu pun hal-hal sekelilingnya…Saya harap kita semua kena berfikiran positif, bagi saya simple saja perkara ni,”ambil yang jernih buang yang keruh…” dan sederhana dalam hidup pasti kita selamat dunia dan akhirat..Hidup kita semua tak lama,so jangan bazirkan masa yang singkat ini untuk perkara-perkara yang tidak berfaedah dan sia-sia, saya juga bercakap ini untuk diri saya juga. Saya tidaklah memihak kepada mana-mana pihak kerana saya bukannnya hakim dan tidak layak untuk menentukan siapa yang salah dan benar kerana kita semua manusia biasa yang sentiasa melakukan kesalahan tanpa sedar@tidak disedari…

    Ini cadangan saya untuk pertandingan basikal tua:jika boleh pelbagaikan kategori contohnya;
    Kategori1900an,1910an,1920an,1930an,1940an,1950an,1960an,1970an.
    Kategori mengikut saiz,
    kategori full original part from Malaya,
    Kategori full original import.
    Kategori restoration terbaik dan tercantik,
    Kategori NOS,
    Kategori lusuh(season) part full original.

    * ini cuma cadangan saya sahaja, bukan arahan.
    * kepada sesiapa yang masuk bertanding jangan mengharap 100% kemenangan kerana dihadapan dan di belakang kita tidak pernah tahu ada lagi hebat daripada kita….(saya bercakap ini untuk diri saya juga…)terimalah kemenangan hari ini dengan tenang kerana esok lusa mungkin kita akan kalah untuk selamanya dan terima kekalahan dengan hati yang terbuka dan lapang dada kerana kekalahan itu mengajar kita erti kemenangan….

    Disini juga saya inigin mengucapkan tahniah kepada semua peminat hobi klasik ini kerana sentiasa memelihara warisan dan kita mempunyai minat yang sama. Semoga warisan ini akan menjadi tatapan untuk anak cucu kita yang akan datang.

    Akhir kata, jika ada saya tersalah kata jangan simpan didalam hati kerana saya memang biasa melakukan kesilapan berbanding kalian semua. Mohon maaf dari saya untuk semua.

    Sekian terima kasih.

  12. Terima kasih atas pandangan dan komentar Sdr. Pengira Hujan…memang banyak fakta dan kebenaran yang Sdr utarakan dan penuh makna yang tersirat…

    Saya setuju dengan kenyataan Sdr. “jangan mengharap 100% kemenangan kerana dihadapan dan di belakang kita tidak pernah tahu ada lagi hebat daripada kita….(saya bercakap ini untuk diri saya juga…) terimalah kemenangan hari ini dengan tenang kerana esok lusa mungkin kita akan kalah untuk selamanya dan terima kekalahan dengan hati yang terbuka dan lapang dada kerana kekalahan itu mengajar kita erti kemenangan….” perlu dijadikan pedoman kepada semua sahabat basikal tua termasuk diri saya yang dah biasa dikalahkan dalam pertandingan…kerana saya dan sahabat-sahabat yang datang ke sana hadir bukan kerana gilakan kemenangan…saya pula hadir kerana nak cari ramai kenalan dan sahabat basikal tua.

    Tapi kita juga harus ingat dan menerima hakikat…bukan semua yang kita buat orang suka…dan bukan semua yang orang suka kita boleh buat…sebolehnya kita lakukan yang terbaik dan termampu…Insyallah semuanya akan diberikan kelancaran dan keberkatan dariNYa. Saya berpendapat cadangan Kategori yang diusulkan itu sangat tepat atau hampir tepat dengan apa yang dihajati oleh komuniti basikal klasik/tua di Malaysia yang begitu “dahaga”kan pertandingan seumpama ini…ramai yang telah menunggu sekian lama untuk satu Pertandingan BESAR yang bakal mengubah “lanskap” dan “style” permainan hobi ini di masa hadapan. Cadangan-cadangan Kategori2 yang sangat MEYAKINKAN saya! I’m impressed Sir! Terima kasih di atas komentar Sdr. di blog BM.

  13. LAWAK YANG BUKAN LAWAK… saja nak menyejukkan suasana.
    Bagus jugak eks, bertekak2 sikit…banyak info untuk kebaikan yang kita dapat. Sebenarnya ramai peminat Basikal Klasik/Antik/Tua yang mempunyai pendapat dan pandangan yang cukup bernas dan boleh diketengahkan dalam melestarikan nostalgia sepeda silam. Karat tetapi mempunyai nilai sejarah yang cukup tinggi.

    Memang benar apa kata Pengira Hujan. menang dan kalah bukan sesuatu titik noktah untuk dibanggakan atau di kesali. Seperti roda basikal kita jugak ler..!! adakalanya nut cacingnya dibawah dan ada kala naik keatas.

    Elok disumbangkan info2 yang baik didalam blog rakan2 sepeda di
    Malaysia dari men”yumbangkan” kekeruhan diantara kita. Kita penggiat Basikal Klasik di Malaysia tidak begitu ramai, kemana jua kita pergi pasti akan bertemu. Biarlah pertemuan tersebut menjadi suatu medan perbincangan demi memertabatkan khazanah silam khususnya Basikal Tua.
    Waallahwualam..

  14. Kalau semua yang datang mcm tulah Mofti…memang aman dan harmoni dunia basikal nie…tapi “tetamu” yang datang di ADTEC hari tu bukan pula macam tu…diorg datang mcm “samseng” dan balik penuh dendam (peserta yang tak masuk bertanding lak tuu) main “pukul curi”….dan “menyerang” aku yang tak berdosa ini…kalau pertandingan basikal pun aku takleh masuk…apa cerita beb…tapi takpelah…di akhirat nanti kita pasti diadili dengan apa yang kita buat di muka bumi ini.

    Selagi hidup…kita banyak-banyaklah buat kebaikkan dari keburukkan….sambungan dari modal basikal jugak….Hidup ibarat mengayuh basikal…harus ada “keseimbangan” untuk bergerak…kalau tak seimbang pastinya kita akan jatuh…dan tak dapatlah sampai ke destinasi…Justeru itulah aku perlukan sokongan dan kutukkan (sebab aku sorang jer yang dah “kebal” dan imune dalam Malaya nie) kalau telinga nipis kena tebalkanlah telinga tu yer🙂

    * Aku suka jadi watak jahat…tapi sebenarnya aku baik…heheeeheee…daripada jadi watak baik tapi sebenarnya jahat dan ganas…

  15. Assalamualaikum dan Salam Pejuang Dan Pecinta Basikal Tua…..

    Daripada semua komen yang di baca sama ada diatas atau selepas ini ianya pasti akan memberi impak sama ada positif atau negatif. Tetapi itu semua bergantung kepada tahap pemikiran pembaca blog ini. Kalau kita memandang sesuatu perkara itu positif maka yang negatif itu juga pasti bisa menjadi positif dan sebaliknya.

    Pada saya kalah atau menang dalam setiap pertandingan adalah lumrah dalam kehidupan. Namun kita perlu fahami mengapa kekalahan atau kemenangan itu memihak kepada kita. Tentu sahaja ada kekurangan atau kelebihan yang ada pada diri kita. Begitu juga dengan pertandingan basikal yang di adakan. Kalau menang mesti ada kelebihannya dan kekalahan pasti ada kurangnya. Namun perlu kita nyatakan apakah kelebihan dan kekurangan itu. Sekiranya tidak dinyatakan akan jadi tanda tanya sampai bila-bila? Saya tidak memihak kepada sesiapa cuma di harap pada masa akan datang ianya akan lebih adil sekiranya kurang adil dan menjadi lebih baik sekiranya sudah baik.

    Apa yang saya dapat dilihat sewaktu pertandingan diadakan kerjasama dan semangat sesama pecinta hobi ini yang begitu tinggi. Dari yang sebanyak-banyak usianya sehinggakan ke anak kecil semuanya memberikan yang terbaik untuk terus melestarikan hobi ini. Mereka semua inilah yang menaikkan semangat pejuang basikal tua untuk memastikan hobi terus berkembang. Jangan sampai kita terlepas pandang mereka ini kerana sekali hatinya berubah pastinya terus hilang entah ke mana.

    Apa yang saya harapkan pada masa-masa akan datang (sekiranya mahu diadakan pertandingan basikal tua/antik ini lagi) selidiklah sedalam-dalamnya tatacara pentadbiran pertandingan dari sekecil-kecil perkara hingga sebesarnya agar pertandingan itu menjadi sesuatu kenangan yang manis buat semua yang menyertainya atau hanya sebagai pengunjung/penonton.

    Bagi ” Pejuang Dan Pecinta Basikal Tua” pertandingan basikal tua bukanlah ukuran untuk menilai sejauh mana cintanya anda kepada hobi ini, tetapi jadikanlah ianya sebagai satu medium untuk merapatkan lagi tali persaudaraan sesama kita dan pembakar semangat untuk memantapkan lagi koleksi yang ada agar hobi ini terus mekar dan bersinar pada masa akan datang.

    Sama-samalah kita “Lestarikan Nostalgia Warisan Silam” menggunakan Basikal Tua sebagai mediumnya. Ingatlah apa yang kita buat pada hari ini akan menjadi sejarah dan petunjuk pada masa akan datang. Oleh itu nukilkan yang baik serta pahatkan yang elok agar ia menjadi madu dalam hempedu dan berlian diantara kaca. InsyaAllah generasi akan datang pasti tidak akan kecewa. InsyaAllah.

  16. Terima kasih saudara Ikhwan dan saudara Mofti, kalian saya tengok bersemangat dan berjiwa besar di dalam industri basikal tua ini…tahniah saya ucapkan kerana bukan semua yang boleh bersikap macam saudara.

    Tersenyum saya bila saudara cakap nut cacing, dah lama saya tidak mendengar perkataan itu…..:-) nostalgia dan sangat berkesan perkataan tu….budak-budak zaman sekarang ada yang tak tahu tentang nut cacing….

    Betul tu saudara Ikhwan saya setuju diadakan Pertandingan Besar di bumi Malaya ini. Pasti menjanjikan kelainan dan akan menjadi kenangan yang terindah bagi peminat dan pencinta basikal tua seluruhnya.

  17. salam sejahtera kepada pencinta basikal tua saya ucap kan.tahniah kepada awak ikhwan kerana menanag dah tahniah juga kepada yang tidak berjaya menang.teruskan mencintai basikal tua.jgn putus asa kalah dan menang adat perjuangan.kita datang untuk melihat kecantikan keayuan keseksian kejambuan keenseman semua basikal yang dipertanding kan.sejuk mata memandang sejuk lagi hati menerima kekalahan ini.terus dan terus dan terus memartabat kan komuniti basikal tua di malaya ini.jgn lupa event yang akan datang jemput lah kami insaallah jika tiada aralmelintang kami akan susuri nye biar basikal tidak bertayar biar jejari patah-patah biar body basikal dipenuhi kurap kami tetap akan hadir.hidup basikal tua.hebat-hebat idea tuan pengira hujan ni ye.ini lah yang kita tungu selama ini moga-moga dan diharap-harap ada lah pertandingan sedemikian rupa dimasa yang akan datang.kalah dan menang kita letak di belakang yang penting tali persaudaraan itu yang kita cari.sekali lagi hidup basikal tua hidup basikal tua hidup basikal tua.

  18. Salam sahabat-sahabat basikal tua sekalian.
    Saya terpanggil lagi untuk memberi sedikit kata sebagai tambahan.

    Saya setuju dengan saudara Sanim, mesti ada sebab kenapa kita menang atau kalah…tidak akan berlaku sesuatu kejadian itu tanpa ada sebab yang tersirat mahupun tersurat…..bagi saya yang penting ‘semangat’…Ya semangat, tanpa semangat tidak akan dapat untuk menyiapkan sebuah basikal tua….tanpa semangat tidak akan kelihatan anak-anak muda mahupun yang sudah berumur yang berjiwa besar kayuh basikal tua….

    Saudara apek, kamu hebat berpantun dan berpuisi….like..:-)

    Mungkin ada segelintir yang negatif, tapi saya memandang dari sudut POSITIF, kepada pihak penganjur pertandingan di Batu Pahat tempoh hari, saya mengucapkan segunung terima kasih dan tahniah kerana berani menganjurkan program yang sederhana tapi penuh meriah dan banyak memberi pengajaran kepada seluruh pencinta basikal tua di Malaysia.Terima kasih kerana anda telah berjaya membuka minda dan mata peminat setia gerek tua….Sebelum ini saya tak pernah terpikir pun tentang semua ini…Saya respect kepada anda yang menganjurkan program ini. Jika saya di beri peluang pun belum tentu saya mampu memikul tanggungjawab ini. Anda memang terbaik. Jika anda tidak membuat pertandingan tersebut maka tiadalah idea-idea yang bernas untuk pertandingan yang akan datang, andalah penyelamat sebenarnya untuk pencinta basikal tua di seluruh bumi Malaya ini,TAHNIAH sekali lagi.

    Untuk penganjur pertandingan yang akan datang, cadangan saya, jika boleh minimumkan hadiah berupa wang tunai kerana wang bukanlah segala-galanya dalam hobi ini, bagi saya duit yang
    dapat mungkin akan habis digunakan…tapi lebihkan kepada pingat/medal kerana pastinya peserta yang berjaya boleh simpan pingat tersbut sampai bila-bila….pastikan pingat tersebut direka dengan cantik dan mantap.Jangan lupa sijil penyertaan kepada semua yang masuk bertanding.Sekurang-kurangnya ada kenangan terindah disitu.
    Saya cadangkan juga diadakan piala pusingan, pemenang nombor satu akan simpan piala ini sehinggalah diadakan pertandingan yang akan datang. Diharap acara ini akan di adakan setiap tahun. Bermakna piala ini akan berpusing satu bumi Malaya.

    Jika kalian setuju, basikal yang pernah di nobatkan juara tidak boleh masuk bertanding lagi kerana memberi laluan kepada yang lain pula.Ini cadangan saja.

    Sekian terima kasih.Saya cuma memberi idea sahaja.

  19. sabar ajelah bro………….yang baik kita terima…yang tak baik kita simpan dan buang diluar peta. wassalam.

  20. aku respect si-pengira hujan. ..dan semangat Apek dgn group dia …..cool..awesome ..semangat satu Malaysia…PEACE NO WAR

  21. assalamu alaikum kapada pecinta basikal tua seluruh malaysia saya pak syed dari penang tahniah dan syabas penganjur jawatan kuasa basikal tua batu pahat ada apa pun give & take, saya sokong 100% program 2 basikal tua…

  22. Waalaikummusalam dan salam kepada sahabat2 sekalian.

    Tiba2 saya terpikir, untuk membuat@menganjurkan pertandingan bukan semudah yang disangkakan. Banyak perkara perlu di selesaikan dan memerlukan kerjasama banyak pihak. Penganjur mesti pening kepala. Selain daripada itu kos juga mesti tinggi.

    Bukan saya irihati@menyebelahi mana2 pihak, tp untuk memertabatkan basikal tua@warisan di bumi Malaya ini apa kata basikal yang diimport sepenuhnya dari luar negara tidak boleh masuk bertanding ini bagi mengekalkan warisan yang sedia ada. Ya memang basikal yang dipasarkan pada zaman dahulu diimport sepenuhnya dari England, tp sesuatu yang bebeza import pada zaman dahulu dengan zaman sekarang..ada sentimental value dan nostalgia disitu…adalah memiliki perasaan yang berbeza jika kita dapat basikal di bumi malaya sendiri berbanding kita import basikal hari ini direct dari England.

    Bukan bermaksud saya tidak suka@tidak membenarkan langsung sesiapa yang nak beli basikal dari oversea, tp tuan semua fikirkanlah ye, jika yang masuk bertanding 50 orang, kesemua 50 orang ini masuk bertanding membawa basikal import sepenuhnya dari oversea…basikal semuanya sama, camane nak pilih pemenangnya…?Lambakan basikal import ini akan ‘menenggelamkan’ sejarah dan nostalgia basikal tua yang pernah dahulu di pakai oleh nenek, datuk, bapa, emak kita di suatu masa dahulu….

    Jika semua mebawa basikal import, maka pertandingan akan bertukar kepada pertandingan basikal import dan lebih baik masuk bertanding kat England…Saya ambil satu contoh:jika pasukan bolasepak Malaysia 11 orang guna pemain import bermaksud tiada makna dan faedahnya kepada pembangunan bolasepak Malaysia dan tidak akan berkembang mutu bolasepak Malaysia…jadi fikir2kanlah bersama dalam hal basikal tua ini….

    Disini saya memohon sejuta keampunan kepada pihak yang mungkin terasa dan berkecil hati dengan pendapat dan pandangan saya, saya hanya manusia biasa yang yang mempunyai pendapat dan idea sendiri, saya minta maaf sekali lagi. Bagi saya biarlah kita berkongsi idea, berbincang bersama untuk kebaikan masa depan supaya boleh di jadikan panduan untuk genersai yang akan datang. Berbincang bagi saya adalah lebih baik daripada kita bergaduh, berbincang bukan bermaksud bergaduh@bermasam muka. Jika tuan2 ada idea yang bernas@ada apa2 yang tidak setuju dengan idea saya mohon tegur saya dan perbetulkan kesilapan saya.

    Sekian.

  23. Saya sangat bersetuju dengan pengira hujan, untuk melaksanakan sesuatu acara atau pertandingan biasanya ia melibatkan kos yang tinggi sekiranya tiada tajaan dari mana-mana pihak. Bukan mudah untuk melaksanakan sesuatu program sekiranya tanpa kerjasama semua pihak. Pertandingan tanpa sokongan dan penyertaan juga tak bermakna walau hadiahnya setinggi gunung atau seluas lautan.

    Untuk melestarikan nostagia warisan terdahulu bukanlah sesuatu yang mudah. Kesinambungan warisan ini hanya akan terpelihara sekiranya ada insan-insan yang sanggup memberi idea, tenaga dan berkorban wang ringgit untuk merealisasikan impian mereka untuk memartabatkan warisan ini untuk di warisi generasi pada masa akan datang.

    Membawa masuk basikal dari luar sebagai koleksi bukanlah sesuatu halangan untuk tidak turut serta dalam setiap event atau pertandingan. Tetapi seperti pengira hujan katakan nilai nostalgianya tidak sama dengan yang di miliki atau di warisi daripada generasi terdahulu.

    Sekiranya menyertai pertandingan di wujudkan khas untuk kategori basikal (bukan alat ganti atau aksesori) yang di bawa masuk dari luar (diwaktu sekarang). Itu lebih adilkan bagi mereka yang bersusah payah membangunkan semula atau memburu di tanah air sendiri.

    ” Pada yang baru hendak bermain tentu mereka kata mustahil untuk dapat basikal tua dan alat ganti pada masa sekarang”

    Tetapi pada pengalaman saya itu bukanlah sesuatu yang mustahil.

    Seperti dalam cerita seniman bujang lapok

    ” En. Singh ada bercakap dalam dialog sewaktu bujang lapok meminta kerja.

    Dia ada cakap dalam dialognya

    ” Dia punya rezeki dia makan, lu punya rezeki lu makan. Apa salah makan sama”

    Dalam dialog ini sendiri kita boleh ambil pengajaran, usaha perlu ada kerana rezeki itu masing-masing. Mungkin orang terdahulu tak jumpa lagi barang yang mungkin dalam simpanan tuan kedai yang belum dikeluarkan. Tetapi rezeki bagi orang terkemudian dapat membeli atau terjumpa barang yang dahulunya tidak mahu di jual. Dan sekiranya dapat membeli dan terjumpa dengan harga yang berpatutan kongsi-kongsilah dengan rakan-rakan yang lain. Bukan dengan menjadi saudagar yang mencekik darah dan dibenci orang. Tetapi jadilah saudagar yang disayangi dan disegani.

    Kita ada beratus koleksi basikal, yang di pakai tetap satu juga. Jadi fikir-fikirkanlah.

    Ampun dan maaf andai terkasar bahasa dan terguris hati.

    Impian Hanya Satu agar nostalgia warisan silam terus bersinar pada masa akan datang.

  24. Saya setuju dengan SanimNBT….rezeki masing-masing cuma kita kena berusaha. Apa-apa pun aktiviti yang kalian lakukan demi untuk memertabatkan basikal tua ini saya akan sentiasa menyokong sepenuhnya dari belakang kalian.

    Kepada Ikhwan, Naim, Jebat, SanimNBT, Zunaidi, Mofti, Wan, Fahmi, Syed, Ijan, Apek anda semua memang bersemangat, harap sukses dalam industri ini, jika tiada golongan macam tuan semua pasti susah nak mengembalikan nostalgia basikal tua ini. Kepada semua kelab dan ahli-ahli kelab sama-samalah memartabatkan hobi ini sehingga hujung nyawa.

    Bukan semua orang meempunyai jiwa dan minat yang sama. Mana yang buruk@tidak elok kita jadikan sempadan yang baik di jadikan teladan. Tapi jika jumpa basikal buruk jgn letak di sempadan, tengok dulu jika berkenan di hati bawak balik tapi jangan curi, minta cara elok…hehehee…

    Sekian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: