Artikel yang cukup memberi inspirasi “Ichwan Alex : Hidup layaknya bersepeda”


Artikel mengenai Sdr. Alex yang disiarkan oleh Akhbar Suara Pembaruan bertarikh 17 Julai 2011

Siapa yang tidak kenal dengan yang empunya nama Ichwan Alex Setiawan a.k.a Alex? Nama  unik yang penuh characteristic yang mampu membuatkan sesiapa sahaja yang mengenali beliau berasa senang hati. Penulis yang mengenali Sdr. Alex semenjak Februari 2008 melihat beliau sebagai insan yang enthusiastic, humble dan honest. Beliau yang sentiasa menyanjung tinggi ikatan persahabatan (Ichwan yang bermaksud saudara) sanggup berkorban apa sahaja demi mengembirakan sahabatnya. Artikel yang disiarkan oleh Suara Pembaruan menceritakan serba ringkas bagaimana beliau memulakan hobi ini sehinggalah berjaya menjadi seorang yang berjaya memartabatkannya.

Penulis dedikasikan siaran artikel untuk pembaca dan peminat BM sebagai menghargai sumbangan beliau yang telah banyak mengjuvenasi dan menginspirasi corak dan pola pemikiran penulis dalam meneruskan perjuangan basikal tua di Malaysia. Diharapkan artikel ini mampu memberikan sedikit inspirasi buat semua pejuang dan pencinta basikal tua Nusantara. – Basikal Malaya

5 Responses

  1. Terima kasih Om…jadi malu ni, karena ak bukan apa-apa semua ak lakukan demi sepeda tua

    “Hidup layaknya bersepeda, kita harus belajar seimbang agar tidak terjatuh “

  2. Sememangnya artikel yang sangat terkesan, tanpa keberadaan dan penulisan seperti ini basikal tua pasti hilang dari terus diminati. Setiap orang punya cerita tersendiri tentang basikal. Berbasikal sama jua seperti kehidupan mulanya di dorong, kemudian bila semakin berani cuba di kayuh. Sesudah mahir boleh terus di kayuh dengan lancar. Tetapi awas tanpa keseimbangan dan kewaspadaan pasti kecelakaan serta bencana akan menimpa. Oleh itu hayati nikmat berbasikal dan jua kehidupan agar kita tidak lari dari landasannya. Tahniah Om Alexs.

  3. Pastinya setiap orang ada cerita dan kenangan (nostalgia) mengenai basikal dan koleksinya. Kita seharusnya berkongsikan pengalaman berharga ini kepada semua pejuang dan peminat basikal tua seluruh dunia. Kenikmatan memiliki hobi unik dan bertemu “orang-orang aneh” membuatkan kita menjadi lebih “qurious” untuk mengetahui rahsia isi alam dan warisan.

    Basikal tua sebenarnya telah membawa kita jauh meneroka dan mengenali dunia roda dua yang kaya dengan magis, moral dan historical. Biarpun dunia semakin moden namun basikal tua masih mampu mencetuskan “fenomena” luar biasa kerana ia telah dicipta dengan ketajaman intelektual dan kebijaksanaan…dan seharusnya ia terus dikayuh oleh orang-orang yang budiman.

    Dan orang budiman yang aku maksudkan itu ialah kamu om…Alex.

  4. Om Alex,kalau di kbtbb kamu sebagai idola kami dengan pembaruan yang kamu bawa di kbtbb.kami memperlajari apa itu sepeda dan om alex sentiasa pembawa virus-virus yang sekarang menjadi satu penyakit di kbtbb,di mana ahli-ahli kbtbb mengenakan pakaian-pakaian yang dulu kini menjadi ikutan.moga om alex terus berjaya dan persahabatan di antara kbtbb terus mantap.

  5. Terima kasih buat kawan-kawan KBTBB terutama Om ikhwan, Sanim dan Jebat yang selalu berkorban untuk kemajuan basikal tua di malaysia khususnya di bandaraya Malaka. Mungkin kalau bukan karena sepeda tua kita tak akan berjumpa .

    ” Sepeda tua hanya sarana/media, persaudaraan paling utama”

    ” Jangan mengaku kaya kalau belum punya sepeda tua”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: