Kemunculan semula budaya berbasikal mengangkat dan mengiktiraf perjuangan warisan basikal tua di Malaysia


Tajuk penting di New Straits Time yang bertajuk "Bicycling makes a strong comeback" yang memaparkan imej utama basikal tua penuh dramatik, mengiktiraf kepentingan dan sumbangan basikal tua kepada pembaca yang disiarkan semalam (Rabu, 13 Julai 2011).

Di mana-mana sahaja masyarakat di Malaysia heboh memperkatakan mengenai budaya berbasikal terutamanya di negeri Melaka apabila pemimpin No. 1 iaitu Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka bersama Exco-exco dan Ketua-ketua Jabatan berbasikal setiap Khamis ke pejabat, wabak berbasikal dikalangan pemimpin negeri dan VVIP  kian menular dengan hebat di Johor, Selangor, dan di seluruh negara. Perjuangan penulis dan sahabat-sahabat Kelab Basikal Tua Batu Berendam (KBTBB) ternyata efektif dan telahpun menampakkan hasil dan kesan yang sangat “luar biasa”. Di Johor diberitakan oleh Kelab Basikal Klasik Johor, warisan bernilai (basikal tua) kini mendapat tempat dikalangan pembesar Istana dan pemimpin-pemimpin di sana dan kita tunggu apa yang akan berlaku di sana melalui blog mereka.

NST melaporkan peningkatan pengunaan basikal dan busines industri basikal yang kian menguntungkan. Peningkatan penggunaan basikal di Malaysia kian dirasai manakala basikal tua tetap mendapat tempat yang tinggi di dalam budaya dan taraf sosial masyarakat.

KBTBB yang mewakili komuniti basikal tua melaporkan peningkatan pembabitan dan aktiviti bersama Kerajaan Negeri dan komuniti sepanjang setahun lalu meningkat dua kali ganda.

Bagi penulis bukanlah glamour dan publisiti yang dikejar dan dicari semata-mata …tetapi realitinya basikal tua sendiri dihormati oleh pengamal media di negara ini. Lihat sahaja rancangan di TV dan laporan di akhbar, setiap kali topik mengenai basikal dikeluarkan pasti “basikal tua” akan mendapat penghormatan dan diselitkan di dalam rancangan dan laporan mereka. Semua ini tanggungjawab siapa dan usaha siapa? Pastinya ia adalah usaha bersama pejuang dan peminat basikal tua seluruh Malaysia dan penulis bersama sahabat-sahabat hanya bertindak sebagai agen-agen yang menyebarkannya. Usaha ini mendapat penghormatan di “luar jangkaan” penulis.

The Cycling CM (Photo caption) Front page - The Star siaran Sabtu, 2 Julai 2011 menjadi "fenomena" apabila Ketua Menteri Melaka berbasikal ke pejabat. Liputan dalam akhbar The Star disiarkan ke seluruh negara.

Ringkasnya “fenomena” yang berlaku ini seharusnya membuatkan kita lebih bersemangat dan bersatu hati. Komuniti basikal tua di Malaysia kini dianggarkan sekitar 1000-1500 berdasarkan purata peminat yang penulis dapat rekodkan secara umum. Mungkin angka ini dilihat kecil namun penulis mengharapkan angka ini akan menjadi berganda menjadi 2,000-3,000 peminat dalam tempoh 3 tahun dari sekarang. Semua ini tidak mustahil sekiranya kita berjaya menarik lebih banyak peminat basikal tua dikalangan generasi muda dan veteran. Di Melaka projek perlaksanaan membina laluan basikal dijangka akan siap pada hujung tahun 2011 dan ini sudah pasti merealisasikan harapan dan impian penulis untuk melihat basikal terus lestari di bumi Hang Tuah.

Idea untuk melihat seluruh rakyat di Melaka berbasikal setiap hujung minggu dan menjadikan basikal tua sebagai pengangkutan alternatif  hampir tercapai. Masih banyak lagi idea-idea dan cadangan untuk kita utarakan demi melestarikan warisan basikal tua ini di tempat kediaman masing-masing. Hobi yang dahulunya sekadar koleksi kini sudah ditransformasi menjadi sesuatu yang bermanfaat dan berguna kepada bangsa dan negara. Semoga basikal tua terus lestari dan terus diminati oleh semua golongan. Itulah magis, signifikan dan uniknya basikal tua yang kita perjuangkan – Basikal Malaya

2 Responses

  1. TERIMA KASIH KERANA MENGHIDUPKAN KEMBALI KISAH BASIKAL TUA…DANVILLAGE ADA MENGELUARKAN TSHIRT MENGENAI BASIKAL..SIRI-SIRI BASIKAL

  2. Sama-sama Tuan Anuar Dan…

    Terima kasih juga saya ucapkan kepada Tuan kerana singgah ke blog saya. Untuk makluman tuan saya pernah ke kedai Tuan di Central Market (pasar seni) dan saya ada membeli beberapa helai t-shirt untuk dijadikan cenderahati untuk kawan2 di Indonesia. Saya sangat teruja dan suka dengan rekaan visual basikal tua yang Tuan hasilkan.

    Nak beli painting masih belum mampu…jadi saya ada beli beberape keping poskad untuk simpanan peribadi…Insyaallah kalau ada event basikal di Kuala Lumpur nanti…saya akan jemput Tuan untuk bersama-sama dengan pencinta basikal tua…boleh juga kami membeli t-shirt, poskad, dan painting sebagai koleksi.

    Semoga kita akan bertemu satu hari nanti…sama-samalah kita menyokong usaha memartabatkan basikal tua di Malaysia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: