Koleksiku II: Penemuan terbaharu spare-part dan aksesori basikal tua


Inilah hasil buruan penulis beberapa bulan lepas... tak banyak tapi "lumayan" tangkapan kali ini.

Salam sejahtera buat semua pengikut BM. Setelah setengah tahun penulis berburu pada tahun 2011 inilah hasil yang dapat disajikan untuk “Koleksiku II” setelah berjaya pada tangkapan pertama (sila lihat di sini). Beberapa bulan yang lalu penulis menemui beberapa pasang rim Dunlop lidah 28″ (tayar lipat), rim Dunlop 26 1 3/4 (posmen), Saddle Phillips, Saddle Hercules, Tail-Light, pedal, Lampu Lucas minyak tanah, peti rantai & saddle Hercules dan dua barang yang paling “keras” iaitu Speedometer Cadet buatan Amerika dan Lampu Karbait Lucas Calcia yang kedua-duanya masih berada di dalam kotak (NOS). Maklumat lanjut bolehlah menghubungi penulis di talian 019-606 5575 untuk kita bersama-sama berkongsi pendapat.

Diharapkan dengan paparan ini akan membakar lagi semangat sahabat-sahabat di luar sana untuk terus memburu dan jangan sesekali patah hati atau putus harapan. Penulis yakin dan percaya sekiranya kita berusaha dan rajin mencari inilah hasil yang akan kita perolehi. Tipsnya ialah kena ada ramai kenalan/sahabat, rajin berjalan/mencari, selalu berbuat baik, jangan “kencing” orang, harus jujur dan ikhlas, rajin berusaha, jangan “kedekut”, sembahyang dan berdoa, mengingati Allah setiap masa dan jangan sesekali putus asa – Selamat berburu … Basikal Malaya

Selain Speedometer Smiths, speedometer Cadet buatan Amerika ini tidak kurang "menawan"nya. Harganya jauh lebih murah sesuai untuk dijadikan koleksi dan simpanan dalam galeri.

Sebuah lagi lampu Joseph Lucas Calcia karbaid buatan Birmingham, England (NOS) dijumpai masih berkeadaan terbaik di dalam kotak asalnya yang hampir hancur.

Antara koleksi peribadi penulis yang paling "berharga" ... mungkin taklah berapa "rare" tapi pasti hanya beberapa orang sahaja yang bertuah menemuinya dalam keadaan asal.

Saddle Phillips yang masih berkeadaan baik (NOS)...

Pedal "Favorit" NOS buatan Czechoslovakia memang sesuai untuk basikal 28" kerana ketahanannya

Peti rantai dan saddle Hercules...ini ubat "mujarab" bagi yang lama demam cari barang-barang Hercules...yang berminat pada barang2 ini kita campuaaa jer (barter)

Rim Dunlop Lidah 28" (tayar lipat) dan Rim Dunlop Posmen 26" sebagai pelengkap roda basikal tua...

14 Responses

  1. Barang2 macam ni belambak lagi kat kedai. Tapi harganya tak masuk akal. Boleh terbeliak biji mata….

  2. Hahahaaa…itu selalu dah aku lalui… harga ikut sedap hati dia jer… tu tak payah kat kedai…kat Mudah.com belambak yang “lambung harga” nak cepat kaya…tapi aku tengok tak kaya-kaya pun…

  3. ada peti ice ga…….terbakoooo….

  4. Peti ais pakai gasoline Sanim tau tempatnya di mana boleh dapat om. Dia ada satu “lubuk rahsia”…di situ ada jual dan beberapa barang2 antik yang lain…itu sebab dia tak heran barang2 kat atas nie…

  5. Salam,

    Cantiknya collection terbaru barang2 NOS….susah tue nk cari..apa2 pun kalau kerja keras Insyallah akan jumpa.

  6. salam,baik punya lubuk,nak campua tak?ini adalah usaha yg berjaya,kalau jumpa lobok kena kongsi dengan rakan2 bro,jangan makan seorang,nanti tercekik,tahniah bro dapat barang rare.

  7. Alamak !!!Silaw Mate aku!!!.$$$.

  8. Cayala Bro!!! Tahniah!!!,Macam mana blh jumpa ni!,pelik!.Orang cari sampi Berjambang , tak jumpa pun!!!.

  9. Naim,
    Terima kasih Sdr. Naim…betul lah bagai dikata…kalau rajin mencari pasti akan jumpa…tiada yang mustahil.

    JebatMlk,
    Hmmmm…nampaknya kena “cukai” lagilah akuuu…

    Rizal,
    Kalau silau pakai spek bro…heheheee…yang ini pelik tapi benar bro.

  10. bro berapa harga peti rantai tuu

  11. Maaf Bro Bostami…peti dan seat Hercules tu dah jadi milik orang Ijok, Selangor. Insyaallah kalau saya jumpa lagi…saya akan maklumkan.

  12. salam… terbaeeeek brg tu memang rare… rim tu ada dijual lg ke? berminat tgk plak …..

  13. salam… terbaeeeek brg tu memang rare… rim tu ada dijual lg ke? berminat plak tgk …..

  14. agak2 rim lidah tu nak campuaa dgn ape ye saudara ikwan mane tau saya ade brg yang awak cari tqvm
    apek.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: