Misi Kayuhan 2 Negara Kali Ke 2 (K2N II) – Malaysia dan Indonesia pada 3 – 6 Jun 2011 di Bandung, Indonesia


Liputan akhbar Utusan Malaysia mengenai K2N Pertama yang berlangsung di Bandaraya Melaka pada 8 Jun 2010 keluaran edisi selatan.

Logo rasmi Acara Kayuhan 2 Negara - Pertama dan Kedua

Acara Kayuhan 2 Negara Kali Ke 2 (K2N II) di antara Malaysia dan Indonesia akan diadakan buat kali kedua di Bandung, Indonesia pada 3-6 Jun 2011. Kurang seminggu lagi acara K2N II akan berlangsung di bumi Indonesia setelah berjaya menyatukan komuniti basikal tua kedua-dua negara pada K2N pertama yang telah diadakan pada 4-6 Jun 2010 di Bandaraya Melaka tahun lalu. Secara konsistennya Kelab Basikal Tua Batu Berendam (KBTBB) Melaka telah berjaya meneruskan acara yang penuh gemilang ini bersama Komunitas Sepeda Tua Indonesia (KOSTI) dengan dibantu dan disokong oleh Paguyuban Sapedah Baheula Bandung West Java. Pada hari ini Blog Basikal Malaya mengumumkan bahawa Acara K2N II akan berlangsung secara besar-besaran di Indonesia walaupun peserta dari Malaysia dijangkakan akan hadir seramai 40 peserta namun itulah misi berat yang perlu dipikul demi memartabatkan basikal tua di peringkat Antarabangsa.
 
Basikal Tua Memperkukuh Persahabatan Serumpun
Bertemakan “Basikal Tua Memperkukuh Persahabatan Serumpun” Acara K2N II merupakan platform penting bagi memperkukuhkan hubungan persahabatan dua komuniti basikal tua dari 2 negara yang berkongsi minat dan hobi yang sama. Di masa hadapan sudah ada cadangan untuk diadakan Acara K3N atau K4N namun itu bukanlah satu impian yang mustahil. Melalui basikal tua kita mampu mencetuskan “fenomena luar biasa” di mana secara realitinya pihak KOSTI memaklumkan bahawa acara K2N II kali ini diiktiraf sebagai acara nasional di Indonesia dan akan menyaksikan ribuan ontelis akan hadir menyokong acara pada kali ini. Semua ini kerana basikal tua…

Kayuhan 2 Negara – Merupakan Acara Nasional/Antarabangsa bagi kedua-dua negara
Tidak keterlaluan penulis katakan acara K2N yang dicetuskan oleh KBTBB dan KOSTI ini merupakan acara basikal tua yang pertama dan terpenting bagi kedua-dua negara. Belum ada dalam sejarah basikal tua dari mana-mana negara di dunia ini diadakan seperti K2N ini. Justeru di Indonesia ini merupakan acara peringkat antarabangsa pertama pernah diadakan yang melibatkan negara luar di sana. Bagi 40 peserta dari Malaysia ini adalah sejarah yang sangat penting dalam perkembangan basikal tua di tanahair dan sekaligus mengukir nama di peringkat antarabangsa. Semuanya itu bermula dari persahabatan…

Promosi dan publisiti meluas dari Komunitas Sepeda Tua Indonesia (KOSTI) untuk menjayakan K2N II di Bandung, Indonesia

Maklumat lanjut boleh diperolehi di…
http://sepeda.wordpress.com/2011/05/25/kayuhan-2-negara-2011/ 

KBTBB melalui akhbar rasmi negeri Melaka mempromosikan Acara K2N II kepada umum

Maklumat dan informasi mengenai Acara K2N II sila layari…
http://basikal-melaka.blogspot.com/2011/05/informasi-dan-tentatif-program-4h3m.html

7 Responses

  1. Semoga sukses dan berjalan sesuai rencana..HIDUP BASIKAL TUA

  2. Ya…kita lakukan demi hobi dan warisan basikal tua…om. Akhirnya sejauh ini perjuangan dan tanggungjawab besar yg perlu digalas….semuanya kerana basikal/sepeda tua….

  3. @dengan sepeda tua ternyata mampu menyatukan hati negara serumpun.. semoga berjaya..

  4. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada rakan urusetia (penyelenggara) K2N di Bandung (3-6 Jun 2011) di Bandung. Juga rakan-rakan pecinta sepeda tua Melaka dan Malaya. Setakat ni saya dah balik ke kampung saya di Negeri Laskar Pelangi (Bangka Belitung) dalam menyusun makalah (kertas kerja) yang akan dibentangkan di Universiti Malaya, KL, tempat saya meneruskan pendidikan dan bermastautin di Kolej ke 12 UM. Salam buat rakan Ikhwan dan Jebat, saya di Pangkalpinang bangka belitung dang menubuhkan Pecinta Kereto Angin (bahasa Melayu Bangka untuk ontel). Maklumat (berita) K2N akan saya siarkan kepada rakan-rakan pecinta kereto angin di Bangka Belitung, wass

  5. selamat datang di kota ku ,sampai jumpa basikal tua n onthelis dari penjuru NKRI.

  6. Selamat menjayakan program di indonesia. Semoga selamatnya semuanya. Teman pun baru dalam hobi ni. Boleh layari http://basikaltuaklasik.blogspot.com/ sekadar perkongsian.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: