Kehadiran 220 peserta di acara KTM2011 bukti kebangkitan basikal tua dari selatan


220 peserta basikal tua hadir membanjiri Bandar Pontian menjayakan acara Kayuhan Terowong Masa (KTM) 2011

Kehadiran peserta yang ramai pada acara KTM2011 bukti kebangkitan basikal tua dari selatan

Dataran Pontian menjadi saksi kemeriahan KTM 2011 - Majlis Perlepasan Peserta oleh Cik Nurul A.A.D.O Pontian

1 Mei 2011 menjadi tarikh keramat yang penuh sarat dengan memori indah bagi 220 peserta basikal tua yang hadir memeriahkan acara Kayuhan Terowong Masa (KTM) 2011 yang telah berlangsung di Pontian, Johor. Walaupun berita KTM2011 telah terpampang di dada akhbar dan tabloid di seluruh Malaya dan lebih seminggu ianya berlalu, namun kenangan di acara yang paling meriah dan penuh warna-warni dengan pelbagai gelagat masih segar diingatan penulis dan sahabat-sahabat yang hadir. Pastinya ucapan TAHNIAH dan SYABAS harus ditujukan kepada Sdr. Mofti, Sdr. Ajid dan barisan AJK serta dibantu oleh kelab-kelab basikal tua dari selatan seharusnya dipuji dan disanjung tinggi. Kehadiran peserta-peserta dengan busana-busana klasik kali ini dilihat semakin bertambah dan fokus kini bukanlah hanya pada basikal tua sebaliknya penampilan secara keseluruhannya. Inilah perkembangan terbaharu basikal tua di Malaya.

Penulis secara peribadi berasa amat bangga kerana telah muncul sebuah lagi kelab basikal tua yang BERKREDIBILITI, BERWIBAWA dan BERANI menganjurkan acara besar yang telah BERJAYA membuka banyak mata-mata dan telinga-telinga di luar sana. Kejayaan Kelab Basikal Klasik Johor (KBKJ a.k.a. KSTJB) merupakan satu petanda kebangkitan kelab-kelab yang BERWIBAWA dari selatan tanahair. Kini Kelab Basikal Tua Batu Berendam (KBTBB) sudah mempunyai rakan strategiknya untuk terus mengembeling usaha dan tenaga untuk mengada dan menganjurkan acara yang lebih besar di masa hadapan. Paling menarik acara bertukar “pin cenderahati” sudah mula popular dikalangan peserta-peserta dan itulah yang membezakan kolektor dan peserta yang sering mengikuti kayuhan yang dianjurkan kelab-kelab basikal di Malaysia mahupun luar negara.

KBTBB selaku kelab pendahulu hadir dengan memperagakan busana klasik Melaka dari era Munsyi Abdullah dan era Portugis

Pak Said dari Penang bersalaman dengan peserta dari Benut sebagai bukti semangat persahabatan yang tinggi

Sdr. Mofti menerima sumbangan sebanyak RM10,000 yang disumbangkan oleh PECHAL untuk mengadakan K3N di Johor tahun hadapan.

Mr. GB yang berjaya menjual barang-barang basikal tua dengan harga paling "munasabah" dan mengaut untung berbilion ringgit tanpa perlu jadi "lintah darat"...modalnya adalah "keikhlasan"...

Pada acara yang berlangsung di Pontian penulis juga ingin menyampaikan rasa hormat dan “salute” penulis kepada 4 orang individu yang sanggup hadir dari jauh ke acara KTM 2011, yang pertama Sdr. Alex dari KOSTI, Indonesia yang sanggup hadir dari seberang, kedua Pak Said dari Penang yang tetap bersemangat tinggi menyokong apa jua acara basikal tua di Malaysia, ketiga Abg Hamid (Bomba) juga dari Penang yang menemani Pak Said dan turut serta dalam acara, dan yang terakhir Mr. GB (Gagah Berani) yang sanggup datang dari Batu Gajah, Perak. Selain dari peserta dari Penang, Perak, Selangor, N. Sembilan, dan Melaka, KBKJ juga mendapat sokongan yang padu dari seluruh kelab-kelab basikal tua yang ada di Johor seperti Muar, Segamat, Labis, Batu Pahat, Kota Tinggi, Benut, Pontian dan sekitar Johor Bahru.

Walaupun kali pertama KBKJ mengadakan acara kayuhan besar namun semua yang dirancang berjalan dengan sempurna tanpa ada sebarang gangguan dengan cuaca mendung dan udara yang nyaman sekali. Penulis dapat melihat kerjasama dan silaturahim antara peserta adalah sangat tinggi tanpa mengira dari kelab mana mereka datang. Kehadiran Penolong Pegawai Daerah Pontian iaitu Cik Nurul Farahdila Binti Jaafar pada acara perasmian dan YM Tunku Dato’ Hassan Ibni Almarhum Tunku Mohd Archbald pada acara penutup membuktikan acara ini mendapat perhatian kerajaan Negeri Johor dan pihak Istana Johor. Tahniah buat semua 220 peserta dan Tahniah sekali lagi buat KBKJ di atas kejayaan KTM 2011 – Basikal Malaya

Big Brother Mofti (BBM) dari KBKJ menyampaikan cendera hati kepada YM. Tunku sewaktu majlis penutup.

Sdr. Alex dari KOSTI sempat menyampaikan cenderahati buat YM Tunku di Dataran Pontian sebagai tanda persahabatan Indonesia dan Malaysia

Sdr. Alex, Penulis, Mofti, dan Ajid mengabadikan kenangan KTM 2011 di Pontian Johor

Ini dia Pak Said dari Penang yang hadir dengan semangat juang yang paling tinggi memeriahkan KTM2011.

Dan…inilah hero-hero sebenar yang berjuang habis-habisan untuk kejayaan KTM 2011. Tahniah KBKJ a.k.a. KSTJB!

 

8 Responses

  1. Terima Kasih Bro Ikhwan. Jolokan Baru. BBM.
    Terima kasih juga buar Sdr. Khairi Dari PECHAL atas sumbangan peribadi RM10,000 untuk program K2N/K3N akan datang.

  2. My pleasure Big Brother Mofti (BBM). Apa pun tahniah buat semua yg bekerja keras…RM10,000 tu sebagai pengeras jer…kita cuba cari sponsor yg sanggup bagi RM50,000…biar terbakoo satu Malaya tgk event yg seterusnya.

    Pasti rugi betul saper2 yg nak datang tapi tak datang tuuu….rugi besoo oooo…

  3. Memang best lah pertama kali dapat datang, Sebab selalunya tengok kat akhbar dan tv aje. Bila dapat peluang untuk pergi event macam ni terus tak lepaskan. Dan kesannya saya akan ikut terus setiap event yang akan mendatang. Memang mantaplah event KTM 2011. Tetap dalam ingatan.

  4. Peminat_BT,
    Baguslah kalau macam tuu…mungkin bagi yang tak minat diorg anggap event basikal tua ini “biasa-biasa” aje…tapi bagi yang dah turut serta barulah mereka sedar betapa “hapening” dan “meriah” nya acara basikal tua ini berlangsung.

    Barulah kita tahu…basikal siapa yang paling cun….paling rare…paling hebat dan pakaian siapa yg paling best….kalau setakat collect and see…siapa peduli bro. Syok sendirilah sampai ke TUA….

  5. Tahniah kepada semua peserta dan terutamanya kepada penganjur… Agak terkilan kerana tak dapat turut serta… diharapkan akan lebih maju warga peminat basikal tua dari selatan…

  6. Next time kena turun bro…kalau tak pasti terkilan lagi🙂 Thanks for your support.

  7. salam..
    saya ucapkan SYABAS DAN TAHNIAH buat KSTJB semoga event KTM kemarin bisa membuat klab-klab basikal di Malaysia bertambah solid dan lebih besar .

    Merupakan suatu kehormatan saya bisa join event KTM ,lebih-lebih saya bisa berjumpa dengan kawan kawan basikal di Malaysia. Tak lupa saya haturkan terima kasih untuk sdr. Ikhwan dan wawa yg layan saya dengan baik dan ramah, sdr. sanim yg karena saya dia x ikut kayuhan..he..he maf bro, sdr . GB yg sudah membantu saya, sdr. Mofti dan Ajid atas layanannya juga atas ubi dan sambalnya.he.he, tak lupa ucapan terimakasih buat kawan-kawan semua di malaysia….

    “Sepeda tua hanya media, persaudaraan paling utama “

  8. Salam,

    meriah tgk acara yg baru lepas tue. Seronok tgk makin ramai orang muda2 yg join minat basikal tua nie. Last month saya pergi ke cambridge. Bestnya tgk kat kawasan nie mostly orang ramai tua muda still naik basikal tua. Adak yg jaga betul2 ada yg just naik ja. Mungkin untuk perancangan jangka masa panjang boleh kita adakan acara mengayuh basikal di cambridge. Mungkin perlu penelitian terliti dan mungkin memakan masa. Anyway saya rasa satu idea yg menarik.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: