Basikal tua muncul di TV9 dalam rancangan NLKO (LIVE) di Sri Pentas


KBTBB dan PSCB bergabung menjayakan segmen "Basikal Tua" dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV9

KBTBB dan PSCB bergabung menjayakan segmen "Basikal Tua" dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV9

Satu penghormatan...Siapa sangka "Basikal Tua" akhirnya dijemput ke Sri Pentas, TV9

Pada Sabtu 5 Mac 2011 yang lalu, terukir satu lagi lakaran sejarah buat semua peminat dan pencinta basikal tua di Malaysia apabila “basikal tua” muncul secara LIVE (bersiaran langsung) di TV9. Penulis bersama sahabat-sahabat basikal tua dari Kelab Basikal Tua Batu Berendam (KBTBB), Port Swettenham Classic Bicycle  (PSCB), Mr. Karu mewakili Kelab Sepeda Tua Johor Bahru (KSTJB), dan Mr. GB dari Batu Gajah, Perak – hadir dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O (NLKO) untuk memeriahkan segmen “Nostalgia: Sudirman Dalam Kenangan” di Sri Pentas, Bandar Utama. Mungkin ramai yang tertanya-tanya mengapa “basikal tua” dijemput ke Sri Pentas? Jawapannya ialah kerana sebuah lagu yang penuh cerita dan nostalgia yang bertajuk Hidup Sederhana (Basikal Tua) yang telah dicipta oleh Allahyarham Sudirman Hj. Arshad 31 tahun yang lalu (1980).

Lirik : Hidup Sederhana (Basikal Tua) dari Album Anak Muda (1980)
Riang hatiku badan bertuah. Punya teman yang comel dan manja. Berjanji akan selalu bersama. Menemani ku setiap masa. Aku hidup serba sederhana. Tiada harta tiada rupa. Hanya yang ada budi bahasa. Harta sekadar basikal tua. Orang biasa basikal tua. Orang biasa basikal tua. Walau ke mana ia meminta. Ku bawa dengan hati yang bangga. Senang melihat ia ketawa. Duduk di palang basikal tua. Aaaa Aaaa Aaaa Aaaa. Biar pun hidup aku begini. Berbasikal setiap hari. Namun hatiku riang selalu. Tiada hutang datang mengganggu. Angan-angan ku disuatu masa. Basikal kan ku tukar kereta. Tapi kekasihku tidak setuju. Mungkinkah dia rasa cemburu. Orang biasa basikal tua. Aaaa Aaaa Aaaa Aaaa….- Nyanyian & Ciptaan Sudirman Hj. Arshad.

Walaupun sudah hampir 20 tahun Allahyarham Sudirman Hj. Arshad pergi meninggalkan kita namun dek kerana keunikan dan kesyahduan lagu-lagu dendangan beliau yang berunsur patriotik, nasihat, cinta dan  kedesaan, kita masih mengingati Allahyarham sehingga hari ini. Ternyata Allahyarham seorang penyanyi dan penghibur berwawasan, berjiwa rakyat dan penuh dengan semangat patriotisme. Buktinya, lagu “Hidup Sederhana (Basikal Tua)” yang diciptanya didendangkan dengan tempo kontemporari dan moden telah memberikan kesan luar biasa dan  mengangkat martabat “basikal tua” untuk terus dikenang dan dihargai sehingga ke hari ini.

Justeru itu, kehadiran “basikal tua” di Sri Pentas secara tidak langsung menjadi bukti dan saksi betapa hebatnya wawasan dan karismatik  Allahyarham Sudirman Hj. Arshad yang pernah merangkul gelaran  penyanyi No. 1 Asia ini. Penulis pula mengadaptasikan keberanian Allahyarham di dalam membuat kelainan dan pembaharuan kepada hobi “basikal tua” ini. Pernah penulis menasihatkan sahabat-sahabat basikal tua KBTBB (Kelab Basikal Tua Batu Berendam) Melaka “Walaupun kita mengayuh basikal tua namun cara pemikiran dan tindakan kita harus berani, moden dan berwawasan”.. dan Alhamdulillah kini KBTBB masih bergerak aktif melestarikan basikal tua di Malaysia.

Secara peribadinya pada pandangan penulis, generasi muda harus mengembleng tenaga dan usaha membawa “basikal tua” ini lebih maju ke hadapan. Kita harus lebih berani melakukan kelainan dan sanggup berubah serta berkorban masa, tenaga, dan wang ringgit. Siapa kata hobi “basikal tua” adalah hobi yang sia-sia? Lihat sahajalah kepuasan dan keriangan yang terpancar dalam setiap wajah karektor “basikal tua” yang hadir untuk rancangan NLKO di TV9 ini. Kesemua peserta “basikal tua” yang hadir melahir dan menzahirkan rasa puas hati mereka kerana dapat memberikan sumbangan ke arah memajukan hobi ini (basikal tua) agar terus diminati sepanjang zaman.

Sebelum berpisah, penulis akhiri penulisan kali ini dengan beberapa pertanyaan… ke manakah perginya  “hero-hero” dan “munsyi-munsyi” terhebat basikal tua yang dahulunya hebat “berkokok” ? Apa sudah jadi dan di manakah “janji-janji” dan “wawasan mengunung” mereka itu? Siapakah yang sebenarnya sekarang yang telah berjaya dan tersungkur? Fikir-fikirkanlah sejenak…bak kata  pepatah “Terlajak perahu boleh diundur….terlajak kata…  kelab hancur – reputasi binasa”🙂  pasti ramai yang sudah mengetahui jawapannya – Basikal Malaya (*budak setahun jagung yang baru nak merangkak*)

Sdr. Abu Talib pengacara NLKO turut serta mempamerkan aksi mengayuh basikal tua

Pengacara kecik molek Syarifah Nur juga tidak melepaskan peluang mencuba mengayuh basikal tua

Penulis dan Sdr. Sanim (NBT) menjadi "penasihat" dan mengetuai perarakan "basikal tua" di Sri Pentas

Membuat ulasan spontan bersama pengacara mengenai acara "pertandingan basikal lambat"

Di lokasi set pengambaran Nasi Lemak Kopi O yang santai dan relax...

Sdr. Sanim (NBT), Syarifah Nur, Adik Ayu Izzati, Sdr. Abu Talib dan penulis

Pose istimewa Syarifah Nur bersama Adik Ayu Izzati untuk tatapan semua pengunjung blog Basikal Malaya

6 Responses

  1. Bila sebut tuan penasihat ni yang best bila balik dapat belanja makan “Embun Menitis” Lazat………Betul tak MR GB.

  2. Maju terus & sukses tuk sobat di Malaysia

  3. Sanim: Hahaaa…ada banyak lagi menu-menu yang sedap-sedap kat Cafee tuu…nanti aku belanja korang lagi🙂

    Pk. Muhdie: Terima kasih atas sokongan kepada basikal tua (sepeda ontel) di Malaysia…kami juga berharap agar dapat bersama-sama dengan sahabat-sahabat di Indonesia untuk bersatu dalam satu acara ontel pada tahun ini.

  4. chegu sanim…

    belanja org ipoh sekali tau…

    saudara ikhwan ,

    ada link utk tonton NLKO untuk segmen basikal tua ?..

  5. Terima kasih menghargai “Basikal Tua”…. hehehe…harap tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas…bagus ni…supaya generasi muda pada zaman milenium ini kenal asal usul basikal tua ni…-Azhar(Peminat Setia Arwah Abg Sudir)

  6. Terima kasih Abg Azhar…Insyaallah selagi mana lagu “Basikal Tua” berkumandang di radio dan menjadi siulan anak-anak muda…selagi itu lah jasa dan kenangan bersama Arwah Datuk Sudirman akan terus dikenang oleh kita semua. Terima kasih kerana singgah di blog Basikal Malaya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: