Kunjungan singkat Mas Alex (Wiwinaked – Jakarta) ke Malaysia memperkukuh persahabatan serumpun


Pada 29hb November 2010 (Jumaat) yang lalu penulis bergegas ke Melaka untuk menemui sahabat baik penulis iaitu Sdr. Alex dari Jakarta. Beliau yang menyambung percutiannya dari Singapura telah sempat menemui sahabat-sahabat di Johor Bahru (KSTJB) iaitu Sdr. Ajid dan Sdr. Mofti pada hari Khamis yang lalu sebelum meneruskan perjalanannya ke Melaka. Di Melaka, ketibaan Sdr. Alex telah disambut oleh Mr. GB dan Sdr. Jebat dan dibawa beristirehat di rumah Pengerusi KBTBB iaitu Sdr. Alias Omar.
Kehadiran Alex di Malacca telah disambut oleh Sdr. Jebat dan ahli-ahli KBTBB. Penulis dan Mr. GB tidak ketinggalan menunggu beliau di sana.
Disebelah malamnya Sdr. Jebat merancang 1 kayuhan basikal tua bersama Sdr. Alex dan ahli-ahli KBTBB di sekitar Bandaraya Melaka. Tepat jam 9:30 malam mereka bertolak dari Batu Berendam menuju Bandaraya dan tiba sejam kemudian di Bandar Hilir. Kesempatan bertemu Sdr. Alex dimanafaatkan dengan berbual dan bertukar-tukar pendapat antara satu dengan yang lain ketika berehat di bangunan Stadhuys / Jam Besar.
Penulis, Alex dan Mr. GB menghadiri acara kayuhan malam yang dianjurkan oleh KBTBB yang diketuai oleh Sdr. Jebat
Sdr. Alex juga sempat menceritakan pengalaman acara di Bandung (MUNAS & SILATNAS) yang dihadiri oleh Mr. GB yang menjadi wakil dari Malaysia kepada penulis. Walaupun penulis tidak dapat hadir pada acara tersebut kerana kesibukan tugas di pejabat namun kita tetap menghantar wakil sebagai memenuhi undangan sahabat-sahabat di Indonesia. Penulis dapat melihat semangat baru yang diperolehi dan dibawa pulang oleh Mr. GB setelah menghadiri acara besar di Surabaya. Terima kasih kepada sahabat-sahabat di Indonesia yang sudi menjaga Mr. GB di sana terutamanya Fahmi, Pak Clayton, Alex, Pak Bambang, Pak Chandra, Mas Iwan dan ramai lagi.
Bersama sebahagian ahli-ahli KBTBB yang menemani Alex berkayuh di Malacca
Kehadiran Sdr. Alex di Melaka secara tidak langsung mempereratkan lagi hubungan komuniti basikal tua di Malaysia dan Indonesia. Sdr. Alex menyatakan kepada penulis bahawa beliau tidak berasa jauh dari negaranya dan berasa seperti berada di negara sendiri kerana banyak persamaan dan keakraban sahabat-sahabat di sini. Selama Sdr. Alex di Malaysia beliau sentiasa ditemani Mr. GB dan penulis. Sepanjang masa yang singkat ini ada sahaja perkara yang diperkatakan mengenai basikal tua dan perancangan yang bakal dirancang untuk kedua-dua negara. Sebelum acara kayuhan tamat Sdr. Alex dibawa makan di kedai mamak dengan hidangan ringan sebelum menjamu masakan “asam pedas” di pasar borong oleh penulis bersama Abg Lias dan Mr. GB. Malam itu kami pulang jam 2:30 pagi dan masih bertenaga untuk bergurau senda dan bersembang sehingga lewat pagi.
Alex sempat berburu barang-barang basikal di kedai lama (toko tua) sebelum di bawa pulang ke Kuala Lumpur bertemu Sdr. Sanim
Alex bersama pemilik kedai basikal lama yang banyak memberikan beliau stok-stok barang yang “rare” untuk di bawa pulang ke Jakarta🙂 Lihat sahaja senyuman Alex itu🙂

Pada keesokkan harinya (Sabtu 30hb November) selepas sarapan pagi dan makan Nasi Lemak di Batu Berendam penulis membawa Sdr. Alex pulang ke Kuala Lumpur untuk bertemu Sdr. Sanim. Dari Melaka, penulis sempat singgah di sebuah kedai basikal lama di pinggir Bandaraya Melaka dan berburu bersama Sdr. Alex. Kebetulan “mood” pemilik kedai basikal tua itu tersangatlah baik pada hari itu kerana “berkenan” dengan “kehandsomeman” Sdr. Alex. Banyak jugalah barang-barang “rare” yang berjaya ditemui. Hanya pemilik kedai, penulis dan Sdr. Alex serta Allah S.W.T apa yang kami temui🙂 Lihat sahaja pada senyuman kedua-dua figura di atas. Kami tiba di Kuala Lumpur kira-kira jam 1 tengahari dan penulis meninggalkan Sdr. Alex bersama Sdr. Sanim yang telah bersiap sedia untuk membawa beliau makan Nasi Briani di Bangi.

Pertemuan 8 mata antara Alex, Sanim, Mr. GB dan penulis baru-baru ini bakal mencetuskan 1 lagi acara basikal tua yang penting pada 2011

Teh Tarik Session di Kuala Lumpur bersama Alex (Wiwinaked), Sanim (NBT), Mr. GB, dan penulis (BM)

Di sebelah malamnya kami berempat iaitu penulis, Sdr. Alex, Sdr. Sanim, dan Mr. GB sempat bertemu untuk “Teh Tarik Session” di kedai mamak berhampiran rumah Sdr. Sanim. Banyak perkara dibincangkan pada malam itu dan Insyaallah kami akan merancang sesuatu yang “berimpak besar” di tahun 2011. Selain daripada itu sempat juga kami bertukar-tukar pendapat mengenai koleksi basikal tua masing-masing dan khabarnya banyak juga barang yang Sdr. Alex dapat dari Sdr. Sanim dan mereka sempat berburu barang-barang basikal di kedai basikal di sekitar ibu kota. Tidak kurang juga kami sempat berbincang mengenai senario dan perkembangan basikal tua di Malaysia yang semakin suram dan “rosak” akibat perbuatan pihak tertentu yang tidak mempunyai kreadibiliti dan reputasi untuk memajukan hobi ini.

Pada malam itu Mr. GB pula telah “mendedahkan” lubuk-lubuk barunya dan akan membawa penulis untuk membuat “penilaian” barang-barang “rarest” di tempat yang dikenal pasti untuk dijadikan bahan-bahan pameran di Muzium. Sdr. Alex dan Mr. GB menginap di bungalow kepunyaan Sdr. Sanim sambil menikmati koleksi-koleksi agung (basikal yang rare) di rumahnya. Keesokkan harinya 31hb November (Ahad) Sdr. Alex telah berangkat pulang ke Jakarta dari LCCT tepat jam 9:50 pagi. Kami bertiga sempat menghantar Sdr. Alex ke Airport dan ironisnya kami amat-amat optimistik untuk bertemu semula di Indonesia dalam waktu terdekat. – Basikal Malaya

8 Responses

  1. Perjalanan yang penuh dengan kesan Om…thanks dah mau antar mampir ke kedai basikal..he..he sayang ga bisa lama ya, jadi ga bisa bongkar2 part yang ada di bawah….next time kita buat waktu khusus utk datang sana

  2. Ya next time kita bukan sahaja di tempat itu…ada banyak lagi tempat2 yang lebih banyak harta-karun om.. senang sekali dapat ketemu kamu di Malaysia. Mohon maaf kalau ada yang terkurang dan ada yang kurang berkenan di hati. Tunggu pula kunjungan aku ke Surabaya pula nanti ya om Alex 🙂

  3. hai kalau nak cari harta karun pun jangan lupa Mr GB (BJ) hahahaha

  4. Seronok banget ya Mas Alex. Malang sekali kami diJB tak dapat membawa sdr.Alex sepertimana rakan-rakan di Melaka. Tapi pastinya sdr.Alex punya kenangan tersendiri sewaktu diJB. Yang penting ikatan persahabatan diantara kita di Jakarta dan Malaysia. Mungkin suatu masa nanti kita bisa berjumpa lagi diJB dengan perancangan yang lebih rapi. Sorry ya mas. Thanks kpd sahabat2 di Melaka. Ikatan satu Jiwa Satu Impian perlu diperkukuhkan.

  5. Salam semua, best sangat dapat jumpa kawan2 semua. Namun AbangNBT minta maaf sebab tak dapat layan secukupnya kerana sedang menunggu saat kelahiran baby sulong. Dan Alhamdulillah semalam telah selamat isteri saya melahirkan baby sulong kami. Apa pun om alexs dan abang GB jangan segan2 mampir rumah saya lagi ya. Kita pergi serang lubok sepeda baru….

  6. @BM : Pasti Om..next time kalau hunting aku pulang bawa lori ye..he..he. Saya juga minta maaf kalau sudah menyusahkan om ya..

    @BG (BiJi) : bisa di atur bro…

    @Chegu Mofti : Alhamadullillah aku sudah senang bisa jumpa kawan di JB dan sempat berkunjung ke rumah chegu Mofti yg ternyata masih satu kampong di pekalongan. Next time km harus datang kesini bro…Terima kasih atas sambutan dan layanannya selama aku di sana

  7. Salam… sampai hati hang pa semua tak call aku bagi tau kedatangan Alex….

  8. mr GB pergi sorang je ke ?…bawa la kawan2 dari ipoh ni sama…nak ikut juga pergi berburu…😛

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: