Pengalaman berharga di KSI 2010 hari ke-2 : Part I


Penulis (kanan) berpeluang bertemu Wali Kota Jakarta (di Malaysia - Datuk Bandar) Bapak Syahrul Effendi di tapak Karnival di hari ke 2 - KSI 2010

Sabtu, 17hb Julai 2010 – Penulis bangun seawal 6:00 pagi untuk bersiap-siap ke tapak Karnival yang terletak tidak jauh dari The Sultan Hotel. Tepat jam 7:30 penulis telah berada di tapak Karnival KSI untuk melihat persiapan Majlis Perasmian oleh Wakil Menteri (tak ingat kementerian mana) diiringi oleh Bapak Wali Kota Jakarta Bapak Syahrul Effendi. Untuk makluman penulis pernah bertemu Bpk Syahrul sewaktu di BLO (Bandung Laoutan Ontel) 2009 dan ternyata beliau masih kenal dan ingat kepada nama penulis. Di hari kedua, penulis ingin berkongsikan 2 perkara penting yang berlaku. Pertama pertemuan bersama Wali Kota Jakarta dan kedua tentang aktiviti yang berlaku di tapak Karnival.

Peluang yang ada sewaktu bertemu Bapak Syahrul Effendi penulis gunakan sebaiknya untuk menjalinkan persahabatan yang lebih erat bersama komuniti basikal tua di Indonesia. Ternyata beliau juga berminat untuk datang melawat Malaysia suatu hari nanti. Menurut beliau telah banyak kali beliau dijemput untuk datang ke Malaysia tetapi masih belum berkesempatan. Penulis dengan rendah diri berkata kepada beliau “Saya tunggu bapak di Kuala Lumpur (Malaysia) nanti…”. Penulis juga terharu sebenarnya dengan sambutan beliau sewaktu di acara Perasmian KSI di hari pertama di mana kehadiran penulis selaku peninjau (pemerhati) dimaklumkan kepada seluruh anggota Kongres.

Di tapak Karnival, penulis sempat bertemu ramai sahabat-sahabat Kayuhan 2 Negara dan sahabat-sahabat sewaktu di BLO 2009. Alhamdulillah penulis berasa amat berbesar hati kerana kehadiran penulis diterima dan memang tidak cukup masa untuk bersembang dan berbual panjang dengan sahabat-sahabat yang penulis temui sewaktu berada di sana. Dikesibukan bertemu ramai kenalan sempat juga penulis membeli beberapa helai T-Shirt KSI 2010 untuk sahabat-sahabat di Malaysia dan menjeling-jeling (usha-usha) apa yang patut di tapak jualan barang-barang basikal di siar kaki (corridor) Kolam Renang di Senayan.

Tapak jualan yang dipenuhi lebih 30 peniaga menawarkan pelbagai jenis barangan part basikal sehinggalah menjual sebuah basikal yang “complete” dengan harga yang amat berpatutan. Sempat jugalah penulis membeli beberapa barang-barang (yang rare) untuk dijadikan koleksi peribadi. Teringat pesan Sdr. Jebat (KBTBB) “Bro kau carikan aku barang yang paling RARE yer…”, penulis tersenyum sendiri bila nampak barang-barang yang betul-betul RARE. Pastinya kalau penulis bawa rombongan untuk K2N ke 2 pada 2011 nanti pasti “bersih” barang-barang yang ada dibeli oleh mereka🙂 Untuk itu penulis kongsikan beberapa foto-foto penting di hari kedua…nantikan paparan Part II di hari kedua. – Basikal Malaya

Kehadiran Wakil Kerajaan (Wakil Menteri) yang diiringi Bpk. Syahrul Effendi (Wali Kota Jakarta) melawat pameran basikal klasik

T-Shirt Eksklusif KSI 2010 yang pertama - pasti bertuah sesiapa yang memilikinya

Lebih 30 penjual menjual pelbagai barangan basikal tua dengan harga yang berpatutan kepada pengunjung

Basikal kecil ini ditawarkan dengan harga 3 juta rp (RM1200)...murah tuu!

Deretan basikal tua yang ditawarkan dengan harga yang berpatutan...pilih aje mana yang berkenan

Unik. Terpandang merk MILLER dijual...pasti dahulu wujud basikal jenis ini di Nusantara kan? Ada banyak lagi merk yg pelik2 beb

2 Responses

  1. Salam Tuan penulis.
    Rasanya kalau nak selesa…berapa juta rp nak dibawa kesana untuk memiliki barang2 rare bila ada kongress atau program sepeda.
    Pastinya besar buntil saudara bawa kesana eks. Borong sakan. Ayam ari tu hidup ke. Masukkan dlam blog ler.

  2. Wslm Datuk Panglima Mofti DSSM, KSTJB, JB, BB, TV, URTV,

    Untuk memiliki pelbagai barangan tu paling baik bawaklah USD byk2…kalau bawak rupiah takut penuh 1 bag sandang nanti. Bayangkanlah kalau bawak 10-15 juta memang “kembung” dompet bro. Kalau banyak duit …. setakat 10 juta dah boleh bawah 2 kotak besar yang penuh dengan pelbagai barang yang RARE tak payah lagi nak “berlutut” atau “terhegeh-hegeh” mintak kat orang/otai2 kat sini.

    Hari tu aku bawak balik 2 kargo…heheee…stok penimbal untuk setahun bro. Macam-macam aku borong dari lampu sampai ke body yang RAREST!. Anak ayam hidup lagie bro…nanti aku kasi upload tapi tuu entry yg last-last ler…heheeee…(kau memang baik bro…concern giler).

    Don’t worry bro…nama kau automatik masuk dalam list K2N ke 2 (Jakarta/Bandung) 2011…aku dah buat meeting dengan Panatia K2N di sana hari tu…Insyaallah rombongan kita akan berkayuh ke Indonesia pada 2011🙂 Doa-doakan ianya menjadi realiti yer…(so far apa yang aku buat semuanya akan berjalan seperti yang dirancang).

    Terima kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: