Kongres Sepeda Indonesia (KSI) di hari Perasmian dan Pembukaan pada 16hb Julai 2010


Acara Perasmian Kongres Sepeda Indonesia (KSI 2010) yang berlangsung di Sultan Hotel

Jumaat 16 Julai 2010 – Penulis telah meninggalkan Kuala Lumpur dan isteri tersayang (Wawa) untuk menghadiri Kongres Sepeda Indonesia (KSI 2010) sebagai Pemerhati (Peninjau) atas jemputan sahabat-sahabat KOSTI dan Panatia KSI 2010. Penulis selamat tiba di Jakarta jam 3:30 petang dan terus ke tapak Karvinal iaitu di Kolam Renang, Senayan untuk bertemu Alex dan Iwan Hatta. Setibanya di lokasi tersebut penulis telah disambut oleh mereka dan telah di bawa untuk mendaftarkan diri ke Hotel Sultan yang terletak tidak jauh dari tapak Karnival. Di Hotel Sultan, penulis terus diminta untuk masuk ke Ballroom untuk Majlis Pembukaan dan Perasmian oleh Bpk Gamawan Fauzi (Menteri Dalam Negeri, Indonesia).

Kehadiran penulis di situ telah dimaklumkan oleh Panatia (AJK) KSI 2010 kepada Bpk Wali Kota iaitu Bpk Syahrul Effendi yang telah penulis temui sewaktu di acara BLO 2009 (Bandung Lautan Ontel) di Bandung. Walaupun penulis hadir seorang diri dari Malaysia namun kehadiran penulis itu sangat-sangat dihargai. Setelah beberapa minit menunggu akhirnya Bpk Menteri tiba bersama Wakil Gabenor dan Bpk. Wali Kota. Majlis dimulakan dengan nyayian lagu kebangsaan Indonesia dan selepas itu persembahan tarian serta ucapan.

Kongres yang dihadiri hampir lebih 200 peserta yang mewakili pelbagai kelab dan organisasi dari seluruh Indonesia ini berkumpul untuk memperjuangkan basikal di bumi mereka. Pada majlis ini 2 rekod MURI telah berjaya dipecahkan iaitu pertama Rekod Kongres Sepeda Pertama di Indonesia dan kedua Karnival & Acara terbesar basikal dengan penglibatan lebih 50,000 peserta (dan ternyata yang hadir hampir 70,000 peserta)

Majlis Pembukaan dan Perasmian KSI 2010 telah disempurnakan oleh Bpk Gamawan Fauzi dengan memukul 5 kali gong di pentas utama. Selain itu penyanyi tersohor Indonesia, Katon Bagaskara dan Pelakon Popular Sinitron iaitu Olivia Zalianty telah dilantik menjadi Duta Sepeda Indonesia oleh KSI. Selepas berakhirnya majlis tersebut, penulis sempat meninjau tapak Karnival dan bertemu sahabat-sahabat basikal tua di sana. Paling menariknya kehadiran seorang anak muda bernama Greg bersama ibunya hadir membawa sebuah basikal BSA Airborne ke tapak Karnival untuk turut serta di dalam pameran basikal tua. Walaupun masih muda Greg telah mempunyai beberapa lagi koleksi basikal tua yang “rare” dan langka. Penulis amat berbangga dengan usia semuda itu, anak muda ini mempunyai minat mendalam menyimpan koleksi-koleksi basikal yang dicari peminat BSA Airborne seluruh dunia.

Penulis pulang ke hotel lewat malam dan berehat di bilik yang telah disediakan khas oleh Panatia KSI 2010. terima kasih khas buat Pak Lurah, Pak Dimas, Mbak Nurul, Mega dan semua Panatia yang menguruskan penginapan pada hari tersebut. Buat semua peminat dan pembaca Blog Basikal Malaya, penulis tinggalkan anda untuk melihat foto-foto bersama “caption” untuk mendapatkan gambaran apa yang telah berlaku pada hari pertama KSI 2010. Jumpa di paparan seterusnya…ada banyak lagi yang menarik akan dikongsi dan dipaparkan…tunggu – Basikal Malaya

Persembahan pembukaan oleh penari-penari yang memakai pakaian tradisional

Antara sebahagian tetamu dan lebih 200 perwakilan termasuk Malaysia hadir di Majlis tersebut

KSI 2010 telah dirasmikan oleh Menteri Dalam Negeri (Mendagri), Bpk. Gamawan Fauzi diiringi Wakil Gobenor dan Wali Kota Jakarta Selatan, Bpk. Syahrul Effendi

KSI 2010 mencatat 2 rekod MURI (Muzeum Rekod Indonesia), iaitu sebagai acara Kongres Pertama dan kedua sebagai Karnival terbesar basikal seramai 50,000 peserta

Penyanyi tersohor Indonesia Katon Bagaskara dan pelakon sinitron Olivia Zalianty telah dilantik sebagai Duta Sepeda Indonesia

Penulis sempat meninjau persiapan di tapak Karnival selepas berakhirnya acara Pembukaan dan Perasmian KSI

Bersama seorang lagi pemilik BSA Airborne Paratrooper iaitu seorang anak muda bernama Greg (Gregorius Giovanni Gerard)

Bilik di mana penulis menginap selama KSI 2010 berlangsung - Terima Kasih kepada Panatia KSI 2010

14 Responses

  1. maen maen lagi ke indonesia,,,,,,
    jika perlu maen ke jambi,,,

  2. Ya pasti Pak Didin…saya akan kembali lagie ke Indonesia untuk bersepeda dan bertemu teman-teman di sana. Senang bangat ketemu kamu di KSI 2010 di Senayan🙂 Sampai ketemu di event yang lain nanti ya…

  3. Ass.Wr.Wb.En.Ikhwan apa kabarnya, selamat tiba lagi Malaysia. Kapanlah kita dapat jumpa lagi bersama sama ngontel.!!!

  4. Waalaikum Salam Pk. Zul,
    Alhamdulillah baik & sihat. Sy tiba di Kuala Lumpur mlm smlm jam 10 mlm. Terima kasih atas layanan dan kebaikan yg telah diberikan. Insyaallah klau punya waktu kita bisa mengontel di Lampung pula. Sampaikn Salam saya pd teman2 di Lampung ya. Selalu2lah melawat blog saya ini.

  5. pak Ikhwan..
    ada yang tertinggal di Indonesia, sigit tidak jadi dibawa ke malaysia pak…?
    Terima kasih atas kunjungannya di Indonesia

  6. @Tommy : Iya tuh..seharusnya sigit dibawa pulang ke malaysia..lumayan buat oleh-oleh dan buat hiburan..ha..ha

  7. Sama-sama Mas Tommy,
    Iya…sepatutnya saya bawa pulang Sigit sekali… simpan dlm bagasi sebagai teman hiburan di Malaysia nanti🙂. Terima kasih atas layanan dari teman-teman di sana moga ketemu di acara seterusnya…Insyallah.

    Saya senang sekali ketemu kamu🙂

  8. salam kenal…
    bung mykyocera… nanti klo ada kesempatan sy emailkan sepeda sy lainnya…
    -gggerard-

  9. halo mas Ikhwan, selamat tars reportase yg bagus,kehadiran mas Ikhwan telah membuktikan bahwa kita keluarga serumpun… jayalah onthelis Indonesia dan Malaysia..sayang kita ketemu cuma sebentar di tempat klithikan ya..sehingga tdk bs ngobrol banyak. salam buat sahabat onthelis di malaysia.

  10. Salam Pak Ikhwan. Anyway tahniah tuan….onthelis tegar.
    Sayangnya pak bilik cukup besar tapi nginapnya sorangan saja. Engak sejuk ke pak. Peluk bantal saja ya……..mas.

  11. Selamat datang ke blog saya Greg…saya tunggu kiriman foto-foto koleksi sepeda kamu untuk kita berbagi bersama🙂 Saya infomasikan kamu kolektor-kolekstor BSA Airborne yang ada di Malaysia nanti.

  12. Hallo Pak Hernawa,

    Pertemuan kita di KSI walaupun sebentar sudah cukup untuk membuktikan persaudaraan kita yang akrab. Semoga kita bisa ketemu dilain acara dan kalau datang ke Malaysia silalah hubungi saya nanti. Terima kasih.

  13. Cikgu Besar @ Abg Mofti,
    Terima Kasih….sekurang2nya ada wakil kita ke sana. Kongres Sepeda Indonesia memberikan banyak pengalaman baru buat saya untuk merancang acara-acara yang lebih berkesan di Malaysia. KSI berjaya mengumpulkan hampir 70 ribu ontelis basikal tanpa mengira jenis basikal, status, taraf hidup, dan sebagainya.

    Memang benar hobi basikal ini adalah hobi yang unik. Tiada apa yang membezakan antara satu sama lain itulah kesamarataan dan menghormati lingkungan hidup manusia dan alam. Berbanding dengan hobi-hobi lain yang aku lihat lebih bersifat individualistik dan statik.

    BTW…aku tinggal di bilik itu berdua bro…heheee..taklah kesejukkan🙂 Kalau kau ikut bolehlah kita tinggal sebilik bro….heheee…

  14. Assalamualaikum.Sahabatku .Kami kemarin di Bogor sudah siapkan fasilitas dan akomodasi buat rekan-rekan dari Malaysia.Kata alex dan bang Iwan kalau rombongan dari Malaysia datang akan diajak pusing-pusing Kota Bogor sekitar 10 orang.Hahaha tapi ternyata yg datang sendirian.Tak apalah lain waktu aja ya bos.Salam buat istri dan kawan-kawan ya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: