KOSTI komuniti pertama dari luar negara berkayuh di Putrajaya kerana K2N


Acara Pelepasan "flag-off" oleh Penaung KBTBB dan Wakil Ahli Parlimen Bukit Katil

Pada hari kedua iaitu pada Sabtu 5hb Jun 2010, Komunitas Sepeda Tua Indonesia (KOSTI) telah di bawa ke Putrajaya untuk merasai pengalaman berkayuh basikal di Pusat Pentadbiran Kerajaan Malaysia. Rombongan KOSTI telah bertolak dari Melaka seawal 7:30 pagi telah tiba di Putrajaya sekitar jam 9:30 pagi untuk mengikuti program sessi lawatan yang telah dirancang oleh AJK K2N. Acara pelepasan “flag-off” rombongan KOSTI telah disempurnakan oleh Penaung KBTBB iaitu Sdr. Zulkifli Osman dengan diiringi oleh Sdr. Mansor dan Sdr. Roslan yang menjadi Wakil Ahli Parlimen Bukit Katil, Melaka. Acara pelepasan tersebut telah dilakukan di hadapan bangunan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya.

Peluang berkayuh di Putrajaya adalah suatu pengalaman yang berharga

KOSTI yang hadir demi Kayuhan 2 Negara di Melaka telah berpeluang merasai pengalaman paling berharga berkayuh di Putrajaya setelah mendapat keizinan dan kebenaran dari Perbadanan Putrajaya. Untuk rekod dan catatan sejarah – KOSTI merupakan komuniti basikal tua PERTAMA diberi peluang dan kebenaran berkayuh dan melawati tempat-tempat menarik di Putrajaya. Penulis selaku Ketua Projek K2N sempat membawa dan mengetuai rombongan KOSTI singgah ke Istana Kehakiman, Bangunan Perbadanan Putrajaya, Jambatan Seri wawasan dan Masjid Putra.

Walaupun masa agak terbatas namun sessi lawatan ini memberikan peluang paling berharga dan manis buat semua peserta. Penulis sempat membawa rombongan berkayuh sejauh 8km sebelum menamatkan acara kayuhan tepat jam 12:00 tengahari. Selesai sessi bersama Media, rombongan KOSTI menyambung sessi lawatan kedua ke KLCC dan Kuala Lumpur manakala penulis pula bergegas pulang ke Melaka untuk persiapan Makan Malam ke-2 di Batu Berendam yang dihadiri oleh semua wakil-wakil basikal tua dari seluruh Malaysia dan KOSTI.

5 Responses

  1. Molek lajok beskal beskal lamo tu, Ganeh…deh…!

  2. Tahniah

  3. Anok Taiping,
    Basikal rojak jer abeh…kalau basikal kita molek2 dan semua ori pun basikal demo kat sano lagie hebat-hebat…1950an demo tak pandang…basikal demo sumo bawah 1940an…

    Chegu Ahmad,
    Terima Kasih Chegu🙂

  4. salam buat semua

    apa apa pun saya tabit spring…………toi…….toiiii… melanton lanton pada BM kerana dapat kumpul ramai pemilik basikal yang boleh berkayuh bersama…… tetapi masih ada pemilik basikal yang tak berani keluar walaupun basikal mereka ORI sampai tahap 110%,ini semua jenis cakap…..cakap dan terus cakap……..
    basikal di cipta untuk ApA? dah tentu untuk kayuh.jadi guna kan lah….. dengan berkayuh badan pun sihat,otak pun cergas dan ramai kawan.
    kepada yg terasa maaf aje ye…. ini bukan mengata,ia benar2 berlaku………..
    kepada yang hadir kayuhan dan yang tak hadir tetapi memberi sokongan,saya ucapkan ribuan terima kasih….. sangat.

  5. Kalau ada umur yang panjang boleh lah kita bertemu kembali, baik di Malaysia maupun di Indonesia.

    Salam Persaudaraan Serumpun,
    Dari Kalimantan (South Borneo)

    H. Ibnu Ansyari Makkie
    CP : 081351483878

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: