Imbasan Majlis Makan Malam dan Perasmian Acara K2N pada 4hb Jun 2010


Simbolik Upacara Perasmian dengan membunyikan loceng basikal sebagai tanda bermulanya Acara K2N di Melaka

Salam Sejahtera dan Salam Rindu buat semua sahabat basikal tua Nusantara.
Pada paparan kali ini penulis ingin membawa imbasan peristiwa penting yang telah berlangsung pada Jumaat 4hb Jun 2010 yang lalu. Paparan ini penulis tujukan khas buat sahabat-sahabat yang tidak berkesempatan hadir ke Majlis Makan Malam dan Perasmian Acara Kayuhan 2 Negara yang telah dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka 2 minggu yang lalu. Sementara itu… saksikan dahulu paparan foto-foto menarik yang telah diambil oleh Sdr. Mas Hariadi iaitu Jurugambar Rasmi Acara K2N.

Hari Pertama (Jumaat 4hb Jun 2010)

11:00 pagi
Penulis dan isteri menuju ke LCCT dari Melaka menaiki kereta manakala AJK K2N yang bertugas menyambut rombongan KOSTI menaiki 2 bas persiaran menuju ke sana.

1:30 tengahari
Kira-kira jam 1:30 tengahari, rombongan pertama KOSTI dari Jakarta tiba di LCCT dengan pesawat Air Asia diketuai oleh Mas Iwan manakala Mbak Nurul dan Bian (isteri dan anak Mas Iwan) sudah berada di LCCT menaiki pesawat Garuda yang telah tiba lebih awal dari rombongan pertama. Penulis dan isteri (Wawa) sempat menyambut kedatangan rombongan pertama di LCCT dan terpaksa meninggalkan Wawa untuk menunggu rombongan kedua yang dijangka tiba 1 jam setengah dari rombongan pertama.

3:00 petang
Kira-kira jam 3:00 petang  rombongan pertama KOSTI bertolak menuju ke Melaka dari LCCT menaiki bas persiaran. Penulis terus menuju pulang ke Melaka dari Kuala Lumpur setelah menyelesaikan beberapa urusan penting menaiki kereta. Manakala di LCCT Wawa (isteri penulis) bersama Mr. GB dan Tok Penghulu (Sdr. Midi) menunggu ketibaan rombongan kedua.

4:15 petang
Rombongan kedua KOSTI yang diketuai oleh Sdr. Alex dari Jakarta tiba di LCCT dan mereka telah disambut oleh Wawa, Mr. GB dan Tok Penghulu. Walaupun menghadapi sedikit kesulitan di LCCT akhirnya kesemua ahli-ahli rombongan menaiki bas menuju ke Melaka.

5:15 petang
Rombongan kedua menaiki bas menuju ke Melaka manakala Wawa dan Sdr. ALex terpaksa menunggu 2 peserta yang menghadapi masalah di dalam pusat pemeriksaan Kastam.

5:40 petang
Wawa dan Sdr. Alex bersama 2 peserta KOSTI telah berjaya menyelesaikan sedikit masalah yang dihadapi dan menuju ke Melaka menaiki Taxi Limo dan berjaya memintas rombongan kedua yang menaiki bas. Di Melaka rombongan pertama telah tiba di hotel penginapan dan bersiap-siap untuk ke Majlis Makan Malam.

7:30 petang
Di Quayside, Melaka semua persiapan terakhir telah berjaya dilaksanakan oleh AJK K2N. Manakala rombongan kedua KOSTI pula baru tiba ke hotel dari LCCT dan terpaksa bergegas bersiap untuk ke Quayside.

8:15 malam
Rombongan KOSTI dibawa menaiki beca menuju ke Quayside dari hotel penginapan. Tetamu jemputan dan rombongan KOSTI disambut oleh ahli-ahli KBTBB di hadapan pintu utama.

8:45 malam
Tepat jam 8:45 malam YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka tiba di Quayside, Melaka. Beliau telah disambut oleh barisan AJK K2N dan Penaung KBTBB iaitu Sdr. Zulkifli Osman.

9:00 malam
Penulis selaku Ketua Projek K2N telah diberi penghormatan untuk menyampaikan Ucapan Alu-aluan mewakili perwakilan Malaysia memulakan Majlis. Dalam ucapan ringkas tersebut penulis sempat mengucapkan selamat datang kepada rombongan KOSTI ke Melaka dan merakamkan setinggi penghargaan kepada Ketua Menteri Melaka, penaja serta semua yang terlibat menjayakan acara K2N. Selain itu penulis sempat juga “membakar” semangat tetamu yang hadir dengan beberapa fakta-fakta menarik.

9:15 malam
Pak Dimas selaku Ketua Umum Komunitas Sepeda Tua Indonesia (KOSTI) diberi penghormatan memberikan ucapan balas mewakili rombongan Indonesia pada malam tersebut. Dalam Ucapannya beliau menyatakan sambutan yang diterima KOSTI adalah sangat “luar biasa” dan berharap agar K2N akan mempereratkan hubungan persahabatan kedua-dua negara.

9:30 malam
YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam (DAR) menyampaikan ucaptama sekaligus merasmikan acara K2N. Antara intipati ucapannya ialah beliau berharap agar acara K2N ini bukanlah acara pertama dan terakhir sebaliknya harus diteruskan di masa hadapan. Selain daripada itu beliau berpesan agar kita harus “happy” kerana hidup ini hanyalah sementara disamping hidup dalam suasana keamanan dan bersatu padu.

9:45 malam
Acara diteruskan dengan Majlis Perasmian oleh YAB Ketua Menteri Melaka (DAR) bersama penulis dan VVIP yang lain membunyikan loceng basikal sebagai simbolik bermulanya acara K2N di Melaka. Selepas itu diikuti pula dengan Majlis penyampaian penghargaan kepada DAR dan pertukaran cenderamata antara KBTBB dengan KOSTI.

10:00 malam
Majlis Makan Malam diceria dan dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan dari Quayside dengan mempersembahkan pelbagai tarian tradisional masyarakat di Malaysia sambil para tetamu menjamu selera dengan masakan menu yang enak.

10:30 malam
YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam (DAR) meninggalkan acara Majlis Makan Malam kerana harus bergegas menghadiri Majlis Rasmi seterusnya.

10:45 malam
Majlis diteruskan dengan tarian joget dan tetamu yang hadir dijemput berjoget bersama-sama di pentas utama. Ternyata tetamu yang hadir dapat merasai sendiri budaya masing-masing apabila adanya peluang menari dan berjoget bersama-sama.

11:00 malam
Rombongan KOSTI dan tetamu jemputan dijemput menaiki bot (river cruise) untuk menikmati pemandangan di waktu malam Sungai Melaka dan bandaraya Melaka. Pihak penganjur telah menyewa 2 buah bot bagi tujuan tersebut. Pastinya pengalaman menyusuri Sungai Melaka yang diterangi warna-warni lampu disepanjang sungai memberikan kenangan indah bagi mereka yang kali pertama menjejakkan kaki ke Melaka.

11:45 malam
Majlis Bersurai dan Rombongan KOSTI pulang ke hotel ditemani ahli-ahli KBTBB – Maka tamatlah acara hari pertama dengan jayanya.

12 Responses

  1. Hanya tiga kata..PUAS..PUAS..DAN PUAS….

  2. Beberapa kata saja….Tahniah KBTBB dan KOSTI.

  3. Hanya satu kata sahaja. Terbaik!

  4. Terima kasih khas buat sahabat-sahabatku sekalian.
    Penulis ada banyak nak diperkatakan…

    Pastinya kejayaan penganjuran K2N ini membuktikan REPUTASI dan KREADIBILITI Kelab Basikal Tua Batu Berendam (KBTBB) dan Komunitas Sepeda Tua Indonesia (KOSTI) memainkan peranan yang besar menyatukan komuniti basikal tua kedua-dua negara di peringkat antarabangsa.

    Bagi komuniti basikal tua di Malaysia, K2N merupakan acara basikal tua yang TERBESAR pernah dianjurkan sejak 10 tahun yang lalu. Menurut otai-otai lama yang hadir mereka sangat-sangat kagum dan teruja dengan penganjuran acara yang hebat ini. K2N berjaya mengumpulkan lebih 250 peserta basikal tua di Melaka bersatu dari utara hingga ke selatan tanahair semata-mata untuk berkayuh.

    Bagi penulis ini adalah hadiah “istimewa” buat individu-individu yang telah dikenal-pasti pernah memandang rendah dan memperlekehkan “budak baru yang setahun jagung” ini. Penulis pasti ramai yang sudah tahu menilai antara PERMATA dan KACA….antara yang BENAR dan yang BERDUSTA. Penulis telah buktikan bahawa penulis bukanlah hanya “jaguh” kampung…perjuangan penulis kepada hobi ini menjangkaui batas sempadan negara dan budaya!

    Pastinya perjuangan ini akan diteruskan untuk mengemudi acara yang lebih BESAR dan lebih HEBAT lagi di masa hadapan. Penulis yakin dan percaya KBTBB akan mendapat sokongan padu dari seluruh komuniti yang ada di Malaysia kerana keberkesanan PERANANNYA dan bukan sekadar gah dan gempak pada NAMA.

    Terima kasih Alex, Mofti & Sanim – Kitalah angkatan blogger2 muda yang kini berada barisan hadapan untuk terus melestarikan hobi basikal tua ini!

    BM – Ikhwan

  5. abe (ikhwan) , demo le ayea tambateh hok usoho bena bena, takdo kalu sapo pulo nok buat kijo ni, kalu ado sajo oghey nok komplen pasal demo, hah, suruh dio sajo buat kijo ni, ingat sene koh nok buat ?
    ghamai oghey kecek no1, buat kijo sumo jahanea…!
    terus lagi usoho demo…!!!!

  6. Tahniah.. !!!!!!!!!!
    Memang hebat event mcm ni.. Harap utk event yang akan datang, akan menjadi lebih “grand” lagi.. Lebih ramai owner basikal klasik ni berpusu-pusu datang…

    Bru 1st time K2N ni..masih pengenalan lagi.. lepas ni kita campur sume skali..
    Indonesia, Singapura, Brunei, Thailand dan lain-lain lagi..
    kedudukan Melaka kan strategik.. hehe… lagipun saudara ekhwan mesti banyak “kaki” kat S.E.A. ni..

    Cayala saudara ekhwan..
    Semoga terus maju..

  7. Insya Allah, saya akan tingkatkan lagi kualiti gambar dan sudut yang menarik serta aksi-aksi yang menarik dalam program2 yg akan datang. Tak lama lagi foto custom album akan di keluarkan untuk Syntax Valley. Bagi siapa yang berkenan dgn Custom Album ni boleh contact saya. Tp setelah contoh di keluarkan.

  8. Readz_one,
    Terima kasih atas sokongan padu Sdr. Insyaallah jika diizinkan Allah S.W.T. kita akan bertemu dilain acara kayuhan lagi. Untuk melangkah jauh ke hadapan pasti lebih banyak kerja dan komitmen dan perancangan strategi yang perlu dilakukan.

    Apa yang penting bagi kita di sini (Malaysia) ialah bersatu dan menjadi komuniti yang “harmoni” serta saling bekerjasama. Perjuangan kita harus “senada” dan “sehaluan” untuk ke peringkat seterusnya. Terima kasih kerana sudi hadir ke K2N tempoh hari🙂

    Mashariadi,
    Terima kasih kerana Sdr. telah berjaya merakamkan peristiwa yang sangat penting dan berharga buat tatapan generasi akan datang. Saya secara peribadi berasa amat bangga dan gembira melihat hasil yang dirakamkan melalui lensa kamera Sdr.

    Pastinya ramai yang berminat untuk mendapatkan “Custom Album” tersebut dan saya sendiri juga sangat-sangat berminat untuk mendapatkannya. Sdr. merupakan antara Jurugambar yang bertuah kerana dpt merakamkan “nostalgia silam” yang dihidupkan kembali.

    Terima kasih di atas hasil dan keringat serta tenaga yang dicurahkan oleh Sdr. demi K2N. Nilai foto-foto itu sebenarnya tidak ternilai dengan wang ringgit kerana ia begitu bermakna bagi 250 peserta yang telah hadir demi cinta mereka kepada hobi basikal tua…semoga usaha Sdr. ini akan mendapat balasan yang setimpal suatu hari kelak🙂 TK.

  9. Anok Taiping,

    Hambo buke ayea tambateh…hambo manusia hehee..hambo orghee biaso yang mahu lihat basika tuo ini maju kedepee…buke ke belakang. Dalam dunio memang ado mache2 orghee…ado yang baik ado yang busuk.

    Kito bukee hanyo banggo krn ado basika dpt no. 1 sajo… tapi pemikiran dan caro serta perangai jugo harus jadi no. 1! Harus jadi contoh bukee jadi “perosak” kpd hobi yg kununnya kita cinto ini. Kito buleh lihat mano otai yang buleh kito jadi kan kawan dan mano yang sebaliknyo…

    Acaro K2N ini hambo dapat kenal ramei orghe dan mcm2 perangai manusio…memang raghmai yang pandai cakap tapi x sanggup dan pandai buat…hidop hanyo banggo dengan basika semato-mato…takdo cito-cito dan harapee mahu ke depee…hanyo pandei komen & janji kosong…itu yg jahanea.

    Paling penting hambo dapat tambah ramei anok-anok mudo main basika tuo… hambo dapat kenal raghmai kawee-kawee dari Indonesia dan sekaree biar demo lihat sendiri usoho keras hambo itu berhasil dan 1 Malaya meraikan kejayaee yang manis ini🙂

  10. Dear Bro,

    Congrats on your achievement….

    cayalah…

  11. Tronoh Lad,
    Thank you very much for your support bro. Hope to see you in next event in Taiping or Penang soon. This achievement is dedicated to all young people like us who love this hobby!

  12. Penyambutan dan acara yang sangat baik, terima kasih kami ucapkan kepada semua panitia semoga kita bisa bertemu diacara sepeda tua lainnya.. Salam Onthel.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: