BM berkorban segalanya demi Kayuhan 2 Negara – K2N 2010


Publisiti Acara Kayuhan 2 Negara di dalam akhbar Metro yang disiarkan di seluruh negara pada hari Jumaat, 28 Mei 2010

Salam Silaturahim buat semua pencinta basikal tua Nusantara dan tetamu blog Basikal Malaya (BM).
Basikal Malaya memohon maaf kerana tidak berkesempatan mengemaskini blog ini seperti yang diharapkan. Demi menjayakan acara K2N yang bakal berlangsung beberapa hari sahaja lagi, penulis terpaksa mengorbankan banyak perkara, rutin, masa dan tenaga untuk memfokuskan komitmen membantu Sekretariat K2N di Melaka. Bagi penulis inilah kelainan dan pengalaman paling berharga yang “dihidangkan” buat peserta-peserta yang akan bakal hadir menjayakan acara K2N. Acara basikal tua yang pertama kali diadakan ini bakal memberikan kenangan manis seumur hidup yang tidak mungkin dilupakan.

Hobi basikal tua bukan sekadar dengan memiliki puluhan koleksi basikal pelbagai jenis semata-mata, kepuasan sebenar bagi penulis ialah apabila dapat bersama-sama ratusan pemilik basikal tua yang datang dari seluruh pelusuk negara Malaysia dan Indonesia menikmati dan merasai pengalaman berkayuh di Melaka iaitu tapak Warisan Dunia yang diiktiraf UNESCO. Untuk makluman, pihak penganjur telah hampir setengah tahun mempersiapkan acara K2N semata-mata untuk membuktikan bahawa basikal tua sememangnya boleh pergi lebih jauh merentasi sempadan negara dan benua. Pastinya kita tidak akan tahu bilakah lagi acara seperti ini akan diadakan?

Melaka Hari Ini iaitu akhbar rasmi Negeri Melaka juga turut menyiarkan liputan publisiti acara K2N keluarannya pada Rabu, 26 Mei 2010

Justeru itu, penulis ingin mengajak semua sahabat-sahabat BM untuk turun ke Melaka pada hari Ahad, 6hb Jun 2010 bertempat di Menara Taming Sari pukul 8:00 pagi untuk bersama-sama menjadi sebahagian catatan dan paparan sejarah buat negara dan Nusantara serta generasi akan datang. Penulis dan sahabat-sahabat KBTBB telahpun mengerah seluruh tenaga, jiwa dan raga serta mengorbankan segalanya untuk memastikan acara K2N akan berlangsung dengan gilang-gemilang dan membuktikan apa yang dilaungkan bukan sekadar kata-kata dan angan-angan kosong. Buka mata…tanya diri sendiri…ikutlah kata hati…basikal tua pasti akan terus lestari selari dengan tema acara K2N iaitu Membakar Semangat Baru…Mempererat Persahabatan Serumpun… jumpa anda di Melaka! – Basikal Malaya

Acara K2N yang mendapat liputan akhbar Berita Harian edisi Selatan

8 Responses

  1. Insya-Allah pergi ke Melaka untuk menyertai K2N bersama-sama dengan kawan dari Muar…

  2. Luar biaaasa….
    persahabatan K2N

    Sukses..sukses….!!!!!.
    Amien

  3. wah…jadi news maker nih bro…

  4. Sudah pastinya kami akan turut serta dalam kayuhan tersebut. Terasa rugi jika tidak turut serta dalam kayuhan tersebut. “Macam-macam ada !!!!”

  5. Tiada kata seindah bahasa, melihat tanpa merasai adalah pengalaman yang berbeza, Ayuh kita sama-sama turut serta dalam acara ini.

  6. sukses gilang gemilang acara K2N buat ikhwan,cik wawa,mr gb,mr penghulu,mr khalid,mr jebat,mr ilyas,dan teman2 batuberendam yg laen..km smua merasa puas bs bekayuh di malaka dan itu tdk bisa kami lupakan..sukses K2N..salam onthel dari indonesia…..

  7. semoga terus bisa berlanjut…🙂
    salam kenal dari Indonesia,
    facebook: sadia.sada@yahoo.com
    blog: http://www.sadiasada.wordpress.com
    silahkan berkunjung..🙂

  8. mana gambar2 K2N ni… hehe..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: