Abdullah Thani (GETUAS) Kayuh Basikal Tua ke Putrajaya – KOSMO!


Usaha murni En. Abdullah Thani Ibrahim, 56 tahun sanggup berkayuh sejauh 550kn ke Putrajaya demi Hari Guru. Disiarkan di akhbar Kosmo 10 Mei 2010.

Penulis secara peribadi ingin mengucapkan tahniah dan syabas di atas usaha berani Encik Abdullah Thani Ibrahim (56 tahun) dari Persatuan Gerek Tua Kota Setar (Getuas) untuk melaksanakan misi dan impiannya. Beliau yang akan berkayuh sejauh 550 kilometer dari Kompleks Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Kedah ke Putrajaya semata-mata untuk menyampaikan sebuah buku yang mengandungi 3,340 nama petugas-petugas yang menjalankan perkhidmatan dengan baik di bawah JPN Negeri Kedah dengan mengayuh basikal tua BSA kesayangannya. Justeru itu, Penulis ingin siarkan berita ini untuk kita sama-sama menyokong usaha murni ini agar menjadi inspirasi dan semangat baru bagi seluruh pencinta basikal tua di Malaysia & Nusantara. Selamat Hari Guru khas buat guru-guru yang mendidik anak bangsa … – Basikal Malaya 

Shahidan Abdul Rahman melepaskan Abdullah Thani Ibrahim yang membuat kayuhan basikal tua dari Jabatan Pelajaran Kedah ke Kementerian Pelajaran Malaysia, Putrajaya di Alor Setar, semalam.

 ALOR SETAR 9 Mei – Bagi Abdullah Thani Ibrahim, sambutan Hari Guru pada 16 Mei ini mungkin hilang serinya jika ia tidak diraikan bersama basikal klasik kesayangannya walaupun terpaksa menghadapi cabaran getir berkayuh sejauh lebih 500 kilometer dari sini ke Putrajaya. Penyelia kanan asrama berusia 56 tahun itu memulakan kayuhannya ke Putrajaya dari Kompleks Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Kedah di sini hari ini.Dia yang berasal dari Seberang Perak di sini dijangka mengambil masa selama lima hari untuk sampai ke Putrajaya pada 14 Mei ini. Dengan mengayuh basikal jenis BSA (Birmingham Small Army) keluaran 1957, Abdullah Thani berkata, selain sambutan Hari Guru, program tajaan Persatuan Penyelia Asrama Negeri Kedah dengan JPN Kedah itu bertujuan membuktikan semangat dan komitmen tinggi kakitangan di bawah jabatan berkenaan. “Sebab itu saya turut membawa sebuah buku yang mengandungi 3,340 nama petugas-petugas yang menjalankan perkhidmatan dengan baik di bawah JPN Kedah seperti pengetua, penyelia atau warden asrama, guru-guru dan sebagainya.  

“Buku ini akan diserahkan kepada pihak berkenaan di Putrajaya sebaik sahaja saya menamatkan kayuhan di sana nanti,” kata beliau ketika ditemui pada majlis pelepasan Kayuhan Abdullah Thani Sempena Hari Guru di Kompleks JPN Kedah di sini hari ini. Pelepasan tersebut disempurnakan oleh Pengarah Pelajaran negeri Kedah, Shahidan Abdul Rahman manakala sebahagian ahli Persatuan Gerek Tua Kota Setar (Getuas) mengiringi Abdullah Thani dari Kompleks tersebut sehingga Pekan Rabu di sini sebelum dia mengayuh secara solo ke Putrajaya.  

Ditanya mengenai jadual ketibaannya di Putrajaya tidak sama dengan tarikh sambutan Hari Guru iaitu 16 Mei, Abdullah Thani menjelaskan, dia memilih tarikh tersebut memandangkan sambutan berkenaan akan diadakan di Pahang. Abdullah Thani yang juga ahli Getuas sebelum ini pernah mengayuh secara solo mengelilingi negeri Kedah melibatkan perjalanan sejauh 450 kilometer sempena Hari Kemerdekaan pada tahun lalu.  

Menurutnya, sebagai persiapan untuk mengayuh ke Putrajaya, dia telah menjalani latihan rapi selama empat bulan melibatkan kayuhan sejauh lebih 40 kilometer sehari bagi meningkatkan kecergasan termasuk kayuhan pada waktu tengah hari, malam dan pagi. “Saya juga berlatih mengayuh ketika hujan bagi menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca yang bakal ditempuhi sepanjang perjalanan ke Putrajaya,” tambah beliau.  

Petikan dari akhbar Utusan Malaysia (Edisi Utara) 10 Mei 2010
  

4 Responses

  1. Hebat memang hebat. Bukan semua sanggup melakukan sedemikian rupa. Bro bila lagi nak mulakan projek giler kita tu.

  2. Betul tu Cikgu Sanim…kita sokong usaha sesiapa pun yang memartabatkan basikal tua di negara kita tak kiralah solo atau berkumpulan. Kalau dah nak buat berkumpulan tak boleh kita buatlah solo betul tak? Semuanya itu memang bermula dengan idea yang gila…kalau normal baik duduk rumah jer bro kilatkan basikal dan simpan banyak2…heheeee…

    Itulah uniknya hobi basikal ini kalau dibandingkan dengan hobi yang lain bro…bukan sahaja ia boleh jadi barang hiasan dan pameran tetapi berguna, berjasa dan simbolik. Main hobi basikal kita boleh tambah ramai kenalan dan kawan. Paling penting kita main hobi nie utk “HAPPY-HAPPY” bila balik kayuh basikal hati riang, otak tenang, badan sihat dan puas hati…betul tak?

  3. Selamat Hari Guru buat cikgu Abdullah Thani. Sudah selamat sampai mungkin cikgu di Putrajaya. Semoga cikgu sentiasa mendapat keredhaan Allah atas usaha yang murni ini. Tahniah Cikgu.

  4. Bagus.. Bagus…. Selamat Hari Guru kepada seluruh warga guru… Teringat pada cikgu mengaji dulu… Pergi kerja naik raleigh 28″.. Jauh sklah dkt 20 km.. Selamba je “ride” pegi balik.. kete simpan.. hehe..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: