Bertemu “otai basikal” Ameng di Gunung Semanggol demi K2N


Penulis akhirnya bertemu Uncle Ameng "bomoh basikal" dari Gunung Semanggol, Perak

Penulis memberikan penerangan mengenai Acara K2N dan jemputan khas kepada Uncle Ameng

Cuti hujung minggu pada Sabtu & Ahad, 17hb & 18hb April 2010 dua minggu yang lalu penulis dan isteri sempat meluangkan masa bertemu Uncle Ameng dari Gunung Semanggol di kediamannya sewaktu bercuti dan menyampaikan jemputan K2N di Taiping, Perak. Bagi penulis, Uncle Ameng adalah antara nama besar dari utara yang “senior” dan “otai” di dalam hobi basikal tua di Malaysia kerana sangat arif dan pakar serta berpengalaman mengenai basikal tua di Malaysia. Uncle Ameng juga digelar “bomoh basikal” dan “Ameng Paku Belanda”  ternyata dikenali ramai peminat-peminat basikal tua dari utara. Beliau yang hidup menyara keluarganya dengan membuka kedai basikal sejak berumur 12 tahun membuktikan semangat dan jiwanya terhadap basikal tua masih kental dan membara. Penulis dapat merasakan bahang dan aura pengalaman beliau yang terpancar melalui setiap tutur kata dan bahasa beliau mengenai subjek yang diperkatakannya.

Penulis menyampaikan Cenderahati dan jemputan dari KBTBB kepada Uncle Ameng di kediamannya

Isteri penulis (Anne Acasia) bergambar bersama Uncle Ameng dan sangat tertarik dengan budi bahasa beliau

Memang benarlah kenyataan yang basikal tua tidak akan melunturkan semangat pencintanya. Uncle Ameng membuktikan semangat cintanya terhadap basikal tua …dan ironinya beliau masih “berjiwa muda” dan begitu entusiastik membawa penulis kembali menyelami nostalgia dan kenangannya mengenai basikal tua. Beliau yang meminati basikal “Penny Farthing” dan pelbagai basikal yang unik sempat menceritakan pelbagai perkara kepada penulis mengenai perjalanan hidup dan pahit manisnya menceburi bidang ini. Pasti sesiapa pun yang mendengar luahannya akan terkesan dan terinspirasi dengan bual bicaranya yang ceria dan mesra. Penulis sempat juga melontarkan beberapa idea dan pandangan kepada Uncle Ameng untuk bersama-sama berkongsikan pengetahuan dan pengalaman bukan sahaja buat beliau tetapi sahabat-sahabat yang lain.

Deretan frame basikal yang berjenama MG di dalam kedai Uncle Ameng semuanya NOS!

Berkongsikan pengalaman dan pengetahuan beliau mengenai "Penny Farthing"

Uncle Ameng masih menyimpan pelbagai jenis dan ukuran basikal tua sebagai koleksi peribadi

Sekalung penghargaan buat otai Taiping iaitu Cikgu Rusli kerana membantu mempertemukan penulis dengan Uncle Ameng… walaupun tidak dapat bertemu beliau (Cikgu Rusli) kerana beliau berada di Kuala Lumpur pada waktu itu, penulis dapat merasakan kehadiran penulis dan isteri disambut baik sahabat-sahabat di Taiping. Penulis sempat juga menghulurkan jemputan K2N buat Kelab Basikal Klasik Taiping  untuk menjemput Cikgu Rusli dan anak-anak buahnya turun ke Melaka. Selain itu penulis juga sempat bertemu Cikgu Zaidan iaitu Pengerusi Kelab Basikal Klasik Bonggol Pasir dan Ustaz Shariman dari Kelab Basikal Klasik Batu Gajah untuk turut bersama-sama hadir memeriah acara K2N yang bakal berlangsung pada 5 & 6 Jun nanti.

Gambar nostalgia klasik Uncle Ameng bersama isteri tersayangnya...

Penulis dan isteri sempat di bawa belanja makan tengahari di kedai makan oleh Uncle Ameng

Pemberian seorang sahabat basikal tua. Orang berbudi, kita berbahasa...orang memberi, kita merasa.

Insyaallah jika diizinkan Allah…Basikal Malaya akan kembali ke Taiping untuk bersama-sama bergabung dalam “projek kayuhan” seterusnya. Penulis dan isteri telahpun mengenal-pasti lokasi dan “route” (laluan) yang sesuai sewaktu 2 hari bercuti di sana. Niat dan  perancangan awal telahpun penulis usulkan kepada Cikgu Zaidan dan En. Hamdan (Pengerusi Belia – Taiping) mengenai rancangan yang bakal mencipta 1 lagi sejarah basikal tua di Taiping sebelum berakhirnya tahun 2010. Semoga silaturahim dan persahabatan yang tulus ikhlas akan membuahkan hasil dan memberi sinar harapan buat basikal tua di Malaysia di masa hadapan. – BM

13 Responses

  1. memang otai arrrr..!!

  2. Dengar-dengar orang kata otai ni sombong. Tapi nampak benar-benar freindly. Benarlah pepatah ada berbunyi “Tak Kenal Maka Tak Cinta”. Apa pun kita tetap perlu respect otai-otai selagi termampu dan tidak melampaui batas kerana OTAI = Orang Tua Ada Ilmu. Jadi kalau nak ilmu rajin-rajinlah beramah mesra dan bergaul dengan semua. Apa pun bro gambar menceritakan segalanya. Tahniah.

  3. Readz_one,
    Uncle Ameng memang otai…dia dah berpuluh tahun bekecimpung dalam dunia basikal tua🙂

    Sanim,
    Selalu macam tulah…tak kenal maka tak cinta/sayang. Kalau nak diri kita dihormati kita haruslah belajar menghormati orang lain. Nasihat aku kepada kawan-kawan yang muda-muda nie… tak rugi pun kalau kita merendah diri dan menghormati yang “senior” dan “otai2” nie.

    Tapi mana-mana yang tak sudi dan ego tinggi tu…kita biarkanlah mereka dengan egonya. Kita tak rugi apa pun dan mereka pun takkan ke mana2 …kat situ gak statik dan “beku”. Kita pergilah mencari ilmu kepada yang sudi…betul tak? Ternyata Uncle Ameng berfikiran terbuka dan matang menilai perjuangan kita.

  4. adakah jejak-jejak Penny Farthing di Malaysia ?

  5. Bro Heru,
    Secara jujur…masih belum ada bukti2 kukuh & menyakinkan wujudnya “Penny Farthing” di Malaysia sehingga hari ini. Mungkin di bawa masuk sebagai koleksi peribadi dari luar negara. Basikal paling tua terbukti wujud & digunakan di Malaysia sekitar tahun 1890an. Di Indonesia bagaimana?

  6. betul tu saudara ekhwan.. saya slalu repair basikal tua kat batu pahat ni.. ah keng namanya…
    selalu lepak sembang pasal raleigh.. die kata, die frust giler sbb kedai basikal lama die kat depan kampung terbakar.. kalau x, mesti dah kaya gile .. haha.. tapi kalu sruh repair basikal raleigh memang die suke.. siap free service ar.. kalau bawak rim dunlop ngn lidi.. senyum lebar die.. selamber je die ikat lidi dunlop.. sampai basikal orang lain pun die xkisah… janji raleigh.. huhu..

    p/s ah keng ni keje jual beskal je dari dulu smpai skrg.. sampai kaya dah bleh beli tanah orang kampung wat perumahan.. tapi rilek je repair beskal.. hahaha.. punyala mahal harga beskal dulu..

  7. Salam saudara readz_one nanti jangan tak turun tau kayuhan 2 negara. Boleh kenal2. alah tak jauh pun batu pahat dengan segamat.

  8. Otai oooooOOOOoooo

  9. saudara sanim.. memang nk pegi.. tgh cari “kaki” dari area sni.. xde transport nk bwk beskal.. sya teringt geng2 speda tua dari jb, sewa lori masa nk pegi le tour de muar.. hehe.. klau ade pickup or van ke.. leh pakat.. sdp skit nk bwk beskal.. klu nk bermalam kat masjid melaka pun ati senang.. “awek” raleigh pun slamat.. hehe.. ape2 hal pun, skrg tgh diusahakan..
    ape2 hal.. kpd geng batu pahat, kluang,muar, segamat yang membaca blog basikalmalaya ni.. di sini sedia menanti.. hehe.. email readz_one69@yahoo.com

    sori brader ekhwan, blog ni dah mcam forum lak.. haha

  10. Hahaaa x payah bukak Forum…sini pun dh jadi forum skrg. Buatlah mcm umah sendiri.

  11. abeh jumpa orang lamo (paku belanda), dpt pula lampu kecil sbg brg peringateh , ganeh mu…

  12. Biasa2 aje abeh…geng2 Taiping mmg hebat2 belaka. Kita budak baru belajar…ilmu pun tak cukup. Syukur kerana ada yang sudi menerima kedatangan kami utk jadi kawan & sahabat. Sayang x dpt jumpa abeh di Taiping…maklumlah asyik ke luar negara jer khabarnya.

  13. Betul masih banyak orang2 yang mencintai sepeda tua seperti negara tetangga kita Uncle Ameng membuktikan semangat cintanya terhadap basikal tua …dan ironinya beliau masih “berjiwa muda” selamat atas bergabung nya Uncle Ameng di hasanah sepeda Tua.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: