Basikal kecil ukuran 18″ kini digilai & diburu di Melaka


Griffin 18" berwarna merah dengan peti rantai dan mudgurd berwarna putih

Penulis bersama basikal kecil Griffin ukuran 18" milik Pengerusi KBTBB iaitu Abang Alias

Baru-baru ini penulis sempat turun ke Batu Berendam untuk memastikan persiapan K2N berjalan seperti yang direncanakan. Alhamdulillah persiapan K2N berjalan dengan lancar dan sangat-sangat memuaskan. Walaupun AJK K2N sibuk dengan tugasan masing-masing namun sebilangan ahli-ahli Kelab Basikal Tua Batu Berendam (KBTBB) masih terus memburu basikal-basikal tua untuk dijadikan koleksi masing-masing. Terbaharu mereka kini telah beralih arah mencari koleksi-koleksi yang lebih unik dan jarang ditemui. Mungkin kerana “terbakar” melihat beberapa ahli-ahli yang telah berjaya memiliki basikal ukuran kecil ini, maka ramai sahabat-sahabat di KBTBB telah bertekad memburu basikal kecil ini. Hasilnya di Melaka kini sudah ramai yang memiliki basikal kecil ukuran 18″ dan tidak hairanlah kalau ada pertandingan basikal ukuran 18″ (kategori basikal 24″) pula selepas ini. Penulis difahamkan ada 2 buah basikal ukuran 18″ sedang dibangunkan dan lebih 5 buah basikal telahpun berjaya diburu dan menjadi koleksi ahli-ahli KBTBB di Melaka.

Warna merah garang. Biarpun kecil tetapi unik dan sangat sukar ditemui dan diburu setiap peminatnya

Penulis bersama Raleigh Junior ukuran 18" milik Sdr. Rehan

Untuk makluman semua, basikal ukuran 18″ dikategorikan sebagai basikal Junior iaitu basikal khas untuk kanak-kanak yang sedang meningkat remaja. Boleh dikatakan kebanyakan jenama basikal yang popular seperti Raleigh, Hercules, BSA, Phillips, dan sebagainya mengeluarkan basikal bersaiz kecil ini. Apa pun bagi penulis, bukan semua orang di Malaya pada zaman dahulu bertuah untuk memiliki basikal kecil ini kalau bukan keluarganya dari orang-orang yang  “berada” dan berkemampuan. Justeru itu, pada paparan kali ini penulis sajikan 2 buah basikal milik ahli KBTBB iaitu milik Sdr. Rehan yang memiliki Raleigh Junior dan Abang Alias (Pengerusi KBTBB) yang memiliki Griffin Sport khas buat tatapan pengunjung dan peminat setia blog BM. Diharapkan paparan ini memberikan idea dan sedikit pengetahuan berguna bagaimana rupa dan keunikan basikal bersaiz Junior ini.

19 Responses

  1. Virus basikal junior pon sudah mulai melanda malaka….km pon sdh punya basikal kecil kan om…..

  2. Iya om…16″ dan 18″ sudah punya…tapi yang ukuran 14″ belum punya om…masih mencari nihhh🙂

  3. Bukan tiada tu laexs. Tetapi sedang dalam proses restorasi aja. Dengar cerita lagi menawan.

  4. Mana ada… aku tahu ler kau ada Sunbeam 14″ dan BSA 14″ kau sorok bawah katil kan?

  5. sebut pasal persediaan k2n, saudara ade simpan nombor organizer program basikal tua muar taun lpas x, or owner basikal tua dari batu pahat… nk cntact dorg balik.. hp ilang.. ilang dah nombor dorg.. nk try carik kaki dari batu pahat or muar.. mn tau dorg nk join, bleh ejaz transport.. jenuh tu nk berkayuh ke melaka.. haha..

  6. salam………………….1 malaysia…
    OOoooo itu sepeda kalau lihat tak boleh tido ooo

  7. Sdr. Readz_one,
    Mungkin boleh hubungi Setiausaha Kelab Kelab Basikal Klasik Muar iaitu Sdr. Karim di talian 019 658 2588 mungkin boleh ajak diorang dtg ramai-ramai. Saya dah poskan surat jemputan kepada geng Muar pada dia.

    Harap2 ramai yang turun dari Selatan memeriahkan Acara K2N…kita kasi gegar Bandaraya Melaka…biar satu Malaya GEMPAKKK bro!

  8. Betul…bro. Kalau tak kuat iman memang tak boleh tidur…makan tak kenyang….mandi tak basah….itu lah virus basikal tua🙂

  9. Harap-harap program kali ini akan mencipta satu lagi sejarah. Satu lakaran baru bagi peminat Hobi Basikal Tua. Tunggu apa lagi. Inilah masanya untuk sama-sama kita mencipta nostalgia bagi generasi akan datang.

    ” Lestarikan Nostalgia Warisan Silam”

  10. Insyaallah…Sanim semuanya akan berjalan seperti dirancang…”The show must go on”. Kalau ramai yang datang itu ‘bonus” bagi kita semua di Malaysia. Aku yakin kawan-kawan kita dari Selatan dan Utara akan datang memeriahkan acara.

    Kehadiran 55 peserta dari Indonesia bagi aku sudah mencatat 1 kejayaan dan sejarah buat kita semua. Itu sudah cukup membuatkan aku dan KBTBB “happy” dan tak sabar menunggu kehadiran mereka di Melaka.

    Jemputan sudah pun dihantar, kita tunggu jawapan dari Kelab-kelab Basikal Tua dari Malaysia untuk membuktikan kemampuan dan kesudian mereka menjayakan K2N.

  11. Betul bro, KBTBB dan ahlinya telah bersatu hati dan bersatu padu nak jayakan program ini. Takkan kita sedikit pun tak memberi sumbangan apa2 kan. Memadai dengan hadir dan memberi sokongan semasa acara sedang terlaksana. InsyaAllah bro aku yakin sokongan dari semua peminat basikal tua pasti akan datang untuk K2N nanti.

    Bro ada dengar2 kawan kita ada dapat model BSA model 18″ betul ker?

  12. OK…mudah-mudahan. Wahhh…kuat betul deria bau kau yer bro…BSA 18″? Tunggu dan lihat…heheee….

  13. saya rasa acara kali nie nak bawa basikal 26 aje lah,basikal yang bergantung kat depan rumah saya tu.sekarang nie saya pun dah kalut siapkan basikal dan juga pakaian yang saya janjikan.GEMPAK OOooo…

  14. Mr. GB,
    Tak kiasah nak bawa basikal ukuran apa sekali pun. Yang penting datang dan join acara K2N. Aku tahu kedatangan kau ke Melaka memang sgt2 ditunggu oleh kwn2 di KBTBB. Aku pasti acara kali ini memang GEMPAK punyaaaaaa….

  15. Salam K2N….

    GB :
    Bro Kamu kayuh basikal “18 je dari tempat kamu ke malaka…baru Mantab tu…

    mykyocera :
    Sekarang sibuk cari basikal “18 ya…GB bawa basikal satu roda pon ok kan…he..he

    Sanim :
    Mudah-mudahan event ni menjadi jembatan antar sesama penyuka basikal tua di Malaysia maupun di Indonesia..

  16. Alexs…. pastikan kamu datang sini kawan2 tidak kenal kamu ya hehehe. Mat Saleh celup tapi sayang kumisnya hitam.

  17. wah……cukup unik, tampilan pisiknya mirip sepeda saye “Forever”
    salam onthel dari DeFOC-Depok, pinggiran Jakarta
    tetap semangatlah……….betul betul..betul….kata Upin dan Ipin

  18. abg,crik kn la tok sy sebijik:)

  19. salam onthel’

    wah oke juga tu . salam kenal dari Permata Biru Onthel Comunnity Bandar Lampung .Prop Lampung Sumatra.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: