Acara Kayuhan 2 Negara menjanjikan sejuta harapan


Acara Kayuhan 2 Negara (K2N) antara Malaysia dan Indonesia telah mula dirancang pada penghujung tahun 2009 yang lalu. Idea asal acara K2N ini tercetus apabila wujudnya hubungan persahabatan yang rapat dan akrab di antara sahabat-sahabat basikal tua dari Malaysia dan Indonesia melalui siri-siri kunjungan dan lawatan balas kedua-dua negara. Motif utama acara K2N ini diadakan semata-mata mahu mempereratkan persahabatan dan menyatukan komuniti basikal tua yang ada dengan berkongsi pengalaman dan membuka lembaran baru sejarah basikal tua di Nusantara. Sesuai dengan temanya “Membakar Semangat Baru…Mempererat Persahabatan Serumpun” penulis berpendapat ianya sangat bertepatan dan sangat relevan dengan perkembangan semasa basikal tua di Nusantara. Semuanya itu bermula kerana “magik” basikal tua.

Apa yang dijanjikan pada acara K2N hanyalah sejuta harapan yang mengunung untuk melihat komuniti dan hobi basikal tua ini terus lestari dan menerangi kegelapan bagai obor yang terus menyala untuk generasi akan datang. Walaupun ada semangat yang telah terpadam namun bagi penulis kita semua harus bangkit berjuang dengan semangat baru dan berani melangkah setapak ke hadapan melakukan perubahan. Semuanya itu memerlukan keberanian, kesungguhan, kegigihan, pengorbanan dan usaha keras untuk merealisasikan semua harapan dan impian. Acara ini bukanlah acara kayuhan biasa tetapi acara yang penuh dengan warna-warni dan nostalgia yang sangat bermakna bagi pencinta dan pejuangnya. 

Ada baiknya kita merenung sejenak dan bertanyakan diri sendiri apakah sumbangan dan pengorbanan yang telah kita lakukan demi hobi yang kita cintai ini? Apa yang telah kita lakukan untuknya? Sejauh manakah kita telah berjaya memartabatkannya? Agak menyedihkan dan memilukan apabila ada di antara kita hanya menjadi pengumpul dan pencinta yang bermata tetapi tidak melihat…bertelinga tetapi tidak mendengar…bersuara tetapi tidak berkata…berjasad tetapi tidak bernyawa. Cukupkah kita hanya sekadar menjadi pemerhati dan penonton setia sepanjang hayat? Pilihan kini ditangan anda.

Seramai 55 orang peserta yang mewakili KOSTI telahpun mengesahkan kehadiran mereka menyertai acara K2N dan difahamkan ada lebih 30 orang lagi di dalam “waiting list” pengurusan KOSTI. KBTBB pula sangat optimistik untuk mengumpulkan lebih 150 peserta dari Malaysia untuk menyertai acara K2N di Melaka. Bagi penulis pula tidak mustahil acara K2N ini akan berjaya mengumpulkan sekurang-kurangnya 250 peserta sekali gus bakal mencipta Malaysia Book of Record sebagai acara kayuhan basikal tua terbesar yang pernah diadakan di Malaysia. Persoalannya adakah kita mampu, sanggup dan berani melakukannya?

Usaha yang digembleng sepenuh tenaga oleh Kelab Basikal Tua Batu Berendam (KBTBB) bergandingan bersama Komuniti Sepeda Tua Indonesia (KOSTI) seharusnya disokong oleh semua peminat dan pencinta basikal tua di Malaysia termasuk kelab-kelab basikal, kumpulan, individu dan sesiapa sahaja. KBTBB dan KOSTI yang kedua-duanya terkenal mempunyai kreadibiliti dan track record cemerlang pastinya akan memastikan acara K2N akan berlangsung dengan gilang-gemilang. Acara yang akan diadakan pada 5 & 6 Jun 2010 di negeri Melaka ini disokongan penuh oleh Kerajaan Negeri Melaka di bawah kepimpinan YAB Datuk Ali Rustam (Ketua Menteri Melaka). Penulis juga berharap akan berlaku suatu “magik” dan kejutan di acara K2N 2010 buat semua yang hadir.

Walaupun acara K2N akan berlangsung kurang 2 bulan dari sekarang namun penulis sudah mula melihat dan merasa bahang kehangatannya dengan terpancarnya keceriaan dan senyuman yang berbunga-bunga pada wajah peserta-peserta acara K2N. Penulis ingin berkongsikan 10 perkara penting yang kita boleh lihat, dengar dan rasa (lalui) dengan acara berbasikal berdasarkan pengalaman dan pengamatan setelah menyertai pelbagai acara di dalam dan di luar negara. Antaranya ialah…

1.   Meluaskan kenalan, persahabatan & persaudaraan
2.   Menambah & berkongsi pengetahuan & pengalaman
3.   Melihat & mengkaji koleksi-koleksi basikal yang unik & pelbagai
4.   Merasai keseronokkan & kegembiraan berkayuh beramai-ramai
5.   Menghayati nostalgia  silam seolah-olah kembali ke zaman silam
6.   Menikmati keindahan alam & destinasi menarik & bersejarah
7.   Mendekati & memahami adat resam, cara hidup, budaya & warisan
8.   Memperoleh ketenangan minda & mengurangkan tekanan (stress)
9.   Memupuk rasa hormat-menghormati, merendah diri & sama taraf 
10. Menjadi insan yang bersemangat, berfikiran terbuka & mencintai alam sekitar

Masanya kini sudah tiba, jalan sudah terbentang luas, gendang sudah dipalu, tangan sudah dihulurkan, dan tetamu sudah dinanti… hanya menunggu kehadiran kita dan pesertanya untuk bersama-sama bersatu dan bergabung dengan semangat baru untuk menjayakan acara K2N yang membawa sejuta harapan. Penulis pasti bagi mereka yang hadir ke acara K2N pasti akan kembali pulang dengan semangat dan jiwa yang baru untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan terbaharu dan terkini untuk memajukan diri dan kelab basikal masing-masing. Kita harus buktikan bahawa kita bukan sekadar jaguh kampung. Penulis mengharapkan akan berlakunya “magik” dan sinar harapan baru terhadap perkembangan basikal tua di Malaysia dan Nusantara.

Dikesempatan ini Basikal Malaya ingin mengalu-alukan kedatangan 55 peserta K2N dari Indonesia sebagai tetamu istimewa dan tetamu Kerajaan Negeri Melaka ke bumi Malaysia iaitu…

  1. Bp.Abdul Rohim – KOBA Jakarta
  2. Bp. Eddy – KOBA Jakarta
  3. Ibu Cori Atmarani – KOBA Jakarta
  4. Bpk Chandra meizir – KOBA Jakarta
  5. Ibu Sastrawati – KOBA Jakarta
  6. Bp. Tomi Tamzid – ONCOM Bogor
  7. Ibu Madiah Amalia – ONCOM Bogor
  8. Bp. Palgunadi – Defoc Depok
  9. Bpk Dimas Kinasih – KOSTI Pusat
  10. Bpk. Bakri Tanjung – POL Lampung / Depok
  11. Ibu Melia Martini – POL Lampung / Depok
  12. Bp. Satori Mapasisi – PEDAL Indramayu
  13. Hanif  Hajjaj Miftah Fathan – PEDAL Indramayu
  14. Ibu Endang Sri Mulyani – Defoc – Depok
  15. Bp. Ary Hariadi – PAKKAR Sidoarjo
  16. Bp. Rendra hernawa – PASAK Kerawang
  17. Ibu. Heni setyowati – PASAK Kerawang.
  18. Bp. Didacus Sumarsidi. A – PODJOK Yogyakarta.
  19. Bp. Abdul Rokhim – POC  Bekasi
  20. Bp. Yudi Armada Diantomo – PAKKAR Sidoarjo
  21. Bp. Achmad Fajri – POC Bekasi
  22. Bp. Joko rinto – Country Tambun
  23. Bp. Muhamad Syafruddin – POCI Cikarang
  24. Bp. Andi Karim Beso – VOC Makassar
  25. Bp. Muchamad Bin Awod – Indramayu
  26. Niko Darmawiguna – Country Tambun
  27. Bp. Ilvan Pribudi – Jakarta
  28. Bp.Andi Sofyan  – OBAMA Balikpapan
  29. Bp. Zul Effendi – POL Lampung
  30. Bp.Asmanu Ali – PAKKAR  Sidoarjo
  31. Bp. Ibnu Ansyari Makkie – WASIAT  – Kal Sel
  32. Bp. Jaya Saputra – WASIAT  – Kal Sel
  33. Bp.Abdul Mukti – SABAN -Kal Sel
  34. Ibu. Mohamad Subhan – SABAN – Kalsel
  35. Bp. Zainal Abidin – KOBA – Jakarta
  36. Bp. Bambang – PAKKAR – Sidoarjo
  37. Bp.Yudha Dwi Laksono – PAKKAR  – Sidoarjo
  38. Bp.Trisno Suwito – PAKKAR Sidoarjo
  39. Bp. David P Hutajulu –  Jakarta
  40. Ibu Farida Angraeni –  Jakarta
  41. Bp. Supinal Anwar – WASIAT  Kalsel
  42. Bp. Suriansyah – WASIAT  Kalsel
  43. Fakhmi Khaerul Rizal – PEDAL Indramayu
  44. Bp.Helmi Setiawan – PEDAL Indramayu
  45. Bp. Achmad Basuki – HAYAMAS Kediri
  46. Bp.Basuki Eko Margono – HAYAMAS Kediri
  47. Bp.Sugeng Riyanto – HAYAMAS kediri
  48. Bp.Edi Santoso – HAYAMAS Kediri
  49. Bp. Nurul Fauzan Sukri – PODJOK Yogyakarta
  50. Bp.Haka Sariputta Tjong – KOBA Jakarta
  51. Sdr. Ichwan Alex Setiawan
  52. Sdr. Iwan Ikabara
  53. Sdr. Fahmi Saimima
  54. Puan Nurul
  55. Adik Biyan (anak Puan Nurul)

Tahniah kepada 55 peserta dari KOSTI… kerana telah menjadi wakil dari Indonesia dan kami di sini ingin mengucapkan “Selamat Datang” ke Malaysia dan ke negeri Melaka Bandaraya Warisan Dunia. Kedatangan kalian ke sini sangat-sangat dinanti dan dialu-alukan.

Kepada sahabat-sahabat dari Malaysia… pastikan kita hadir…dengarkan kata hati…
Pertimbangkan keputusan anda…lihat dengan mata hati…
Yakinkan diri…

Jumpa anda di sana!

Ikhwan
Basikal Malaya
8hb April 2010

9 Responses

  1. Selamat ketemu kita semua di Melaka, Malaysia. Semuga kita semua diberi kesihatan yang cukup untuk melestarikan program yang cukup mantap ini. SELAMAT DATANG untuk rakan-rakan Sepeda dari Indonesia.

  2. Tiada apa yang aku ingin katakan disini cukup dengan kata-kata berikut “Lestarikan Kegemilangan Nostalgia Warisan Silam”

  3. Bang Ikhwan pandai kali buat kata kata tu…membuat kita bersemangat tuk cepat sampai di sana…..tunggulah kami saudaramu dari Indonesia. Salam Erat

  4. Salam, saya pasti memang syokla program camni, tapi nk wat camne… xdapat join… teringat masa kat muar.. memang best… dapat member baru.. apatah lagi kayuhan 2 negara, lagi bayak member baru.. tahniah Ikhwan atas effort anda yang mantoppp tuu…

  5. Takpe…saya faham. Tapi yang pasti bagi mereka yang datang pasti akan dpt pengalaman & cerita yg lebih dari mereka yang mendengar atau melihat. Peluang sebegini xkan datang selalu…bila dh ada peluang amatlah dukacita kalau kita mempersia-siakannya. Saya & kwn2 lain dpt tambah kenalan baru seramai 55 org dari Indonesia dan dari Malaysia pula pasti melebihi angka itu….so pastilah syok & best betul tak?

  6. Saya pun sdh tidak sabar menunggu kedatangan sahabat-sahabat dari Indonesia…bagi yg ngak mahu datang itu kita biarkan mereka baca cerita kita di koran (newspaper) aja heheee…. kalau semangatnya ngak terbakar sekurang-kurangnya hati mereka pasti “terbakar”….acoyyyy!

  7. Salam aly kum.
    Hidup Basikal Tua dan saya doakan acara berjalan baik dan cuaca menyebelahi pihak penganjur.
    Kepada Sdr2 dari Indonesia SELAMAT DATANG KE MELAKA MALAYSIA

  8. Abg Tajudin,
    Lama menyepi…harap2 ada wakil dari Pahang datang ke acara K2N. Saya tunggu Abg di Melaka…harap-harap lepas nie kita semua ke Pahang kayuh basikal tua kat sana pulak🙂

  9. Salam Ikhwan.
    Saya ada kawan wartawan di Riau Post Bangkinang.
    saya minta dia warwarkan diakhbarnya tentang K2N.
    type Rina ummu difb.
    salam..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: