Basikal Roadster 18″ (Cap Ayam Jantan) keluaran B.G.H Trading Co. Limited


Frame 18" Roadster (Cap Ayam Jantan) yang ditemui pada Mac 2010 di dalam keadaan asal

Merk lambang "Ayam Jantan" Roadster - B.G.H. Trading Co. Limited

Simbol/lambang cap/cop “Ayam Jantan” sememangnya sangat-sangat sinonim dengan masyarakat Melayu semenjak 300 tahun yang lalu. Basikal cap/cop “Ayam Jantan” yang penulis temui pada awal bulan Mac 2010 ternyata membuktikan pengaruh dan kesannya amat tinggi kepada budaya masyarakat di Malaya sehingga ianya dijadikan merk (lambang) pada basikal. Bagi pengumpul dan pencinta barang lama/antik pastinya motif, corak, cap/cop dan bentuk “Ayam Jantan” mudah ditemui pada seterika lama, lukisan batik, mata wang lama, kacip sirih, hulu keris, pinggan / mangkuk, papan iklan lama, cemeni (cermin) pelita, dan setidak-tidaknya tabung berbentuk ayam. Ini terbukti apabila syarikat pengedar import Ban Guan Hin (B.G.H.) yang ditubuhkan pada 1952 menggunakan cap/cop “Ayam Jantan” pada keluaran basikalnya untuk dipasarkan di Malaya dan Singapura pada era 1950 – 1960an

Inilah hasilnya Roadster (NOS) ukuran frame 18" yang berjaya dibangunkan

Berdasarkan kajian penulis, penemuan basikal cap/cop “Ayam Jantan” menggunakan label (transfer merk) Roadster pada basikal tua bersaiz kecil (junior) ini amat jarang (langka/rare) ditemui di Malaya. Ditambahkan dengan keunikan ukuran frame 18″ tinggi (tayar bersaiz 24″) yang dikeluarkan/diperbuat oleh Roadster menjadikan basikal ini antara koleksi yang istimewa bagi penulis. Penulis yakin bahawa basikal ini telah diimport terus oleh B.G.H. dari England pada zaman kolonial (British) untuk pasaran di Tanah Melayu sebelum Merdeka. Berdasarkan penemuan beberapa spare-part Roadster ukuran frame 22″ (tayar bersaiz 28″)  di tempat yang sama, penulis yakin bahawa basikal yang diimport B.G.H. ini didatangkan dengan pelbagai ukuran saiz dan pelbagai jenis.

Roadster dari Malaya yang sangat langka (jarang) ditemui di Tanah Melayu

Kesimpulannya, sebagai pengumpul dan pencinta basikal tua, diharapkan penemuan basikal bersaiz kecil ini dapat mengimbau kembali sejarah silam disamping mengetahui kaitan pengaruh budaya tempatan terhadap keunikan simbol/lambang “Ayam Jantan”. Ternyata simbol/lambang tersebut telah mempengaruhi dan meninggalkan kesan signifikan kepada penghasilan kenderaan terawal ini di Tanah Melayu. Basikal tua bersaiz kecil ini penulis ibaratkan sebagai “time capsule” dan “fosil” paling berharga yang bakal merungkai pelbagai persoalan dan sejarah silamnya.  Untuk makluman, Syarikat B.G.H. masih wujud sehingga ke hari ini masih beroperasi di Klang, Selangor tetapi tidak lagi meneruskan perniagaan mengimport basikal dan pelbagai kenderaan. Untuk itu penulis biarkan ia sebagai salah satu koleksi yang penuh dengan “quriousity” (pelbagai tanda-tanya) untuk tatapan dan kajian generasi akan datang – Basikal Malaya. 

12 Responses

  1. Kumpul basikal terus om….mau kau taruh mana lagi itu basikal…

  2. Heheee…kalau ngak ada tempat…aku taruk di Muzium bro…kerna di Muzium pun ngak punya sepeda langka seperti ini. Worse case…aku kayuh untuk K2N di Melaka aja bro🙂

  3. Dalam diam dapat beskal cap ayam. Betul dasyat ni tapi bro mana leh nak lawan dengan beskal cap kucing aku heheheh.

  4. Ada ker basikal cap kucing? Itu lagi rare bro… sekarang kita pun kena collect basikal-basikal yang pernah masuk Malaya…lagi pelik lagi best…nie kira product-product “indie” pada zaman dahulu…taklah popular tapi RARE heheee…

    Selain dari cap Ayam…ada juga cap lain seperti cap Burung Kakak Tua, Anjing, Kuda Laut, Burung Layang-layang, dan macam-macam lagi…tapi setakat yang aku dah jumpa…cap Ayam lah yang paling unik sebab tak pernah lagi orang tengok bro🙂

  5. Alamak….dah mcm aku punya plak Bro. Tp aku punya beskal cap ayam betina , siap ada telor lgi kat emblemnya ko. By the way congrat Bro BM.

  6. Thank you bro Mofti Johor. Apa kata kita “kawin”kan basikal kita nak tak? Aku punya “Ayam Jantan”…kau punya “Ayam Betina”…haaahaaa…

    Mana tau kot-kot bertelur boleh keluar basikal cap “Anak Ayam”…rare tuuu… aku gerenti 1 dunia xde basikal cap “Anak Ayam”. Bila nak try bro?

  7. salam…….tahniah bro,kerana berjaya bagunkan basikal yg rare…..hehehe.

  8. memang cantik basikal ni.. saya ade jumpe di mudah.com… nk jual basikal cap ayam ni.. sekitar rm 400…tapi, condition memang untuk stay kat bangsal.. hehe..

  9. Hahaahaaaa…tulah bezanya org yg bijak & tau menilai…bukan main sapu jer bila jumpe body atau basikal lama. Biar kluar modal lebih sikit daripada dpt basikal byk yg tak cukup sifat dan condition yg mmg tahap “timbang kati”🙂

  10. Salam. Boleh saya tau di mana saya boleh dapatkan beberapa buah basikal antik ini untuk tujuan props bg dekorasi di shopping complex? Tidak kisah kiranya kondisi basikal2 tersebut agak usang. Sama ada utk dijual atau pun sewa, just let me know.

  11. Boleh hubungi saya di talian 019 606 5575…nak 80 bijik pun kitaorg boleh supplykan…

  12. saya pun ada jual juga sila hubungi saya 017-7741844

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: