Terima kasih Kosmo! (Basikal tua di ruangan Horizon)


Basikal tua menjadi paparan utama di sisipan Horizon, akhbar Kosmo pada keluaran Sabtu, 27 Februari 2010 yang lalu.

Sumbangan akhbar KOSMO di dalam melestarikan basikal tua di Malaysia sememang harus dipuji dan dihargai oleh semua pihak terutamanya pencinta basikal tua. Penulis secara peribadi melihat peranan Media amat-amat penting di dalam membantu penjuangan melestarikan basikal tua pada era yang penuh mencabar ini. Akhbar kompak bersaiz kecil ini di baca hampir 200,000 pembaca setianya setiap hari dan sentiasa kehabisan stok terutamanya di hujung minggu dan cuti umum. Tidak keterlaluan penulis katakan bahawa Kosmo telah berjaya membawa angin perubahan dan pandangan persepsi baru khas buat pembacanya. Basikal tua kini lebih dihargai dan menjadi topik bualan masyarakat di bandar dan juga di desa.

Sdr. Ammar sedang menemuramah (interview) Sdr. Karu dari KSTJB

Kehadiran wartawan Kosmo iaitu Sdr. Ammar Jazlan Mad Lela ke Dataran Putra pada 14hb Februari 2010 yang lalu membuktikan bahawa akhbar Kosmo tidak meminggirkan aktiviti/kegiatan basikal tua walaupun ada banyak subjek dan topik yang lebih menarik untuk dipaparkan. Bagi penulis kedatangan wartawan dan jurugambar dari pihak Media pasti mempunyai alasan/sebab yang kukuh ke Putrajaya. Itulah uniknya “magnet” dan “aura” serta “semangat” basikal tua berbanding basikal moden yang terkenal dengan nilai sejarah dan tinggi moralnya. Justeru siapa kata basikal tua tidak setanding dengan basikal moden? Siapa kata main basikal tua tidak mencabar? Cabarannya bukan sekadar fizikal dan mental semata-mata tetapi menjangkau lebih daripada itu. Dunia dan teknologi mungkin berubah tetapi sejarah dan warisan akan terus kekal untuk tatapan generasi akan datang. Mujurlah masih ada barisan anak-anak muda yang mampu dan terus berjuang untuk mempertahankannya walaupun ada yang tersungkur dan kecundang.

Penulis bersama Sdr. Ammar ketika menjawab pertanyaannya setelah selesai acara AKP2 di Dataran, Putra.

Sdr. Ammar yang merupakan wartawan yang menulis di ruangan Horizon begitu fokus mendapatkan maklumat dan bahan cerita mengenai basikal tua untuk dijadikan rencana utama di ruangan  tersebut. Bagi penulis ada banyak mesej dan cetusan idea baru yang ingin dikongsikan kepada semua peminat basikal tua terutamanya kepada mereka yang mahu melihat perubahan dan pembaharuan di dalam hobi basikal tua ini. Berpegang kepada prinsip “aku cakap…aku buat!” penulis dan sahabat-sahabat basikal tua yang lain sedang giat merancang beberapa aktiviti dan acara sepanjang tahun 2010. Pastinya akhbar Kosmo akan sentiasa menjadi sekutu rapat “basikal tua” sebagai rakan Media yang akan menyiarkannya untuk tatapan masyarakat dan pencinta basikal tua di Malaysia.

Sekali lagi penulis mewakili Basikal Malaya, Kelab Basikal Tua Batu Berendam (KBTBB), Kelab Rock 7, Port Swettenham Classic Bicycle (PSCB), Pemilik Basikal Tua Chaah-Labis (PECHAL) dan Kelab Sepeda Tua Johor Bahru (KSTJB) ingin mengucapkan jutaan TERIMA KASIH kepada akhbar Kosmo. Terima kasih juga buat wartawan Kosmo, Sdr. Ammar Jazlan Mad Lela kerana sudi meluangkan masa hadir di AKP2 dan bertungkus-lumus mengarap dan menyusun bahan rencana basikal tua di ruangan Horizon. Hidoplah basikal tua di bumi Malaya Merdeka!

Terima kasih daun keladi… kalau sudi tulislah lagi.

Ikhwan
Basikal Malaya

Sila KLIK DI SINI untuk membaca rencana di sisipan Horizon di akbar Kosmo.

6 Responses

  1. sukses bro… 😆

  2. Terima kasih atas sokongan kamu, Pak Heru🙂

  3. Ha ha … enggak di mana mana bang Ikhwan tetap semangat untuk selalu membawa cerita yang terbaru dalam urusan liputan media…. mantap bro….sukses selalu.

  4. Alhamdulillah…saya hanya buat apa yang termampu untuk hobi ini Pak Chandra…selebihnya biarlah komuniti, masyarakat, dan pencintanya yang menilai. Kalau bukan kita yang lakukan perkara-perkara “gila” ini siapa lagi?…

    Sampaikan salam rindu kami buat Bunda & Mama di Jakarta…Insyaallah kami akan cuba menyusul buat masa terdekat🙂 Terima kasih kerana sudi singgah menjenguk blog saya yang seadanya ini.

  5. Sukses….bung Mykyocera (Ikhwan)
    Tema yg baguus…

    Salam buat semua basikal Malaysia !!!

  6. Terima kasih pak Muhdie…
    Bila mahu ke mari…ayuh kita bersama jayakan acara kayuhan dua negara🙂 bisa saya bawa Pak Muhdie pusing2 KL.

    Hidup sepeda tua!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: