Bahang BLO 2010 masih hangat di Malaysia


Ribuan ontelis Nusantara berkumpul di Bandung untuk acara BLO 2010

Penulis (di hadapan) bersama-sama sahabat-sahabat (Pak Chandra & Iwan) hadir memeriahkan acara BLO 2010 - Sumber foto dari Marry Titing

Wawa berada di tengah-tengah lautan basikal tua yang sedang mula bergerak memulakan acara kayuhan

Liputan acara BLO 2010 mendapat liputan meluas. Akhbar Kompas juga tidak ketinggalan merakamkan acara BLO 2010 pada keluaran 1hb Februari (Isnin) yang lalu.

Acara Bandoeng Laoetan Onthel 2010 yang ke-5 anjuran Paguyuban Sapedah Baheula – West Java di Bandung, Indonesia yang berlangsung pada 31hb Januari yang lalu merupakan salah satu acara basikal tua terbesar pernah diadakan di negara jiran kita Indonesia. Acara besar yang paling meriah dan sungguh hebat ini merupakan acara sulung terbesar sebagai pembuka tirai acara basikal (sepeda) tua pada tahun 2010 bersempena sambutan Ulang Tahun ke-200 Kota Bandung. Acara Bandoeng Laoetan Onthel (BLO) 2010 telah berjaya menyatu dan mengumpulkan lebih 2,000 ontelis dari seluruh pelusuk daerah Indonesia untuk hadir bersama-sama sebagai 1 komuniti basikal (sepeda) tua yang kental menyokong dan melestarikan basikal tua di tanahair mereka. Penulis dan isteri yang baru pulang ke Kuala Lumpur pada hari Rabu malam yang lalu masih lagi dapat merasakan kehangatan dan bahang dari penganjuran acara tersebut sehingga ke hari ini. 

Demi cinta kepada basikal (sepeda) tua, Penulis dan isteri (Wawa) mewakili Kelab Basikal Tua Batu Berendam (KBTBB) dan Basikal Malaya telah terbang ke Jakarta pada 28hb Januari yang lalu untuk hadir bersama-sama untuk menyertai acara BLO 2010. Kehadiran kami di lapangan terbang Soekarno Hatta telah disambut oleh Sdr. Alex sekeluarga dan Puan Nurul (Isteri Sdr. Iwan Hatta) bersama anak lelakinya Bian. Kami telah di bawa menginap ke rumah Pak Chandra dan Bunda Sas yang terletak di tengah-tengah Bandaraya Jakarta iaitu di daerah Kuningan. Ternyata kehadiran kami berdua disambut dengan hati yang terbuka dan diterima sebagai tetamu istimewa Pak Chandra sekeluarga. 

Foto bersama sahabat-sahabat penulis. Dari kiri, Wong Cilik, Yuli & Rya, Alex, penulis, Pak Chandra, Bunda Sas, Iwan, Nurul dan Wawa di hadapan tempat penginapan di Bandung

Gandingan dua karektor unik iaitu Pak Soekarno dan Bung Hatta yang sering mewarnai acara-acara basikal tua di Indonesia

Pak Chandra yang penulis kenali hanya melalui foto-fotonya di blog Wiwinaked merupakan peminat basikal tua yang sering memakai pakaian Presiden Soekarno dan pasti akan bergandingan dengan Sdr. Iwan Hatta yang berpakaian seperti Bung Hatta. Gandingan dua karektor unik ini sering menjadi tumpuan pihak media dan sesiapa yang melihat mereka ketika berlangsungnya acara-acara kayuhan di Indonesia. Manakala Sdr. Iwan dan Nurul serta Bian penulis kenali mereka sejak tahun 2008 sewaktu kali pertama berkayuh ke Kota Lama Jakarta, dan yang terbaharu penulis temui mereka ketika lawatan mereka sekeluarga ke Malaysia pada 30hb Disember 2009 yang lalu di Kuala Lumpur. 

Ternyata kunjungan penulis dan isteri ke Indonesia kali ini telah disusun-rapi jadual dan programnya. Setiap hari kami sudah ada program yang perlu dilakukan termasuklah jadual makan dan minum. Pada tulisan kali ini penulis ingin memfokuskan mengenai acara BLO 2010 yang masih hangat diperkatakan di seluruh Indonesia dan Insyaallah akan menceritakan pengalaman sewaktu berkayuh di Bogor bersama Pak Is dan ahli-ahli kelab sepedanya pada 29hb Januari 2010 yang lalu. Pastinya penulis akan menceritakan lebih banyak pengalaman berbasikal (bersepeda) apabila bertemu rakan-rakan basikal tua pada 14hb Februari ini nanti di Putrajaya. Pastikan anda tidak ketinggalan berkayuh bersama penulis dan isteri. 

Kembali mengenai acara Bandoeng Laoetan Onthel (BLO) 2010. Penulis ringkaskan sebagai acara BLO 2010. Pada Sabtu, 30hb Januari 2010 iaitu sehari sebelum acara BLO 2010 penulis dan isteri menuju ke Bandung bersama Sdr. Alex, Sdr. Iwan, Yuli, Nurul, Bian, Rya tepat jam 12:30 tengahari dari Jakarta menaiki kereta (mobil) dan kami selamat tiba di Bandung jam 2:30 petang. Setibanya di Bandung kami dipandu arah oleh panatia (pengurus) acara untuk ke tempat berlangsungnya acara iaitu di di Pejabat (kantor) PUSDIKLAT Kereta api di Jalan Laswi. Semasa di dalam kenderaan, Sdr. Alex sempat mengusik penulis “Bro… kamu pasti berdebar-debar kan?” katanya. Penulis menjawab “Alah aku rasa biasa jer bro…” tapi dalam hati terdetik juga rasa ragu, takut-takut kehadiran kami berdua ini tidak disenangi oleh komuniti basikal tua di Indonesia. 

Sahabat lama penulis Sdr. Fahmi yang merupakan Sek Jen KOSTI yang sentiasa bekerja keras memastikan basikal tua di Indonesia terus lestari

Penulis bertemu Pak Is dari Bogor di acara BLO 2010 sambil ditemani Pak Chandra, Bunda Sas dan Nurul

Alhamdulillah…apabila menjejakkan kaki keluar dari kenderaan, wajah pertama yang penulis lihat ialah Sdr. Fahmi yang merupakan orang kuat KOSTI yang membantu melancarkan acara BLO 2010. Sdr. Fahmi yang kali terakhir penulis temui pada tahun 2008 sewaktu berkayuh di Jakarta kini merupakan Sek Jen KOSTI (Setiausaha Agung) yang sentiasa bekerja keras mengerakkan pelbagai aktiviti basikal tua seluruh Indonesia melalui KOSTI (Komunitas Sepeda Tua Indonesia). Penulis sempat meluangkan masa berbual bersama Sdr. Fahmi untuk mendapatkan pelbagai info mengenai acara BLO 2010. Penulis difahamkan bahawa acara rasmi BLO 2010 telahpun bermula pada jam 3:00 petang tersebut dengan pelbagai acara kesenian, hiburan, talkshow dan sebagainya. 

Kehadiran penulis dan isteri diperkenalkan oleh sahabat-sahabat KOSTI kepada ramai perwakilan Kelab-kelab basikal (sepeda) tua yang telah sampai di di Pejabat (kantor) PUSDIKLAT Kereta api seawal pagi lagi di sana. Kesempatan bertemu ramai perwakilan digunakan sebaiknya untuk mempromosikan KBTBB, Negeri Melaka, dan Malaysia. Ternyata dengan semangat setia-kawan (brotherhood) demi basikal (sepeda) tua membuktikan tiada halangan untuk kita bersama-sama bertukar-tukar pandangan malahan kehadiran kami berdua amat-amat dialu-alukan dan diterima dengan sebaiknya. Penulis berasa lega dan gembira kerana semua perwakilan yang penulis temui sangat teruja dan mesra menerima kehadiran kami berdua di acara BLO 2010

Bergambar bersama sahabat-sahabat basikal tua di hadapan Pusat Informasi KOSTI

Kehadiran Wawa di BLO 2010 mewakili negeri Melaka (KBTBB) dan Malaysia sentiasa disenangi oleh semua ontelis dan ontelista Indonesia

Penulis dan isteri juga berasa amat kagum dengan persediaan dan pengurusan acara untuk BLO 2010 di mana kalau di Malaysia acara-acara besar seperti ini diuruskan oleh pelbagai agensi Kerajaan dan Swasta tetapi di Bandung ianya diuruskan sendiri oleh Komuniti basikal tua dan disokong oleh beberapa syarikat seperti Gazelle, Syarikat Kereta api PERSERO, C59 (pembuat t-shirt), disamping KOSTI, Badan Narkotika Provinsi dan sebagainya. Penulis sempat mengirimkan SMS kepada Sdr. Sanim (NBT) yang berbunyi “Kalau kat Malaysia kalau kita kumpul 1 Malaysia punya Kelab Basikal pun belum tentu boleh buat mcm kat sini bro!”. Sdr. Sanim membalas dengan menulis “Apa taknya, kalau kat sini yang banyak cakap ramailah, yang buat kerja 1-2 orang jer. Mimpi jerlah bro”. 

Walau apapun rintangannya, tiada yang mustahil dilakukan. Penulis dan isteri yakin bahawa kita di Malaysia juga mampu untuk mengadakan acara-acara besar kalau dirancang teliti dan kalau kita sentiasa bersatu hati untuk mengejar impian. Bagi penulis banyak perkara yang harus kita pelajari dan kita contohi. Paling asas ialah semangat. Kekuatan yang ada pada Komuniti basikal di Indonesia ialah semangat kental mereka mengatasi pelbagai kesukaran dan halangan. Kita di sini dianugerahkan limpahan sumber darisegi infrastruktur prasarana terbaik dan sumber kewangan disamping sokongan dari pelbagai agensi Kerajaan dan pihak swasta tetapi sejauh manakah kita telah cuba memanipulasi sumber-sumber tersebut untuk mengadakan acara-acara basikal tua di Malaysia? 

Penulis tidak melepaskan peluang mencari barang-barang basikal tua yang paling "rare" untuk koleksi peribadi

Pada acara BLO 2010 lebih 20 peniaga menjual pelbagai barangan basikal tua. Dari part yang kecil sehingga ke sebuah basikal yang complete

Namun paling penting bagi penulis ialah mencari "sahabat" basikal tua lebih penting daripada mencari "barang". Nilai persahabatan itu lebih tinggi nilainya. Penulis bersama Sdr. Ricky bertukar idea dan pengalaman

Pada acara BLO 2010 pesertanya ada yang sanggup berkayuh beratus kilometer beramai-ramai kerana kekurangan dana untuk menyewa kenderaan. Sebagai contoh ada yang berkayuh dari Jakarta ke Bandung. Mereka mengunakan sumber yang terbatas dengan sebaiknya untuk hadir ke acara dan sanggup tidur di tempat berlangsungnya acara walaupun kurang selesa. Mereka hadir kerana mahu bersilaturahim dan menjayakan acara yang dirancang. Setiap aktiviti yang disusun dan dilakukan akan menjadi tumpuan peserta termasuklah di dalam dewan dan di luar lapangan terbuka. Penulis juga sempat meninjau jual-jualan spare-part basikal tua yang ada di sekitar tempat acara. Tenyata masih banyak barang-barang yang boleh diperolehi seperti crank, rantai, pum, padel, saddle, handle-bar, rim, aksesori dan sebagainya yang masih asli buatan England. Pelbagai spare-part dari jenama-jenama basikal seperti Phillips, BSA, Hercules, Rudge, Humber, Raleigh, Rambler, dan sebagainya terhidang untuk dibeli, hanya sediakan dana yang mencukupi untuk dipinang dan terus dibawa pulang. 

Bagi sesetengah peserta, acara besar seperti ini digunakan untuk mencari pelbagai barang-barang basikal dan ada yang mencari koleksi basikal tua yang paling rare (sukar) ditemui dengan harga yang amat berpatutan. Tetapi bagi penulis ada agenda besar yang perlu diterjemahkan dengan jelas iaitu hubungan silaturahim 2 negara antara Indonesia dan Malaysia yang seharus dipereratkan dengan jalinan kerjasama dan sokongan 2 hala untuk melestarikan basikal tua ke seluruh Nusantara termasuk Malaysia. Penulis berasa amat bangga apabila diberi kesempatan untuk berucap di hadapan ribuan yang hadir untuk menyatakan mesej penting iaitu agar komuniti basikal tua di Nusantara boleh bersatu demi basikal tua tanpa mengenal batas sempadan negara. 

Pada paparan bahagian kedua penulis akan memfokuskan khusus mengenai acara kayuhan BLO 2010 dan kesan faedah daripada acara tersebut untuk kita bawa bahangnya ke Malaysia untuk manfaat dan faedah bersama. Pastikan anda kembali untuk mengikuti paparan seterusnya – Basikal Malaya

13 Responses

  1. best nye la..jika kita dapat berkumpul seperti mereka tanpa mengira umur,bangsa dan agama.
    hanya satu minat di dalam hati…basikal tua…

  2. wah…………………………..seronok nya kalau dapat berkayuh ramai2,apa apa pun GB turut gembira bila dapat melihat gambar2 dari seberang.kalau dapat kita semua dapat majukan dunia basikal(sepeda) di malaysia pula.MAJU Sepeda

  3. saya sangat bangga n apreciate sekali dg kehadiran serta bisa bertemu anda di BLO (selama ini cuma dengar dr alex) dgn basikal/onthel kita jalin brotherhood tanpa membedakan SARA or negara,SESAMA ONTHELIS ADALAH SAUDARA,smg suatu saat nanti negara lain bs menyusul,utk di adakan TEMU ONTHELIS ASEAN,salam persaudaraan dr AREK SUROBOYO sampe jumpa di lain kesempatan.

  4. Meriah! Sungguh Meriah! Bila lagi kita nak buat acara sedemikian. Bergabunglah demi memajukan hobi yang satu.

  5. Terima kasih kepada BM yang tlah ikut berpartisipasi dlm vent BLo 2010 di bandung 30 jan lalu,semoga ini menjadi awal hubungan yg lebih erat antar 2 ngara. Buat rakan2 basikal malaysia jom dtg sini kami menyambut dgn tangan terbukam

  6. Terima kasih kepada BM yang tlah ikut berpartisipasi dlm vent BLo 2010 di bandung 30 jan lalu,semoga ini menjadi awal hubungan yg lebih erat antar 2 ngara. Buat rakan2 basikal malaysia jom dtg sini kami menyambut dgn tangan terbuka

  7. Betul sekali abang penulis yang dikarenakan kita semua berkumpul untuk tetap melestarikan basikel tua yang hampir hilang di jalan raya .kita tetap mendukung ikut serta dalam upaya menjaga agar sepeda tua tetap bisa di gunakan dan di kayuh di setiap saat.kita juga tau bersepeda mampu meningkatkan fungsi kerja jantung, paru-paru,menurunkan gula darah dan tekanan darah. Bersepeda terutama dapat melatih otot kerja lower body atau otot bagian bawahseperti kaki, betis, dan juga paha.bersepeda mampu membakar lemak, menurunkan berat badan, melatih otot gerak tubuh agar lebih lentur dan lebih fleksibel.dan yang terpenting di sini adalah kita senantiasa bersatu hati untuk mengejar impian.

  8. terima kasih kepada saudara penulis yang telah hadir di BLO, semoga untuk event-event mendatang bisa datang kembali…amien..

  9. Maaantaap…

    pengalamannya bs jd sebuah biografi dan juga sebuah buku x y…

    di tunggu kehadirannya acr2 berikutnya…y

  10. Tahniah Bro Iwan dan isteri.
    Wah ko kat sana dah mcm Jeneral eks. Siap main pistol-pistolan lagi. Walau bagaimana pun pastinya cukup seronok ko kat sana. Hanya ornag yang melaluinya dapat merasai nikmat dan rasa teruja ynag amat sangat.

    Event mei nanti KSTJB sedia membantu sekiranya khidmat kami diperlukan. Kita di Malaysia memang dan boleh melakukan sepertimana mereka di Indonesia. Asalkan semua pemilik sepeda di sini bergabung tenaga. InsyaAllah.

  11. hehehehehehe….mantab

    sayang perjumpaan kita ga berlangsung lama,
    nex time kita bisa berbincang2 seputar sepeda, sambil makan pisang goreng dan segelas kopi luak nan segar,,
    semoga,,,

  12. Fahmi@Momie,
    Memang benar Fahmi…kita juga mampu melakukan TETAPI kita harus bersedia berubah darisegi mental & pemikiran. Basikal tua di Malaysia harus “sihat” dan “bebas” dari kepentingan individu yang bersifat personal dan negatif. Bagi saya kalau semua “ber1” kita mampu bergabung untuk acara yang besar di Malaysia. Usaha perlu digembleng…justeru kita harus melakukan sesuatu dan tidak hanya menjadi pemerhati dan pengkritik.

    Mr. GB,
    Kita juga sedang dalam transisi ke arah memajukan hobi basikal tua di Malaysia. Alhamdulillah hasilnya sudah mula terlihat. Fokusnya sekarang ialah untuk mengerakkan dan memberi hala-tuju baru untuk hobi basikal ini. Kalau dahulu hobi basikal tua bersifat statik iaitu hanya sebagai bahan koleksi peribadi TETAPI kini basikal tua harus dipaparkan sebagai hobi yang sihat, berfaedah, berpengaruh, dan universal. Salute buat Mr. GB yang meletakkan martabat basikal tua setanding dengan kemampuan basikal moden (baju ketat) menjelajah seluruh Semenanjung.

    Pak Dedy (DEDY PASKAS KOSTI JATIM),
    Saya amat setuju bahawa semua ontelis adalah bersaudara. Demi sepeda ontel kita bisa bersatu dan united menjayakan acara BLO 2010. Saya juga amat senang dan gembira bertemu kamu dan sahabat-sahabat ontelis seluruh Indonesia. Saya juga yakin satu hari nanti kita bisa mengadakan pertemuan dengan adanya acara ontel di peringkat ASEAN. Ternyata sepeda mampu membawa UNITY kepada pencinta dan peminatnya. Kami juga mengalu-alukan kedatangan kamu untuk merasai pengalaman mengontel di Malaysia.

    Sanim NBT,
    Itulah misi utama kita bro…ber1 untuk melestarikan basikal tua. Pastinya cabaran dan rintangan harus ditempuhi satu persatu. Kitalah generasi baru itu, kita generasi muda yang mampu membuat perubahan itu. Ramai yang sudah terkandas dan gagal tetapi Alhamdulillah kita sudah buktikannya bro dan kita akan terus berdiri berjuang.

    Alex,
    Apa pun kami tunggu rombongan KOSTI kamu ke Malaysia dahulu dan kami akan menyusul dengan rombongan ontelis Malaysia pada hujung tahun (Ogos) sempena acara terbesar kamu. Terima kasih atas jasa baik kamu bro.

    Pak Chandra,
    Saya juga berharap agar sepeda tua akan terus kekal menjadi warisan kita sehingga ke anak cucu. Demi sepeda tua kita juga mempunyai misi dan matlamat yang sama tanpa mengira umur, pangkat, darjat dan sempadan negara. Hobi ini sudah universal dan bersifat unity. Terima kasih di atas budi baik Pak Chandra sekeluarga, hanya Allah s.w.t sahaja yang akan membalasnya.

    Orang Pinggiran,
    Terima kasih OP (Orang Pinggiran)…Insyaallah kita pasti akan ketemu lagi pada acara yang seterusnya. Saya akan tunggu kamu di Malaysia untuk kita sama-sama mengontel di bumi Malacca bersama Kelab Basikal Tua Batu Berendam, Melaka. Saya senang sekali bertemu kamu di BLO 2010.

    Muhdie,
    Memang mantap acara BLO 2010! Yaa… Insyaallah kalau punya waktu/masa saya bisa menulis buku tentang pengalaman mengontel di Indonesia. Moga kita bisa ketemu lagi di acara yang akan datang samada di Indonesia mahupun di Malaysia.

    Mofti KSTJB,
    Terima kasih atas sokongan dan komentar anda. Kehadiran kami ke BLO 2010 adalah untuk mempereratkan hubungan antara ontelis Malaysia dan Indonesia. Ia juga sebagai tanda persahabatan dan sokongan dari Malaysia untuk kita bersama-sama bersatu dlm acara yang bakal dirancang untuk kayuhan antara 2 negara nanti. Saya sangat berbesar hati sekiranya KSTJB dapat membantu dan memberikan bantuan/pertolongan untuk kita berganding bahu melaksanakan acara tersebut. Malaysia boleh!

    Godam,
    Alhamdulillah akhirnya kita ketemu di Bandung bro. Walaupun pertemuan yang singkat namun anggaplah ia merupakan 1 permulaan persahabatan antara kita. Insyaallah aku akan kembali ke Indonesia dan kali ini nanti aku akan bersama kamu untuk makan pisang goreng dan minum kopi luak…kamu juga aku ingin jemput ke Malaysia untuk merasa Teh Tarik dan Roti Canai. Keep in touch bro!

  13. ribuan sepeda, ribuan senyum bahagia, ribuan persahabatan terjalin di BLO. saya sapedauntopadang hanya bisa bersilahturahmi melalui blog ini. salam untuk kawan-kawan semua..
    salam untuk saudara ikhwan admin basikal malaya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: