Basikal tua terus lestari & relevan untuk mewarnai tahun 2010


Basikal tua terus lestari & relevan untuk mewarnai tahun 2010

Alhamdulillah kita sudahpun berada di tahun 2010. Melihat kepada perkembangan terkini basikal tua di Malaysia penulis masih lagi optimistik untuk melihat hobi basikal tua ini terus lestari dan diminati pada tahun 2010. Walaupun penulis dapat merasakan bahang basikal tua sudah hampir “sejuk”…mungkin kerana cuti sekolah yang panjang, musim hujan, pemulaan persekolahan, dan sebagainya, namun itu semua hanyalah senario yang bersifat sementara. Penulis sendiri hampir-hampir dihimpit kesibukan tugasan (kerja) kerana perlu menyiapkan perancangan dan sasaran untuk dicapai pada 2010 di pejabat. Demi cinta kepada hobi ini penulis berjaya juga meng”update” blog BM akhirnya.

Pada entry kali ini, penulis ingin berkongsikan kemeriahan dan kegembiraan sewaktu malam sambutan tahun baru 2010 bersama Ketua Menteri Melaka iaitu Datuk Ali Rustam. Untuk makluman semua, kayuhan pada malam itu sebenarnya disertai lebih kurang 500 peserta dan bukannya 200 seperti yang dilaporkan media. KBTBB pula turun bersama 65 orang peserta menaiki basikal tua dan lengkap memakai pakaian ala-ala 50-60an. Penulis juga berkesempatan bertemu dan berkenal-rapat dengan beberapa pemimpin Kerajaan Negeri Melaka pada malam tersebut. Ternyata foto-foto yang diambil pada malam tersebut akan menceritakan segala-galanya. Inilah permulaan perjalanan (journey) tahun 2010… – BM.

Datuk Ali Rustam mengetuai Acara Kayuhan sambutan tahun baru 2010 diiringi oleh Exco Kerajaan dan Ahli-ahli KBTBB

Anne Acasia bersama ahli-ahli berbasikal melambai orang ramai yang melihat di kiri-kanan jalanraya

AJK KBTBB yang bertungkus-lumus menyiapkan "presentation" untuk Upacara Penyerahan Basikal Tua untuk DAR

Penulis (kiri) bersama Penaung KBTBB, En. Zul (tengah) bertukar-tukar pandangan bersama CEO Menara Taming Sari, En. Nazari Ahmad (kanan)

Kehadiran ribuan orang menyaksikan Basikal Tua dan sambutan tahun baru di Dataran Taming Sari, Melaka

Penulis dan Sdr. Sanim (KOTR) bersama-sama menyaksikan pertunjukkan bunga api di Dataran Taming Sari

Kehadiran banyak pihak Media yang ingin mendapatkan maklumat dan berita

Berkesempatan bertemu Timbalan SUK Kerajaan iaitu Datuk Zainal (Dari kiri Radzuwan, Datuk Zainal & penulis)

Datuk Ali Rustam dan VVIP bertemu dan beramah-mesra bersama ahli-ahli KBTBB selepas selesai acara kayuhan

Datuk Ali Rustam dikerumuni Wartawan dan Media selepas selesai acara sambutan tahun baru

Penulis bertemu Datuk Ali Rustam selesai acara kayuhan

Anne Acasia juga tidak melepaskan peluang bergambar bersama Datuk Ali Rustam

Penulis bersama sahabat-sahabat basikal tua (dari kiri penulis, Sdr. Halim, Sdr. Sanim, Mr. GB, Sdr. Fadhil, Sdr. Roy, Sdr. Khalid dan kwn En. Zul)

Sempat bergambar (dari kiri Sdr. Khalid, Sdr. Hairi@Kelvin, Otai Che Mek, Sdr. Hafiz, Sdr. Roy, Wawa, Tok Penghulu, Sdr. Jebat dan Brader Macho)

BSA Lipat milik orang Melaka paling NOS & Mint yang sering menjadi tumpuan

Deretan basikal tua dari bumi Malaya juga tidak kurang unik dan hebatnya

Sebelum pulang, semua geng basikal tua singgah minum teh tarik dan makan roti canai yang ditaja oleh Penaung KBTBB (En. Zul)

8 Responses

  1. Memang best kayuhan pada malam tu. Lenguh lutut dibuatnya. Tapi tak mengapa minat punya pasal.

  2. sanim : mana gambar kau tak nampak plak

  3. Assalammualaikum Bro.
    Diawali dengan Bismillah. Tahniah antara ungkapan awalan dari kami dikstjb. Pasti dan semestinya KBTBB serta BM akan terus membuat pembaharuan dan terus berani melakukan sesuatu yang Baharu.
    Tahniah sekali lagi. Dan diakhiri dengan Alhamdulillah.

  4. haahaha baru best tengok gambar belom kayuh lagi…..rugi oooobukan senang nak kayuh dengan orang besar2 nie.

  5. maju terus basikal tua kita dari negeri sebrang turut senang dengan adanya acara seperti ini.hidup Ontelis.

  6. Sebuah acara yang hebat………

    Hayooo……Onthelis Malaysia,kita jumpa lagi di Kerawang setelah kemarin lalu bertemu di Bandung.

    Salam kenal.

  7. syok betul … teringin berkayuh dgn ahli kbtbb..
    jika tiada aral melintang kita akan berjumpa di putrajaya nanti.. insyaallah

  8. Bismillah Insyaallah SEPOK Kalimantan Barat ingin turut juge bekayuh bersame tuan2 n puan2 KBTBB the best

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: