Selamat Tinggal 2009… Selamat Datang 2010


Selamat tinggal tahun 2009 ... Selamat datang tahun 2010

Masa begitu pantas meninggalkan kita, berdepan tahun 2010 yang kian mencabar penulis dan isteri telah memulakan azam dan misi untuk membawa basikal tua ke peringkat seterusnya. Sambutan acara tahun baru 2010 bersama Ketua Menteri Melaka dan KBTBB di Dataran Taming Sari, Melaka pada malam 31hb Disember 2009 menjadi titik tolak meneruskan kesinambungan dan konsistansi (consistance) melestarikan basikal tua di Malaysia. Bagi blog Basikal Malaya tahun 2009 merupakan tahun penuh warna-warni dan signifikan apabila aktiviti-aktiviti dan program-program yang dirancang penulis bersama KBTBB terlaksana dengan jayanya dari awal sehingga hujung tahun 2009.
   

Semua itu tidak datang dengan mudah tanpa usaha, kegigihan, kerja keras, dan pengorbanan dari semua pihak yang setia menyokong hobi basikal tua di Malaysia terutamanya daripada sahabat-sahabat yang benar-benar “passionate”, jujur dan ikhlas membantu melestarikan hobi unik ini. Walaupun masih ada segelintir manusia yang masih bersikap prejudis, sinikal, skeptikal, dan berasa tersaing (dengki) dengan apa yang telah dilakukan penulis namun itu tidak menjadi halangan kerana komuniti basikal tua di Malaysia telah terdidik, berpengetahuan, berilmu dan pandai menilai antara intan dan kaca. Mereka menilai “track record” dan apa yang telah dilakukan untuk basikal tua selama ini. Dunia sudah berubah justeru kita semua seharusnya bersedia BERUBAH dan BERANI membuat PERUBAHAN dan PEMBAHARUAN.

2010 Tahun Harimau - Berbekalkan semangat dan keberanian yang tinggi Basikal Malaya akan terus berjuang

Harapan penulis pada 2010 ialah untuk melihat lebih banyak penglibatan generasi muda, peminat/pencinta (individu) dan kelab-kelab basikal tua serta semua pihak di Malaysia berganding bahu untuk melestarikan basikal tua dengan membina kekuatan rangkaian (networking) basikal tua di peringkat Nasional dan Antarabangsa. Dengan adanya penganjuran pelbagai program/acara penulis yakin kita mampu membawa dan menterjemahkan hasrat dan impian menyatukan masyarakat (kempen 1Malaysia) di semua peringkat dengan hobi basikal tua. Basikal Malaya (penulis) berkeyakinan tinggi bahawa komuniti basikal tua di Malaysia sudah mampu melakukan PERUBAHAN dan PEMBAHARUAN itu.

Kunjungan dari sahabat-sahabat dari Indonesia baru-baru ini memberikan petanda baik untuk kita menyusun strategi dengan berkoleborasi (bekerjasama) untuk merancak dan menghidupkan kembali warisan bangsa yang kini hampir dilupakan. Pada sambutan tahun baru 2010 di Dataran Taming Sari, Melaka baru-baru ini penulis mendapat “respond” yang menggalakkan daripada orang ramai (masyarakat) dan pemimpin (exco-exco dan wakil rakyat) untuk menyertai acara kayuhan basikal tua di masa hadapan. Menurut KBTBB semua basikal tua yang ada di Batu Berendam telah habis di sewa untuk tujuan kayuhan pada malam tersebut. Rata-rata (masyarakat) tidak menyangka bahawa basikal tua yang terbiar berkarat dan buruk kini bertukar dengan kilauan, berkilat, klasik dan antik. Ternyata masyarakat sudah tertawan dan tertarik dengan basikal tua. Pastinya “gelombang tsunami” basikal tua akan melanda negara tidak lama lagi. Berbekalkan semangat HARIMAU MALAYA blog Basikal Malaya (BM) sudah bersiap sedia untuk menghadapinya. Sudahkah anda bersedia?
 
Selamat menyambut tahun baru 2010, semoga basikal tua terus hidop di bumi Malaya Merdeka! Pilihan ditangan anda…hanya orang-orang yang BERANI akan menyahut cabaran di tahun Harimau! – BM

3 Responses

  1. Tetap semangat bro…Jom kita rancang kayuhan antarabangsa…

  2. Jommmm…tiada yang mustahil bro. No pain…no gain. Kita semua telah buktikan dengan basikal/sepeda tua kita bisa mencetuskan revolusi dan transformasi.

    Tunggu kami di Jakarta hujung Januari untuk lawatan balas. Pasti kita bisa perincikan rencana kayuhan antarabangsa di sana nanti. TK kerana setia menyokong Basikal Malaya bro🙂

  3. Salam.. semoga hobi ini berterusan. Geng Port Klang akan senantiasa menyokong agar Basikal Tua akan terus menjadi minat buat generasi yg akan datang.. Tua bukan sebarang tua, tua….. lu pikir la sendiri !

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: