Simboliknya persahabatan demi basikal/sepeda tua


Penghargaan yang diterima daripada Komunitas Ontel Batavia (KOBA) khas untuk Basikal Malaya

Hidup ini pasti indah sekiranya mempunyai ramai sahabat yang sentiasa bersama-sama kita sewaktu suka mahupun duka. Bagi penulis nilai persahabatan sebenar boleh diterjemahkan melalui keikhlasan dan kejujuran, bukannya berpaksikan kepentingan tertentu dan nilai kebendaan. Sesuatu kebaikkan yang dilakukan oleh seseorang sahabat itu pula bukanlah didorong untuk mendapatkan balasan dan ganjaran semata-mata. Adakalanya perkara yang di anggap kecil boleh bertukar menjadi satu perkara paling simbolik yang akan terus diingat dan dikenang. Seorang sahabat yang sanggup terbang dari Indonesia ke bumi Malaysia semata-mata mahu bertemu sahabatnya bersama anak dan isterinya sudah cukup untuk menghuraikan sifat luhur dan keperibadiannya. Bukannya penulis mahu membangga-banggakan beliau tetapi itulah sifat dan “atitude” sahabat baik penulis yang bernama Ichwan Alex.

Penulis menerima penghargaan daripada Sdr. Alex yang mewakili KOSTI dan KOBA

Seorang lagi sahabat yang pastinya akan mengingati detik pertemuan beliau bersama Sdr. Alex ialah penulis blog Nostalgia Basikal Tua iaitu Sdr. Sanim. Penulis yakin dan pasti kehadiran Sdr. Alex ke Majlis Perkahwinan beliau (Sdr. Sanim) pada 5hb Disember 2009 yang lalu akan terus dikenang dan menjadi satu lagi perkara paling simbolik dalam hidupnya. Bagi sahabat-sahabat basikal tua yang lain pula terutamanya Sdr. Jebat, Abg. Alias, Mr. GB, Abg. Hamdan Chegu Shaari dan lain-lain sudah pasti akan mengingati Sdr. Alex sebagai sahabat basikal tua dari negeri seberang yang mudah didekati dan merendah diri serta tidak lokek ilmu. Bagi KBTBB pula kunjugan Sdr. Alex ke Melaka telah membuka lembaran baru persahabatan antara kedua-dua negara untuk terus melestarikan basikal tua melalui kerjasama dan kunjungan/lawatan di masa hadapan.

Tanda dan simbol persahabatan yang akan dikenang selama-lamanya

Ringkasnya, persahabatan yang terjalin itu semuanya adalah kerana basikal/sepeda tua. Kalau tidak kerana basikal tua, penulis dan blog ini tidak akan wujud. Kalau tidak kerana basikal tua, penulis tidak akan mengenali Sdr. Alex, Sdr. Sanim, Sdr. Jebat, Mr. GB, dan berpuluh-puluh lagi sahabat/blogger. Ada yang datang dari jauh, dari Utara dan Selatan untuk bersama-sama penulis dan KBTBB melestarikan basikal tua di Bandaraya Melaka. Mereka datang jauh, beribu, beratus dan berpuluh batu, mengorbankan masa dan tenaga semata-mata merealisasikan impian mereka untuk berkayuh basikal tua di Melaka. Begitulah simboliknya persahabatan kita semua demi basikal/sepeda tua. Semoga kita semua terus menjadi sahabat. Terima kasih buat semua sahabat BM, KBTBB, KOSTI dan KOBA atas sokongan anda selama ini – Hidoplah basikal tua di bumi Malaya Merdeka – BM.

Penulis berkayuh seiringan menemani Sdr. Alex sewaktu berkayuh ke Bandar Melaka

A Famosa menjadi saksi keutuhan dan keakraban semua ontelis demi sepeda

3 Blogger yang bersahabat akhirnya bertemu di Melaka kerana basikal tua

3 Responses

  1. “Penulis menerima penghargaan daripada Sdr. Alex yang mewakili KOSTI dan KOBA”
    Rupanya Bang Alex selaku petinggi KOSTI & KOBA juga sempat berinvestasi RM. Nasi Ayam di Malaya? Kapan bisnisnya “listing” di Betawi?🙂

    “Penulis berkayuh seiringan menemani Sdr. Alex sewaktu berkayuh ke Bandar Melaka”
    Nah kalau begini Bang Alex kelihatan gagah sebagai orang Bali mendampingi Penulis yang tambah makmur aja.🙂

    Ya semoga kita semua semakin akrab dan speda onthel tetap disayang dimana-mana. Amiin.

  2. Alhamdullillah bang Madi akhirnya turun gunung juga…sudah lama tidak terdengar beritanya. Itu kedai sebagai tempat meeting point rekan-rekan KBTBB pak…belum sempat investasi nih..he..he.

  3. Salam Bang Madi,

    Lama sungguh tidak mendengar khabar bapak. Bagaimana keluaraga di sana…harap2 semuanya sihat walafiat. Alex sudah ke Melaka…harap2 bapak juga bisa ke mari. Kami di sini sentiasa menunggu kedatangan bapak sekeluarga🙂

    Kalau di Malaysia Nasi Ayam antara makanan paling popular justeru ada dijual di mana2..begitu juga dengan Bakso, Nasi Padang, Sate, Masakan Sunda dan semua yang ada di Indonesia…semuanya ada dijual. Itulah uniknya kita hidup sebagai bangsa serumpun yang “berkongsi” bahasa, budaya, adat, makanan dan sebagainya. Tapi saya pasti di sana sukar untuk cari ROTI CANAI dan TEH TARIK🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: