Mewujudkan titik pemulaan persahabatan Malacca dan Batavia


Alex, Yuli (isterinya) dan Rea (anaknya) berkesempatan melawat KLCC di waktu malam

Kehadiran Sdr. Alex sekeluarga ke Malaysia untuk menghadiri Majlis Perkahwinan Sdr. Sanim (NBT) baru-baru ini telah memperatkan lagi hubungan persahabatan dua negara berjiran. Alex yang terbang menaiki pesawat dari bumi Batavia (Jakarta) disambut oleh penulis berasal dari Malacca (Melaka) dilapangan terbang LCCT pada 4hb Disember yang lalu. Kalau disorot kembali sejarah silam ternyata bumi Batavia dan bumi Malacca tidak jauh bezanya darisegi historical, atmosfera, dan budayanya. Sebelum dijajah sememangnya sudah adanya hubungan yang baik di antara Melaka dan seluruh dunia Melayu di Nusantara.

Penulis dari Malacca dan Sdr. Alex dari Batavia (Jakarta) bertemu untuk 1 matlamat dan misi

Ringkasnya bumi Melaka dan Batavia (Jakarta) pernah dijajah oleh penjajah yang sama iaitu Belanda (Dutch). Melaka dijajah Belanda (Dutch) setelah Portugis tewas/kalah untuk mempertahankan Melaka. Pada 14 Januari 1641 Melaka jatuh ke tangan Belanda (Dutch) dan telah dijajah selama 183 tahun (1641 – 1824) sebelum Inggeris datang menakluk  Melaka pada tahun 1825. Penulis yang pernah berkunjung ke Batavia (Jakarta) merasakan adanya titik persamaan darisegi historical, atmosfera, dan budayanya untuk dikongsi dan dilestarikan, apatah lagi perjuangan memertabatkan basikal tua ini ada hubung-kaitnya dengan nostalgia silam dan sejarah.

Di sana itu letaknya A Famosa (Kota yang Termasyur) di bina pada tahun 1511

Walaupun kunjungan Sdr. Alex sekeluarga ke Malaysia amat singkat namun beliau berkesempatan di bawa melawat dan merasai pengalaman berkayuh basikal di Melaka. Bayangkan selama 4 hari 3 malam di sini, jadual lawatan Sdr. Alex begitu padat sehinggakan pada hari terakhir pun masih ada agenda dan aktiviti untuknya. Sungguhpun begitu penulis yakin dan pasti Sdr. Alex akan kembali ke Malaysia untuk sessi kunjungan keduanya tidak lama lagi. Bagi penulis pula sudah pasti selepas ini penulis dan isteri serta sahabat-sahabat di KBTBB akan menyusul ke bumi Batavia untuk kunjungan balas pula.

Merenung masa depan dan nasib basikal/sepeda tua di Nusantara...ke manakah akhirnya?

Sdr. Alex yang memiliki semangat setia kawan yang tinggi sememang sangat secocok dengan namanya iaitu Ichwan Alex Setiawan. Beliau yang penulis kenali merupakan seorang “mentor”, sahabat,  dan saudara yang sentiasa memberikan nasihat dan pandangan beliau mengenai basikal tua dengan komentar-komentarnya di blog-blog basikal/sepeda di Nusantara. Ternyata semangat itu diterjemahkan dengan jujur apabila berpeluang bertemu dan bersua muka dengan beliau. Tidak sia-sia penulis mengenali beliau melalui blog sepedanya Wiwinaked (Wira-wiri naik sepeda).

Meluangkan masa untuk bertukar-tukar pendapat dan idea bersama pemimpin tertinggi KBTBB

Penulis begitu optimis dengan komuniti (komunitas) yang ada di Indonesia kerana kehadiran Sdr. Alex di Malaysia telah memberikan signal dan gambaran awal bahawa dengan basikal/sepeda tua semangat persahabatan dan persaudaraan mampu/bisa terjalin antara ke dua-dua negara. Penulis dapat merasakan bahawa tanggapan skeptikal dan sterotaip dapat dikikis dan dileburkan dengan adanya usaha-sama dan event-event kayuhan antara ke dua negara. Kerana basikal/sepeda Sdr. Alex ke sini dan tidak mustahil kerana basikal/sepeda kita semua pula ke sana. Saranan penulis kepada semua pembaca blog BM…kalau tidak kita semua yang akan memulakannya…siapa lagi? Jangan asyik berangan dan bermimpi…Ayuh kita lakukan apa yang sepatutnya. Kita buka lembaran baru dan mulakan persahabatan basikal/sepeda tua untuk keamanan dan kemakmuran sejagat. Hidoplah basikal tua di bumi Malaya dan Indonesia Merdeka! – Basikal Malaya

2 Responses

  1. alamak………………… itu basikal guna lampu minyak lah………macam serupa GB punya lah hahahh

  2. Bung Ichwan,

    Kapan jalan-jalan ke Betawi lagi bersama keluarga? Liburan akhir tahun ini cukup panjang, sejak 24 Des 2009 s/d 3 Jan 2010. Sampai jumpa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: