Majlis Perkahwinan Sdr. Sanim (KOTR) berlangsung penuh ceria & meriah


Sdr. Alex akhirnya bertemu Sdr. Sanim di Majlis Perkahwinannya di Melaka

Sdr. Alex akhirnya bertemu Sdr. Sanim di Majlis Perkahwinannya di Melaka

Melaka – Sabtu 5hb Disember 2009 Penulis blog Nostalgia Basikal Tua iaitu Sdr. Sanim telahpun selamat diijabkabulkan dengan pasangannya iaitu Siti Aishah Baijuri di Semabok, Melaka. Majlis perkahwinan yang bertemakan warna merah hati dan perak pilihan dari pasangan pengantin ini telah berlangsung penuh ceria dan meriah. Majlis yang dihadiri oleh ahli keluarga dan sahabat terdekat dari kedua-dua pengantin ini telah merapatkan hubungan silaturahim bukan sahaja dikalangan ahli keluarga tetapi sahabat basikal tua (sepeda). Demi sahabat basikal tua (sepeda) Sdr. Alex sekeluarga bersama isterinya Yuli dan anaknya Rea terbang ke Malaysia untuk menghadiri Majlis penuh signifikan ini.
Sdr. Alex diiringi penulis dan isteri sepanjang lawatannya ke Melaka

Sdr. Alex diiringi penulis dan isteri sepanjang lawatannya ke Melaka

Kehadiran Sdr. Alex yang menjadi tetamu khas kepada Sdr. Sanim dan KBTBB ini telah disambut penulis (BM) dan isteri (Wawa) pada petang Jumaat dan telah di bawa menginap di sebuah resort di Port Dickson. Sdr. Alex yang merupakan blogger Wiwinaked (Wira-wiri Naik Sepeda) dan orang kuat KOSTI (Komunitas Sepeda Tua Indonesia) dan KOBA (Komunitas Ontel Batavia) ini sememangnya sudah lama menyatakan hasrat untuk datang ke Malaysia. Alhamdulillah akhirnya kerana basikal tua dan sahabat basikal tua beliau berada di Malaysia untuk melihat dan merasai budaya/adat serta melihat sendiri perkembangan basikal tua di tanahair kita. 

Bersama sahabat sejati (dari kiri penulis, Sanim, Alex, Pak Hassan, Jebat, Abg Lias dan Taufik)

Bersama sahabat sejati (dari kiri penulis, Sanim, Alex, Pak Hassan, Jebat, Abg Lias dan Taufik)

Walaupun kali pertama bertemu sahabat-sahabat basikal tua di Malaysia, Sdr. Alex menyatakan kepada penulis bahawa keramahan dan kemesraan yang ditunjukkan mereka itu dapat dirasai seperti telah lama mengenali mereka. Sebelum menuju ke rumah pengantin penulis sempat membawa Sdr. Alex singgah di pengkalan KBTBB di Melaka dan melihat sendiri bengkel dan pengkalan operasi KBTBB. Turut hadir memeriahkan Majlis Perkahwinan Sdr. Sanim ialah Ajid dari KSTJB, Taufik dari Johol N.S., Jebat, Abg Lias, Pak Hassan, Chegu Sahaari, Ahli-ahli KBTBB serta ramai lagi yang penulis tak sempat temui kerana ada yang dah pulang. 

Sdr. Sanim bersama pasangannya Puan Siti Aishah besiap sedia untuk diarak

Sdr. Sanim bersama pasangannya Puan Siti Aishah bersiap sedia untuk diarak

Ternyata Sdr. Sanim lah yang paling gembira bersama pasangannya ketika diarak dan dikompang dihadapan para tetamu yang hadir. Usikkan paluan kompang “potong…potong…potong” menghiburkan semua yang hadir. Manakala Sdr. Alex pula disajikan dengan makanan kenduri dan diberi layanan untuk makan di meja pengantin bersama sahabat-sahabat basikal tua yang lain iaitu penulis, Ajid, Taufik, Jebat, Abg Lias dan lain-lain. Di meja pengantin Sdr. Sanim telah menjadi “mangsa” usikkan sahabat-sahabat sewaktu Majlis Makan Pengantin. Kini Sdr. Sanim tak perlu risau lagi kerana sudah ada “orang baru” yang menjaganya dan pasti selepas ini beliau akan selalu turun ke Melaka untuk “berkayuh” bersama isterinya dan KBTBB. 

Sdr. Sanim & isteri di atas pelamin - Selamat Pengantin Baru - Semoga kekal ke akhir hayat

Sdr. Sanim & isteri di atas pelamin - Selamat Pengantin Baru - Semoga kekal ke akhir hayat

Akhirnya naik juga Sdr. Sanim ke pelamin Pengantin dan kami sahabat-sahabat dan juga blog Basikal Malaya ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru Semoga Kekal ke Akhir Hayat kepada Sdr. Sanim dan isteri. Harap-harap lepas nie mudah dapat “lesen kebenaran” bila ada acara kayuhan – BM 

Kepada semua peminat blog BM nantikan paparan yang lebih menarik bersama Sdr. Alex (KOSTI dan KOBA) dari Indonesia sewaktu sessi lawatannya ke Malaysia. 

10 Responses

  1. salam……..abg sanim…selamat pengantin baru hingga ke akhir hayat daripada haziq

  2. Di haturkan terima kasih sangat kepada rekan2 KBTBB Batu berendam atas sambutan hangat dan kekeluargaannya sehingga saya tdk merasa jauh dari rumah.

    Thanks juga buat sdr.BM, wawa dan Sanim atas kebaikan kalian, rasa persaudaraan dan rasa kecintaan basikal tua lah saya bisa sampai di Malaka. Mudah2an ini langkah awal dalam membina hubungan yg lebih erat antar onthelis Indonesia dan malaysia.

    Sanim @ : Selamat bro akhirnya km tidak bujang lagi.he..he

    @Mr. GB : Terima kasih atas joke2 nya n saya tunggu kau kayuh disini.

    @BM.:

  3. Adik HaziQ : Terima kasih ya sudah ikut berkayuh bersama. salam untuk ayah dan ibu ya…

  4. Salam khas buat Adik Haziq dan Alex,

    Alex : Terima kasih atas kunjungan km ke Malaysia…hingga hari ini sahabat2 di KBTBB masih bercerita tentang km bro. Mereka juga amat senang dan bangga kerana km sudi berkayuh dan bertukar pendapat dan pandangan bersama mereka. Sanim mungkin akan ke rumah aku mlm nanti bersama isterinya. Sampaikan salam aku & wawa buat isteri km Yuli…dan kami sudah mula rindukan Rea…aduhhh.

    Haziq: Abg Alex ada ambik byk gambar Haziq dan Hazim masa di Melaka nanti Abg Ikhwan emailkan atau poskan gambar tuu…next event mesti datang tau…hanya di KBTBB menawarkan “Basikal Tua…Warisan Generasi Muda”….see yaaa little brother…kirim salam kat ayah dan emak di kedai.

  5. terima kasih laexs,saya pun sangat senang kedatangan kamu ke malaysia.saya rasa macam sudah lama kenal sama kamu. kita semua sama,sama kerana sepeda kan…. jika tidak kerana sepeda mana mungkin kamu jumpa kami kan……….HIDUP SEPEDA SEPANJANG HAYAT….

  6. uncle iwan.insyallah kami akan pergi ke event kbtbb lagi…..nnti kirim salam kat untie wawa ye…..

    uncle alex.terima kasih atas pemberian ketayap itu ya……insyallah kami akan pergi ke jakarta nnti….nnti salam untuk adk ria ya dan untie yuli

  7. Salam untuk semua.
    Pertama tahniah buat KOTR Sanim. Semuga berkekalan hingga keakhir hayat, InsyaAllah. Aku juga yang belum ada jodoh (ada saja urusan) untuk bertemua dan berkayuh dgn kalian lagi.

    Buat sdr.Alex tahniah dan syabas kerana sudi datang ke Malaysia khususnya ke KBTBB. Kerana sepeda menemukan dua Negara. Pastinya gempak saat di Melaka.

    Tahniah dan SELAMAT PENGANTIN BARU. “kayuh jangan tak kayuh”🙂

  8. Salam buat semua,

    Pertama kalinya saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang menghadiri majlis perkhawinan sebelah pihak perempuan di semabok melaka.

    Keduanya bagi yang tidak dapat hadir di melaka saya mengundang semua yang mengenali saya di majlis sebelah pihak lelaki pada hari sabtu ini 12/11/2009 bertempat di pekan chaah.

    Doakan moga kami kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

    Terima Kasih.

  9. sanim,

    tahniah, selamat mendirikan rumahtangga. semoga bahagia hingga ke akhir hayat & selamat sejahtera hendaknya…Amin

    kayuh basikal baru tur kuat-kuat sket…huhu

    sorry tak dapat hadir, nanti gua pos hadiah..

    el

  10. selamat atas perkawinan sdr sanim dan siti aisyah semoga Allah S.W.T senantiasa membimbingnya menjadi keluarga yang sakinah mawadah dan warohmah,
    Saya tanggal 4 desember 2009 ada di kuala lumpur sepulang dari haji via bahrain (gulfair) tapi maaf tidak bisa hadir karena visa cuma untuk bermalam sehari. terimakasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: