Jemputan ke Majlis Perkahwinan Sdr. Sanim (KOTR) pada 5hb Disember 2009


Jemputan Khas ke Majlis Perkahwinan Sdr. Sanim (King of The Road) pada Sabtu, 5hb Disember 2009

Salam Hormat buat semua sahabat BM. Dikesempatan ini penulis ingin menjemput semua sahabat-sahabat yang mengenali penulis blog Nostalgia Basikal Tua (NBT) iaitu Sdr. Sanim (King of The Road – KOTR) untuk bersama-sama hadir memeriahkan Majlis Perkahwinan beliau pada Sabtu, 5hb Disember 2009 di Melaka. Beliau yang akan menamatkan zaman bujangnya akan menikahi seorang gadis ayu dan bersopan-santun yang berasal dari negeri Melaka yang bernama Siti Aishah. Alhamdulillah akhirnya Sdr. Sanim akan menjadi orang Melaka, penulis pasti selepas ini beliau akan terus bersama KBTBB membangun dan melestarikan basikal tua lebih progresif dan aktif di Melaka.

Majlis ini dijangkakan akan dihadiri oleh ramai sahabat-sahabat basikal tua dari seluruh tanahair termasuk dari negara tetangga iaitu Indonesia (Alex dari Wira-wiri Naik Sepeda). Sdr. Sanim yang berjuang melalui blog NBT telah banyak membantu melestarikan hobi basikal tua ini di Malaysia. Kewujudan blog NBT yang dipeloporinya telah menjadi ikutan ramai blogger yang ingin mendapatkan informasi dan pengetahuan serta rujukkan sehingga ke hari ini. Sebagai tanda persahabatan, penghormatan dan sokongan marilah kita beramai-ramai hadir ke Majlis Perkahwinan beliau yang akan berlangsung di 6478-C, KM 2.5 Jalan Semabok, 75050 Melaka.

Semoga dengan kehadiran kita semua akan terus mempereratkan silaturahim dan persahabatan untuk terus memacu dan melestarikan basikal tua ini ke seluruh  tanahair dan Nusantara.

“Selamat Pengantin Baru kepada Sdr. Sanim dan isteri (Aishah) semoga terus kekal bahagia sehingga ke akhir hayat”

Ikhlas daripada sahabat setia NBT
Ikhwan & Wawa (Basikal Malaya)

P E N G U M U M A N…P E N T I N G !

Bersempena  dengan Majlis Perkahwinan Sdr. Sanim dan kehadiran Sdr. Alex dari Jakarta ke Melaka. KBTBB dengan berbesar hati akan mengadakan 1 Acara Kayuhan pada hari Ahad pagi 6hb Disember 2009 sebagai hadiah kepada kedua-dua tetamu dan sahabat istimewa dan amat-amat berjasa ini. Maklumat lanjut sila layari blog KBTBB.

4 Responses

  1. Selamat ya bro….akhirnya masa lajang kau berakhir…semoga kelak menjadi keluarga yang sakinah mawadah ,warahmah…aminnn

  2. Tahniah Bro Sanim.
    Semuga berkekalan hingga ke akhir hayat. InsyaAllah.

  3. Abang mofti saya wakilkan ajid untuk jemput semua geng KSTJB yang kenali saya. Saya hantar kad jemputan pada dia untuk majlis di rumah saya di segamat.

  4. salam perrrrrrrrrr……..
    kayuhan kali nie best sangat……….cuaca pun cantik…..ramai kawan2 baru serta lama yang jauh dan dekat berjumpa atas nama basikal.kalau dapat BM teruskan aktiviti yg lebih panas……………

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: