Penemuan rim basikal 28″ garisan merah dan hitam (NOS) yang unik


Dunlop, BGH Lion dan Double Axe yang berjaya temui

Dunlop, BGH Lion dan Double Axe yang berjaya temui

Salam Ceria dan Sejahtera buat semua sahabat setia Basikal Malaya.
Bagai hilang kemarau setahun oleh hujan sehari rasanya apabila terlihat rim-rim yang masih disimpan oleh pemilik kedai basikal lama yang ditemui penulis pada hujung minggu yang lalu. Penulis yang dihubungi “tauke” kedai basikal yang terletak di lokasi “rahsia” ini meminta penulis datang ke kedainya dengan segera kerana menemui banyak rim-rim lama yang dahulu disimpan bapanya. Penulis tanpa membuang masa terus memandu ke lokasi berkenaan. Setibanya di sana penulis tidak menyangka pemilik kedai telah menemui rim lama jenis Dunlop garisan merah dan hitam serta rim Dunlop biasa ukuran 28″ stok lama yang masih belum digunakan – NOS (New Old Stock). 

Sebahagian penemuan rim line merah dan hitam

Sebahagian penemuan rim line merah dan hitam

Penulis ternyata tidak dapat menyembunyikan perasaan gembira kerana tidak menyangka akan menemui rim tersebut. Tauke bertanya kepada penulis “Encik…saya ada lagi ini macam punye rim…tapi bukan Dunlop tapi lain punya…mau kaaa?!”. Penulis menjawab “Rim apa ada….Tauke?!”. “Nanti aaaa…waa angkat kasi tunjuk sama luu…” jawab Tauke. Dipendekkan cerita… Tauke ke belakang stor lalu membawa keluar beberapa rim lama yang mempunyai garisan merah dan hitam di tengah-tengah. “Aduhhh…apek nie memang dahsyat!” kata penulis dalam hati setelah melihat beberapa pasang rim lama yang dikeluarkan dari simpanannya iaitu rim BGH Lion dan Double Axe disamping 2 jenis rim Dunlop ukuran 28″ (NOS).Setelah selesai negosiasi harga dengan Tauke kedai basikal, penulis bersetuju untuk membeli beberapa rim daripadanya bagi tujuan koleksi peribadi yang disimpan untuk tatapan generasi akan datang. Secara peribadi, penulis sebenarnya telah terpukau dengan kilauan dan keunikkan logo syarikat yang ditempa pada rim tersebut. Sebelum beredar pulang, Tauke kedai basikal tua tersebut menyatakan masih ada beberapa rim lama dari jenis lain yang masih lagi disimpan dan akan mencarinya untuk penulis pada kunjungan akan datang. 

Cop timbul BGH Lion yang unik dan mempersona

Cop timbul BGH Lion yang unik dan mempersona

Cop timbul "cap dua kapak" - Double Axe

Cop timbul "cap dua kapak" - Double Axe

Rim Dunlop garisan merah dan hitam

Rim Dunlop garisan merah dan hitam

Jesteru itu melalui paparan kali ini penulis ingin berkongsikan beberapa foto/gambar rim yang telah penulis temui hujung minggu lalu untuk dijadikan rujukkan dan perkongsian maklumat/info. Sehingga kini penulis masih lagi membuat kajian dan mendapatkan pelbagai info mengenai rim-rim tersebut. Sekiranya ada sahabat-sahabat yang mengetahui mengenai jenis-jenis rim yang dipaparkan, penulis mohon agar ianya dikongsikan bersama untuk rujukkan di masa hadapan.

Maklumat terkini-BGH Lion adalah sebuah syarikat basikal yang pernah beroperasi di Klang, Selangor pada zaman British di Tanah Melayu. Menurut maklumat seorang saksi – dahulu memang ada basikal jenis BGH Lion dan Double Axe di Tanah Melayu. Apa pula pendapat dan pandangan anda?

13 Responses

  1. Cantik, mana lah ko jumpa rim-rim ni……. Ada jer lubuk2 baru kan. Aku jugak kat sini tak dapat apa2.

  2. Alhamdulillah…rim biasa-biasa jer bro… Kalau rajin cari pasti ketemu…lagi satu tips ialah kena berbaik-baik dengan “tauke-tauke” kedai basikal lama yang kita temui.

    Kadang2 diorang ada brg2 basikal tapi malas nak cari…bila selalu “follow-up” dan telefon mesti diorang carikkan. Apa pun kalau dah rezeki pasti tak ke mana…usaha dan usaha…pasti jumpa🙂

  3. Perrrrrr……..besaaaaaar puNyA!

    Wah bertambah lah koleksi….. mana boleh tahan nie….saya pun kena keluar kan koleksi basikal saya nie Union Jack lah. TunGgU………………..

  4. Heheee…besaaaarrrr punye…besar punyeeee.

    Begitulah bro…takde yang mustahil dalam dunia nie…walaupun baru main setahun hobi nie…Alhamdulillah ada jer rezeki datang bro.

    Tuu baru 2-3 jenis aku rasa ada lagie dia simpan…Insyaallah akan ada lagie rim pelik2 yang Tauke tu nak kluarkan….so hang pun tungguuuu juga aaaaa…

    Pehhh ada Union Jack yer…koleksi basikal terbaharu aku hang x tgk lagie…oopppsss maap nanti org kata nak “menunjuk2” pulak…so tungguuuu….macam2 ada.

  5. Mantab bro……Tahniah, ternyata masih banyak harta karun yang tersembunyi..

  6. Terima kasih bro Alex…iyaa kalau rajin mencari pasti banyak lagi harta karun yang ada di bumi Malaya ini bro. Ada beberapa lokasi telah dikenal-pasti sebagai tapak harta karun yang masih tidak terusik.

    Insyaallah Basikal Malaya akan mempergiatkan usaha eksplorasi untuk menghidu lokasi-lokasi tersimpannya banyak harta karun itu. Semua warga sepeda di Melaka sudah tidak sabar menunggu kedatangan kamu ke Malaysia bro.

  7. Union Jack tu berpeluh nak cari hoooooooo… kena pakai kebel TNB lagi nak dapat kan basikal tu… apa-apa pun simpankan rim tu sepasang… kita tukar/barter dgn barang ok BM.

  8. Salam besar punya…per…………r..r..r !!!!
    Minggu lepas saya ke loken sambil memimpin basikal tua saya, tiba tiba ada pulak seorang mat saleh tahan saya…dengan muka selamber dia tanya saya…”basikal nie nak di jual ke?” (dalam bahasa inggeris lah dia cakap. Saya jawap “Tidak…” mat saleh tu memang banyak tanya, puas nak jawap OOooo….payah sangat saya kata kat dia beri no fon awak dan saya akan hubungi.

    Sebaik aje sampai di rumah, mat saleh tu fon saya. Dia tanya ada basikal nak jual tak….. saya pun jawap “ADA..!”. Mat saleh tu pun datang tengok basikal tu di rumah saya… sehari suntuk saya baiki basikal yang nak dijual tu….puas jugak cari barang2. Masa mulanya tergagap macam burung gagak saya dibuatnya, apabila dgn mat saleh tu. Saya nie dahlah kantoi cakap Bahasa Inggeris…tanpa malu saya cakap aje ape yang tau, nasib baik lah mat saleh tu faham (garu kepala jugalah). BM ada masa kena ajar saya Bahasa Inggeris nie….

  9. Mr. GB yang dihormati…

    Tahniah di atas penemuan basikal tua jenama Union Jack yang sememangnya “spesis rare” dan tidak ramai yang berjaya memiliki basikal tersebut…jaga elok-elok yer…nanti saya mai sana ambik gambar…heheee.

    Basikal apa hang jual kat Mat Saleh tu bro? Tulah dulu masa kat sekolah time cikgu ajar Bahasa Inggeris hang main-main…kan dah susah…kalau hang boleh speaking mesti mcm2 dia nak…silap2 nak ikut hang kayuh basikal kat Melaka…takpe sekurang2nya hang dah ada kawan Mat Saleh…dia tinggal mana?

    Takpe nanti aku jadi “translater” utk hang nanti…FOC (Free of Charge)…

  10. BM…………
    union jack akan turun padang di putera jaya nanti,bro sanim nanti kita kasi hangat dengan lengkong hahahahaaaa

    BM…………
    rim BGH tu jangan lupa tau,kasi simpan hahaha saya nak oooooo

  11. salam kenal buat smua …salut dengan koleksinya yg NOS -NOS , itu …. saya suka banget dengan gambar ‘ sanim king of the road ‘ unik dan keren perihal perkawinanya . @ikhwan smoga besar dengan ontelis malaynya . @ sanim selamat menempuh hidup baru dengan aishah semoga lenggang sampai ahir hayat . salam .

  12. salam kenal sama bisikal malaka…kita dari jambi BTON……..
    kabar terbaru… banyak kawan di sisni mau lepas bisikal ato partnya…… ada humber hercules releig simplek………

  13. salam kenal. sy pun mengucapkan tahniah kepada temuan rim basikal tua tsb.sy onthelis — hobi basikal tua, punya beberapa jenama antaranya bsa, relaigh, humber, hercules dan staf — yang terakhir framenya dah sangat tua. bila tak keberatan, boleh tanya kat mana saya boleh jumpa rim baru yang encik temukan. o ya saya asal provinsi kepulauan bangka belitung (indonesia) setakat ni dang menuntut di universiti malaya (post graduate). o ya bole tak tanya, kat mana alamat pejabat petubuhan basikal malaya. saya duduk di peling jaya. mohon maklumat balas. tks

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: