Salam Ria & Ceria di Aidilfitri – ikhlas dari Basikal Malaya


Salam Ria dan Ceria di Aidilfitri khas buat sahabat-sahabat BM

Salam Ria dan Ceria di Aidilfitri khas buat sahabat-sahabat BM

Salam Ria dan Ceria di Aidilfitri buat semua sahabat-sahabat Basikal Malaya.
Alhamdulillah dan syukur kepada Allah S.W.T kerana kita bakal menyambut kedatangan Syawal hanya beberapa hari lagi. Semoga amalan kita di bulan Ramadhan mendapat keberkatan, keredhaan dan keampunan dariNya. Dikesempatan ini kami berdua (Ikhwan & Wawa) ingin mengucapkan Salam Ria dan Ceria di Aidilfitri buat semua kenalan & sahabat-sahabat basikal tua di seluruh Nusantara (Malaysia, Singapura & Indonesia). Semoga Syawal yang tiba nanti bakal memberikan kegembiraan & keceriaan buat semua. Kepada yang memandu – berhati-hati di jalan raya dan patuhi undangan-undang dan peraturan jalan raya. Akhir sekali buat semua sahabat-sahabat BM yang tidak pernah putus-putus memberikan sokongan dan nasihat, kami dengan rendah diri memohon Ampun & Maaf di atas segala kesilapan, kesalahan & kekurangan – Dengan Ingatan Tulus Ikhlas – Daripada Ikhwan (penulis) & Wawa (isteri). 

Amalan & Adab
Menyambut Aidilfitri
..

:: Perbanyakkan syukur kepada Allah s.w.t.

:: Bertakbir dari terbenam matahari sehingga waktu solat Aidilfitri

:: Mandi sunat Aidilfitri

:: Memakai secantik-cantik pakaian yang dimiliki

:: Bersarapan sebelum keluar solat

:: Bersolat sunat Aidilfitri

:: Solat di lapangan kecuali hari hujan

:: Pergi dan balik ke tempat solat mengikut jalan yang berbeza

:: Ziarah menziarahi

:: Bermaaf-maafan

:: Elakkan perkara yang melalaikan dan membazir

 ( Sumber : Mukhtasar Zad al-Ma’ad ) 

5 Responses

  1. salam aidil fitri…..

    hai baju raya tahun nie ke……….cantik..
    sempena hari yg mulia ini GB memohon maaf jika ada melakukan kesalahan…………………………………

    maaf zahir aje tau..
    maaf batin tak ade heheheeee

    budak comel nama nya maya,
    pusing kampung bawa pelita,
    besok lusa dah nak raya,
    mohon maaf yang di minta,

  2. Assallamuallaikum…

    Menyambut hari yang fitri perkenankanlah saya menghaturkan permohonan maaf yang sebesar-besarnya kepada rakan-rakan di Malaysia, Brunai, Indonesia dan khusus untuk Ikhwan dan Wawa jika ada silap kata maupun perbuatan yang kurang berkenan selama ini. Semoga amal ibadah kita selama bulan ramadhan ini di terima oleh ALLAH SWT…amiinnn

    “SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 1430 H”

    Thanks

    Wassallam…

  3. Assalammualaikum…..
    Salam Aidil Fitri Maaf zahir & batin.
    Saya sekeluarga juga mengucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada saudara berdua. Semuga Aidil Fitri kali ini membawa seribu kenangan manis dalam hidup kalian.

    Basikal lama basikal tua
    Makin tua makin bergaya
    Khusus kepada tuan berdua
    KSTJB ucapkan selamat hari raya

  4. betul kata Gb tur bro..
    baju raya baru tur memang cantek n bergaya + new hudson…very nice & klasik

    selamat hari raya from tronoh lad

  5. salam aidilfitri……
    saya,isteri dan anak-anak,mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada ikhwan dan wawa.
    mohon kemaafan sekira ada terkasar bahasa mahupun perbuatan tampa di sedari.Ribuan terima kaseh di atas bantuan yang di beri,
    SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: