Catatan perjalanan dari Batu Berendam ke Segamat demi sahabat basikal tua


Selamat Menyambut Kemerdekaan Negara yang ke-52

Selamat Menyambut Kemerdekaan Negara yang ke-52

Salam Kemerdekaan ke-52 khas buat peminat dan pengunjung serta sahabat BM. Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Penulis menerima panggilan minggu lepas dari Sdr. Sanim mengatakan bapanya kini sakit dan berada di Hospital Segamat. Atas dasar persahabatan penulis bersama Sdr. Jebat bergegas menuju ke Segamat untuk melawat bapa beliau pada hari Sabtu lepas (29hb Ogos 2009). Kebetulan pula pada hari itu penulis berada di Melaka dan ingin bertemu Sdr. Zul di Muar, justeru penulis mengajak Sdr. Jebat untuk menemani penulis ke sana.

Di Muar kami sempat menziarahi Sdr. Zul untuk menyampaikan sedikit ole-ole untuknya dan berkesempatan untuk menatap basikal BSA 28″ gentlemannya buat kali terakhir sebelum dibeli oleh seorang kolektor dari Gemenceh dengan harga RM3***.00 (Tiga ribu plus-plus). Ternyata Sdr. Jebatlah orang yang betul-betul menatap basikal tersebut sepuas-puasnya untuk dijadikan rujukan untuk basikal New Hudson (BSA) yang bakal dibangunkannya.

Perjalanan kami diteruskan ke Segamat melalui jalan menghala ke Paguh dan tidak sangka pula melalui Bukit Kepong. Bukit Kepong? Bukit Kepong kalau siapa-siapa yang tak tahu baik tak payah duduk kat Malaysia. Ringkasnya pada 23 Februari 1950 balai polis ini telah diserang oleh 180 orang komunis dan berjaya membunuh 17 anggota polis. Walaupun komunis berjaya membakar dan menewaskan anggota polis namun mereka telah diberikan tentangan hebat sehingga ketitisan darah terakhir oleh anggota polis di balai tersebut.

Disebalik tembok batu ini tersimpan sejarah pilu

Disebalik tembok batu ini tersimpan sejarah pilu

Moralnya banyak yang kita boleh rumuskan. Tragedi ini menceritakan soal maruah, perjuangan, dan semangat tinggi demi mempertahankan Negara. Kesempatan singgah di Balai Polis Bukit Kepong memberi sedikit keinsafan dan semangat untuk meneruskan perjuangan di dalam hobi ini. Selesai bergambar kami pun meneruskan perjalanan ke Chaah iaitu di kediaman rasmi KOTR (Sdr. Sanim).

Setibanya di Chaah pada petang itu, Sdr. Sanim sudah bersedia untuk membawa kami ke Hospital, Segamat untuk melawat bapanya. Tetapi sebelum itu —off record—(kami dah karaw apa yang patut heheee). Menurut Sdr. Sanim ada seorang sahabat betul-betul nak berjumpa penulis (maklumlah semenjak dah keluar Majalah 3 nie) untuk berkongsi pengalaman dan koleksinya. Beliau ialah Sdr. Hamdan dari Labis. Kali pertama bertemu beliau ialah semasa acara kayuhan 1Malaysia di Muar ketika beliau datang melawat acara tersebut.

Sebelumnya Sdr. Sanim pernah menceritakan kepada penulis mengenai beberapa sahabat-sahabatnya yang ramai “low-profile” tapi mempunyai koleksi-koleski yang tidak kurang hebatnya. Dikhabarkan di Segamat sahaja ada lebih 10 kolektor tegar. Kalau penulis banyak masa pada hari itu sudah pasti penulis akan dibawa bertemu dengan sahabat-sahabat yang lain.

Dipendekkan cerita kami terus ke Labis bertemu Sdr. Hamdan yang kebetulan baru sahaja penutup pintu Kedai Emasnya. Dari jauh penulis sudah ternampak Raleigh 28″ kunci tengkok di hadapan kedainya. Pastinya itu adalah antara koleksi yang disimpannya. Disebabkan kesuntukkan masa kami terus bergegas ke rumah Sdr. Hamdan untuk melihat basikal Robinhood berwarna hijau yang diperolehinya dalam keadaan asal (original) 6 tahun lalu.

Sdr. Hamdan bersama keluarganya yang meminati basikal tua

Sdr. Hamdan bersama keluarganya yang meminati basikal tua

Menurutnya disebabkan tidak ada aktiviti besar dan acara basikal tua di tempatnya maka koleksi-koleksi itu hanya disimpan di rumah. Ternyata pertemuan dengan sahabat baru dalam masa yang terbatas ini telah membuka satu lagi lembaran baru persahabatan antara Batu Berendam dan Segamat. Sdr. Hamdan sempat menghadiahkan anak pokok sakat sebagai kenang-kenangan kepada penulis. Terima kasih.

Bagus! Yang penting kondisinya original...orang panggil basikal tua jugak

Bagus! Yang penting kondisinya original...orang panggil basikal tua jugak

Terima kasih penulis ucapkan kepada Sdr. Hamdan kerana setia melayari blog Basikal Malaya dan blog Nostalgia Basikal Tua serta Basikal Melaka (KBTBB). Sebelum berpisah beliau sekeluarga meluahkan hasrat untuk turun berkayuh pada acara yang akan datang kepada kami.

Tepat 6:15 petang kami meninggalkan Pekan Labis dan menuju ke Hospital, Segamat. 15 minit kami sampai di sana. Di hospital kami sempat melihat keadaan bapa Sdr. Sanim yang sudah stabil dan menurut kakak Sanim bapaknya sudah beransur pulih. Alhamdulillah. Sebelum meninggalkan Sdr. Sanim di hospital, kami bertiga sempat berbuka puasa bersama-sama di Bandar Segamat sambil menikmati hidangan Ikan Siakap Kukus, Tom Yam, Udang Sambal, Kailan, dan Telur bungkus…aduhhhh…memamg best.

Sebelum berpisah kami bertiga sempat berbincang mengenai perkembangan basikal tua di Malaysia dan rancangan masa hadapan untuk membangunkan hobi ini dengan lebih berkesan lagi. Untuk berjaya di masa hadapan usaha dan tenaga harus digembeleng dari sekarang…idea-idea terbaharu harus diketengahkan agar hobi ini dapat diberi nafas dan imej baharu serta diterima oleh seluruh lapisan masyarakat – Semoga kita semua bebas dan Merdeka dari pemikiran sempit dan anggan-anggan kosong – Selamat Menyambut Kemerdekaan ke-52 – Mykyocera

Siapa lagi kalau bukan KOTR (Sdr. Sanim)

Siapa lagi kalau bukan KOTR (Sdr. Sanim)

17 Responses

  1. wawawaahh… banyak juga koleksi saudara hamdan. kepada saudara jebat tengok aje tau….. kalau ada basikal tua misti ada barang2 lain punya hahaha…….. kepada saudara sanim moto tu nak jual ke….

  2. Salam BM. Jauh perjalanan luas pemandangan, banyak barang dapat digenggam. Dapat pokok sakat, jgn kena sakat dek hantu robunhood udah le bro.

  3. Salam buat semua sahabat, Terima kasih tak terhingga di ucapkan kepada semua sahabat yang mendoakana agar kesihatan bapa semakin pulih. Terima kasih diucapkan kepada saudara Jebat, Ikhwan, Abang Hamdan, Abang Yatim kerana sudi meluangkan masa melawat bapa saya yang berada di hospital. Kalau tidak kerana basikal tua mungkin silaturahim yang terbina tidak begitu akrab.

    p/s : Tak lama lagi akan di tubuhkan (PECAL) apa tu. Tunggu aje kemunculannya. Bro nanti aku akan tunjukkan salah satu koleksi sahabat baik disini.

  4. Salam..

    Sanim, kau tak cerita kalau bapa kau sakit. sakit apa bro….bagaimana keadaan beliau sekarang?

    Ikhwan :

    Saya sangat salut dengan perjuangan kamu untuk memajukan hobby basikal tua disana, semoga spirit pejuang membuat km lebih bisa membesarkan dan mempererat silaturahim anatara peminat basikal disana.

    Jebat :

    Apa kabar bro..

  5. Mr. GB,
    Heheee…kalau basikal banyak..brg2 lain mesti banyak jugak bro. Vespa tu lupa nak tanya Sdr. Hamdan pulak…mana tau kot2 dia nk lego.

    Mofti,
    Betul tu bro…kalau selalu turun padang dan bertemu otai-otai lama pasti banyak tips-tips dan maklumat berguna dikongsi bersama. Kalau nasib baik dapatlah barang2 dagangan yang lebih. Tak dapat barang dapat pokok sakat pun dah syukur.

    Sanim,
    Harap2 kau bersabar dan tabah menghadapi dugaan ini. Tapi aku tgk kau mmg sayangkan ayah kau bro. Sibuk2 di hospital sempat jugak layan basikal…heheee…itu padel NH sudah dapat ka?

    Alex,
    Masih belum terlewat aku nak ucapkan “Selamat Berpuasa buat kamu sekeluarga di sana”. Aku patut berterima kasih kepada kamu dan Pak Bambang serta sahabat-sahabat di sana, kerana kalian juga menjadi pendorong dan pembakar semangat utk aku meneruskan usaha ini.

    Alhamdulillah dari hari ke hari aku bertemu sahabat baru dan ramai yang sudah terkena “virus” sepeda di sini bro. Ia bakal merebak seperti H1N1 buat masa terdekat nanti. Terima kasih bro.

    BTW – Berita terkini aku terima. Apa benar di Jakarta ada gempa bumi? Aku doakan semuanya selamat bro.

  6. salam semua, semoga diharapkan bapa en sanim bertambah sihat, insyallah.
    wah wah wah en BM sempat jgk singgah kedai mas tu ye.byk jgk koleksi basikal en hamdan tu ek.
    macamana singgah muzium di chaah tu.. ada ole-ole yg diberikan ke dr kurator muzium tuu..hehehehehe. tahniah en BM , jebat dan KOTR kerana telah dpt mengumpulkan lebih ramai kolektor2 tegar spt en hamdan ni. diharapkan hobi kita ni akan diangkat lebih tinggi lagi martabatnya..TQ

  7. Terima kasih kpd en.Ikhwan dan jebat kerana sudi singgah ke labis melihat koleksi basikal tua saya, walaupun masa begitu terhad..tapi moto vespa tu blom nak jual lagi le bro….heheee…

  8. salam dari GB….
    Maaf jika kehadiran comments nie sakit kan hati sesetengah insan.Saya harap tolong jawap dengan jujur.
    1.SALAH KE SAYA BERTANYA?
    2.SALAH KE BUKAN AHLI KOMUNITI BERTANYA
    TENTANG KOMUNITI KEPADA AHLI KOMUNITI SENDIRI?
    3.APA GUNA BLOG KALAU DAH ADA TEMPAT COMMENTS,TAPI TAK BOLEH KOMEN?
    4.JIKA KOMEN TU MENGATA ATAU MENCARUT SERTA MAKI HAMUN MUNGKING LAH BUAT ORANG PANAS.TETAPI IA KOMEN UNTUK BERTANYA SERTA MEMBERI PENDANGAN PUN ADA ORANG PANAS,KENAPA?
    5.ADA AHLI KOMUNITI SENDIRI YG PANAS PADA Mr GB KENAPA?
    6.JIKA YG TAK KENA DENGAN Mr GB CAKAP,TAK PERLU SAMPAI2 PADA ORANG LAIN?
    7.ADA AHLI KOMUNITI YG KATA PADA Mr GB KENAPA MASA JELAJAH TAK JUAL NAMA KELAB,SEDANG KAN MEREKA SENDIRI TAHU Mr GB JELAJAH SOLO.KENAPA AHLI TERSEBUT SAKIT HATI?
    8.Mr GB DI TANGGUNG PEHAK A,KEMANA KAH Mr GB PERGI JIKA ADA 2 PEHAK PANGGIL?
    Mr GB TAK AKAN BERTANYA JIKA Mr GB PANDAI MACAM ORG LAIN.JIKA ADA YG INGIN MEMPERTIKAIKAN TENTANG PENJELAJAHAN Mr GB SILA KAN.
    JAWAB SOALAN INI SERTA HANTAR KOMEN ANDA KE
    GBPENJELAJAH@GMAIL.COM

  9. Mr. GB,

    Mohon MAAF Mr. GB saya (blog BM) tak ada jawapannya. Mohon jasa baik blogger/admin yang terbabit menjawab soalan yang di utarakan dengan penuh rasa tanggungjawab dan jujur demi menjaga keharmonian “KOMUNITI” yang diperjuangkan.

    Dengan kewujudan banyak blog yang menyokong usaha “KOMUNITI” tersebut penulis pasti Mr. GB akan mendapat jawapannya – Mohon diselesaikan kekalutan dan kekaburan ini secepat mungkin supaya tidak mengelirukan lebih banyak pihak lagi – Mykyocera.

  10. saya hanya nak tahu klau sesuatu pertubuhan ada ketua ,,, saya rasa lebih baik tnya pada ketua atau pengerusi kelab itu sendiri.(batu berendam punya kelab siapa ketua? pd mr GB salam dari KL (geng)

  11. Sdr. Nizam,

    Ada baiknya diteliti soalan-soalan Mr. GB itu dahulu – baca dan fahami. Kalau ada kapasiti untuk meberikan jawapan adalah baik dijawab secara jujur dan ikhlas. Kalau dia tahu siapa ketua Kelab Komuniti dan AJK tu takkan lah dia bertanya? Betul tak? Tiba-tiba yang saya tahu dah ada wakil di setiap negeri…siapa yang melantik mereka-mereka ini? Siapa yang sokong perlantikkan itu?

    Sebagai contoh di Melaka, saya TIDAK rasa wakil-wakil yang dilantik itu mendapat sokongan dikalangan komuniti di sini. Kalau wakil komuniti pun TIDAK mampu menjawab soalan-soalan yang senang… macam mana nak menarik orang masuk ke dalam komuniti?.

    Untuk makluman Sdr. Nizam dan semua….AJK Kelab Basikal Tua Batu Berendam (KBTBB) seperti berikut :-

    Pengerusi – Sdr. Alias Omar
    Naib Pengerusi – Sdr. Izan
    Setiausaha I – Sdr. Jebat
    Setiausaha II – Sdr. Radzwan
    Bendahari – Pak Hassan
    AJK – Komunikasi & Media – Sdr. Ikhwan
    AJK – Keselamatan – Sdr. Fadhil
    AJK – Kesihatan & Kecemasan – Sdr. Samsir

    Soalan saya kepada pihak terbabit – Susah sangat ke soalan yang ditanyakan itu? Mengapa blogger-blogger dan admin yang terlibat menyepikan diri?

    p/s : Kalau Sdr. Nizam balik atau datang Melaka jemputlah datang ke Bengkel & Galeri KBTBB – Boleh datang dan lihat sendiri – dengar cakap orang tak best…kena datang sendiri tengok.

  12. Kepada Saudara Nizam geng KL

    Saudara Nizam, saya nak tanya pada siapa lagi tentang ketua atau ajk KOMUNITI kalau AHLI KOMUNITI SENDIRI PUN TAK TAU?. Buat pengetahuaan Saudara Nizam, KBTBB telah pun lampir kan senarai AJK mereka dalam BLOK bersama sama LOGO baru mereka walaupun kelab kecil tetapi mempunyai barisan AJK dan ahli-ahlinya yang berdaftar (lebih daripda 30 orang)…mereka lakukan kerana mereka tidak mahu orang lain keliru.

    Saudara boleh buka BLOK KBTBB untuk kepastian.terima kasih saudara nizam geng KL kerana bertanya….. sebarang pertanyaan sila hantar email ke gbpenjelajah@gmail.com

    p/s : Seladang tak takut mati punyaaaa…

  13. kepada peminat-peminat basikal tua atau klasik saya mengucapkan selamat menyambut aidilfitri

  14. Salam Aidilfitri buat Sdr. Rosli (lee),

    Selamat datang ke blog BM…semoga blog Gerek Penang (GP) akan menjadi penghubung dan medium untuk kita saling berinteraksi dan berkomunikasi mengenai basikal tua di Malaysia.

    p/s : Kirim salam kepada kawan-kawan gerek tua di Penang.

  15. Jangan lupa kengkawan semua.Sila pastikan anda pergi beraya dgn basikal anda sekali…yea..Baru meriah raya dari rumah kerumah dgn basikal.kalau ada kereta&moto tu simpan baru jimat belanja gitu..

    Selamat Hari Raya Aidil Fitri kpd semua pencinta basikal,gerek mahupun sepeda.

    (lee)gerekpenang.

  16. SEHINGGA SEKARANG TIADA AHLI KOMUNITI YG DAPAT JAWAP SEMUA SOALAN Mr GB.INI BERMAKNA PIHAK KOMUNITI SESEOLAH TIDAK MELAYAN SEBARANG KOMEN.BARU-BARU NIE JUGA Mr GB ADA CUBA MENGHANTAR KOMEN TETAPI DI SEKAT,KENAPA PERKARA INI BERLAKU….ADAKAH PIHAK KOMUNITI TIDAK ADA JAWAPAN BAGI SOALAN2 Mr GB.

  17. Mr. GB,

    Saya juga bersimpati dan berasa amat kesal dengan tindakan pihak terbabit dalam perkara ini. Mungkin mereka terlalu sibuk untuk melayan komentar dari Mr. GB ataupun beranggapan sdr menjadi penghalang kepada perjuangan suci mereka itu…agaknya.

    Secara peribadi saya berpendapat ada banyak perkara yang perlu diperhalusi sebelum sesuatu perkara atau tindakkan menubuhkan “kelab/komuniti” ini dilakukan. Akan banyak lagi kekalutan dan kekaburan yang akan dihadapi sekiranya perkara “asas” tidak diperjelaskan.

    Adakah sudah cukup perjuangan mereka ini sekadar menjual “plat basikal” tanpa menghiraukan sama ada pertubuhan ini adalah SAH disisi ROC (undang-undang Pertubuhan) atau sebaliknya? Ke mana pula “keuntungan” dan sumber kewangannya disalurkan? Pernahkah kita atau pihak-pihak yang menyokong usaha itu, bertanya dan memikirkannya?

    Adakah segala pertanyaan yang diajukan itu dianggap sebagai “penghalang” atau kita sudah “buta” untuk membezakan antara hitam dan putih? Antara yang NYATA dan TERSELINDUNG? Renung…renungkan dan selamat beramal…

    p/s : Bak kata pepatah Melayu…Rumah siap…pahat berbunyi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: