Koleksi peribadi aksesori / spare part basikal tua – Edisi ke II


Salam Ramadhan buat semua sahabat-sahabat BM.
Pada 1 Ramadhan yang lalu penulis berkesempatan melawat semula “lubuk rahsia” yang sudah hampir 6 bulan tidak penulis kunjungi. Ternyata “lubuk” itu masih suci dan masih tidak “ternoda” kerana lokasinya yang “tersembunyi” serta tidak dapat dihidu oleh pemburu-pemburu basikal tua. Setakat ini hanya 3 orang sahaja yang mengetahui “password” dan “klue” untuk mendapatkan barang-barang bagi tujuan koleksi peribadi dan melengkapkan koleksi basikal idaman mereka.
Inilah hasilnya sewaktu re-visit (melawat semula) "lubuk rahsia" yang menyimpan 1001 khazanah basikal tua

Inilah hasilnya sewaktu re-visit (melawat semula) "lubuk rahsia" yang menyimpan 1001 khazanah basikal tua

Apa yang penulis boleh kongsikan hanyalah “hasilnya” untuk tatapan dan rujukan sahabat-sahabat dan pengunjung blog BM. Bagi penulis di mana ada kemahuan di situ pasti ada jalan dan tidak ada yang mustahil sekiranya kita benar-benar “passionate” dengan hobi ini. Penulis yakin ada ramai sahabat-sahabat di luar sana mempunyai “lubuk” masing-masing…yang pasti paparan ini akan membuatkan kita semua akan lebih berusaha mengesan dan menghidu “lubuk-lubuk” yang baru.

Walaubagaimanapun ada juga koleksi-koleksi tertentu boleh diperolehi melalui sahabat-sahabat dan kolektor basikal tua tanpa memperolehinya dari “lubuk” rahsia sebagai contohnya koleksi loceng dan kabel speedometer Smiths yang penulis perolehi dari sahabat-sahabat di Muar. Apa yang penting ialah sedikit “kebijaksanaan” berkomunikasi dan “kepandaian” bertanya mengenai barang-barang ini…akhirnya, inilah hasilnya – Selamat Berpuasa – Mykyocera.

14 Responses

  1. bagus bagus bagus, simpan baik2 bro brg berharga tuuu. ada lebih pas2 la kat jb ni.

  2. Mesti…itu hari sudah dapat rim lipat maaaa…aku xkan lupe kawan2 jangan risau…GB lainlah…dia ingat geng BB jer🙂

  3. Terima kasih ler Wan. Ko nie macam tahu2 aku ada basikal Hercules. Nie memborong untuk raya ke bro. He.he.. he🙂

  4. Sama-sama Mofti…ada lebih aku pasti tolak kat kawan-kawan dulu beb🙂

  5. Wah Memeng masih banyak yaa Barang2/Part NOS di sana boleh dunk saya di kasih tahu tempatnya.!!!! he…he…he…he..

  6. bro ada lebih tolak kat gua…

  7. haiiii…banyak barang tu. lempar2 lah kat ipoh sikit

  8. YE……………………………SAYA DAH BERJAYA BUAT EMAIL….. PUAS BUKA KAMUS NAK FAHAM CAKAP ORANG PUTIH NIE….

  9. …..salam

  10. Mr. GB,
    Selamat datang ke Blog BM dan berjaya memberikan komentar Sdr.

    Talam2muka,
    Waalaikum salam…terima kasih atas kunjungan sdr…tujuan blog ini hanya 1 …iaitu untuk memartabatkan hobi ini di mata dan di hati masyarakat Malaysia.

  11. tp heran jugak mcm ada yg kurang …….klau betul mertabatkan knpa sbelum ni ada blogger yg lain skrang da tada mcm kena delete jerrr

  12. Sdr. Nizam,
    Apanya yang kurang? Angin x ribut x tiba-tiba mcm emo pulak? Komentar kat sini pasal eksesori dan spare part yang mengelabah tak tentu arah tu kenapa?

    Kalau orang dah x nak masuk blog…takkan kita nak paksa. Takkan Sdr nak salahkan saya pulak kalau blogger lain x masuk blog. Mcm Sdr juga…adakala ada urusan yg lebih penting dari masuk blog 24 jam.

    Harus diINGAT …perjuangan memertabatkan basikal tua ini bukan hanya di blog bro. Blog ini sebagai salah 1 “medium”. Saya lebih selesa turun kayuh basikal dan menyertai aktiviti basikal tua…ramai orang kita boleh jumpa dan kenal…jenguk2lah blog KBTBB kalau nak tahu.

    Bagi saya tak timbul isu “kena delete”…kalau saya “delete” pun itu HAK saya sebagai “moderator” kalau tindakkan/komen atau blog/bloger yang mcm “samseng” dan terang-terangan berunsur “provokasi” serta membenarkan komen-komen yang menyentuh maruah dan peribadi orang lain – harus diingat PEGUAM saya sentiasa berada di sisi bila diperlukan.

    Saya kira Sdr juga akan buat perkara yang sama…terus terang saya katakan saya bukanlah seorang yang mudah diperbodohkan dengan komentar dan soalan dari Sdr itu. Saya yakin, Sdr tahu jawapan kepada soalan Sdr itu dan Sdr ada “niat lain” dan mempunyai agenda terselindung. Tapi maaflah taktik-taktik tu dah basi….jangan biarkan diri menjadi mangsa kebodohan diri sendiri dan hasutan orangMykyocera

    p/s : Sekilas ikan di air dah tahu jantan/betinanya.

  13. salam,blh sy dpt kn sparepart dr tuan…

  14. baru nak main basikal tua sapa ade peti rantai, beg, aku nak beli. bantula aku.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: