Basikal Tua (KBTBB) masuk Studio FINAS bersama Chef Liza Zainol & Jimmy The Gimmick


Salam Ramadhan Al-Mubarak kepada semua pengikut, pengunjung dan sahabat setia blog Basikal Malaya. Ahlan Ya Ramadhan!
KBTBB melangkah setapak ke hadapan lagi dengan melakar satu lagi sejarah di dalam industri penyiaran setelah di jemput oleh Chef Liza Zainol untuk bekerjasama menaja props untuk rancangan masakannya. Rakaman rancangan ‘Kulinari Daisy Chef Liza’ 15 epesod ini akan disiarkan di TV1 bermula 21hb Ogos 2009 pada pukul 12:00 tengahari dan ulangannya pada pukul 5:30 pagi keesokkan harinya. Penulis mewakili KBTBB amat bertuah dan berasa bangga kerana dijemput serta diberi penghormatan untuk tampil pada episod pertama (pembukaan) rancangan tersebut.
Props Basikal Tua tajaan KBTBB (yang diwakili penulis) menjalani pengambaran di Studio FINAS baru-baru ini

Props Basikal Tua tajaan KBTBB (yang diwakili penulis) menjalani pengambaran di Studio FINAS baru-baru ini

Pengambaran bersama Chef terkenal Chef Liza bersama Seleberiti terkenal iaitu Jimmy The Gimmick telahpun dilakukan pada pertengahan Jun yang lalu di Studio FINAS, Ampang. Bagi penulis bulan Ramadhan Al Mubarak cukup sinonim dengan rancangan berbentuk masakan justeru itu ada baiknya peluang seperti ini digunakan untuk mempromosikan basikal tua kepada penonton di rumah agar mereka lebih mengingati kenangan silam sewaktu di kampung. Maksudnya bulan puasa pun kita tidak sunyi daripada melakukan kerja-kerja melestarikan hobi ini. Terima kasih kepada Puan Nina (PA Chef Liza) dan En. Zaki (Penerbit) kerana memberikan peluang dan sudi menjemput serta menyokong usaha-usaha KBTBB memertabatkan hobi ini.

Dikesempatan ini penulis dan isteri (Anne a.k.a. Wawa) ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua sahabat-sahabat Basikal Malaya. Kami juga berharap dapat merancang Majlis Berbuka Puasa bersama-sama sahabat pada bulan Ramadhan Al-Mubarak ini. Alhamdulillah pada kayuhan di Muar pada 16hb Ogos yang lalu penulis dan isteri serta KBTBB sempat menghulurkan sedikit sumbangan untuk Persatuan Kebajikan Anak-anak Yatim Islam Muar. Semoga kita semua di berkati dan di murahkan rezeki… Insyaallah – Mykyocera

Kenangan di set pengambaran bersama Chef Liza, Jimmy dan penulis serta basikal Raleigh (NOS) 28"

Kenangan di set pengambaran bersama Chef Liza, Jimmy dan penulis serta basikal Raleigh (NOS) 28"

Basikal Raleigh kebangaan Malaya mengimbau Nostalgia Klasik melalui kaca televisyen / plasma TV penonton, bersempena bulan Ramadhan

Basikal Raleigh kebangaan Malaya mengimbau Nostalgia Klasik terus ke kaca televisyen / plasma TV penonton, bersempena bulan Ramadhan

Krew produksi bekerja keras dan serius semasa pengambaran sementara penulis mengambil peluang belajar dan "observed" hal-hal berkaitan produksi

Krew produksi bekerja keras dan serius semasa pengambaran sementara penulis mengambil peluang belajar dan "observed" hal-hal berkaitan produksi

Basikal Raleigh (NOS) 28" yang "bertuah" ini telah banyak berjasa kepada penulis dan KBTBB dan kini ia muncul di TV1 dan telah diundang ke Studio FINAS sebagai props produksi

Basikal Raleigh (NOS) 28" yang "bertuah" ini telah banyak berjasa kepada penulis dan KBTBB, kini ia muncul di TV1 setelah diundang ke Studio FINAS sebagai props produksi

11 Responses

  1. Tahniah kepada KBTBB kerana sentiasa mendapat jemputan untuk menjayakan sesuatu program. Semoga KBTBB sentiasa terus maju kehadapan.

    p/s : Lawa beskal Raleigh tu bro.

  2. Terima kasih Sanim (KTOR). Itu namanya rezeki dan hasil kerja keras serta berusaha. Insyaallah selagi aku bersama-sama dengan KBTBB selagi itulah aku akan memaju dan membangunkan Kelab ini. Kalau kelab berjaya bermakna usaha kita berjaya…kalau kelab sendiri pun x mampu nak hidop dan banyak yang x betul…emmmm…fikir-fikirkanlah.

    Kita buat sesuatu tu ukur baju dibadan sendiri…kalau asas “foundation” dah betul…semua pasti betul TETAPI kalau dari mula lagi dah x betul…sendiri mau ingatlah bak kata Nabil…Lu pikir lah sendiri heheeee…

    Setakat nie 1 biji nie pun dah cukup…ada lagi akan datang tp aku simpan dulu buat stock penimbal…Terima kasih kat kau jugak sebab jadi Consultant & Advisor untuk basikal aku yg paling “bertuah” nie. Ahlan Ya Ramadhan, bro!

  3. tahniah KBTBB, semoga apa yg kita usahakan selama ini mendapat pengiktirafan dan penghormatan semua, selamat berpuasa

  4. kengkadang tu kita rasa semua nya betul, tp bila kita menilai yg lain dari sudut yg betul pastinya kita yg salah.jd jgnla bangga diri sebab ALLAH mengetahui apa yg kita buat.wasallam yg pnting low profile

  5. Tahniah KBTBB, semoga terus sukses. cuma nak tanya Kulinari daisy tu takda ke laman untuk dapatkan resepinya

  6. Ajid,
    Terima kasih banyak2…atas sokonganmu bro.

    Nizam,
    Memang benar hanya Allah yang Maha Mengetahui. Kita sebagai manusia pun x baik berprasangka buruk dgn manusia yang lain. Saya hormati cara Sdr. yang nak low profile…xde hal – ramai yang low profile…tapi kalau semua camtu….apa pulak jadinya kepada org2 yg nak mengetahui perkembangan dan pembangunan hobi ini? Bukan semua pulak yg nak jadi low profile. Saya rasa wajar ianya dikongsi…maka wujudlah blog2 seperti ini di seluruh Nusantara dan dunia untuk berkongsi dan memberi pengetahuan kepada orang-orang yang “baru” dan “minat” nak tahu.

    Disebabkan cara orang lain tak “selari dan sepadan” dgn cara kita…kita kata tak betul…kita kata dia berlagak dan bangga diri…kita pun kena rasional dan hormati cara dan hak orang lain. Doakan yang baik-baik di bulan Ramadhan ini…itu hak masing-masing dan rezeki masing-masing…niat kena betul. Maaf atas komentar balas saya dan Selamat Berpuasa bro. TK atas pandangan sdr.

    Yam,
    Nanti saya bagitau Chef Liza suruh letakkan resepi sepanjang bulan Ramadhan tu di laman web/blognya. Terima kasih kerana mengunjungi blog ini.

  7. Askum.

    Terima kasih kerana updates pasal Chef Liza. Cuma sy nak tanya apa ye url blog/web chef liza. Saya cuba search tak jumpa. Tq

    Jawapan :-

    Sdr(i). boleh layari http://www.sweetazza.com.my/versi_melayu/index.html

  8. saya nak tahu basikal apa yg smpai d tanah melayu dulu (jenis dan buatan) klau tak keberatan psal nmpak mcm ikhlas saya baru belajar nak tahu serba sdikit

  9. Kepada Sdr. Nizam…
    Saya pun tak faham kenapa tiba2 sdr. nak tanya soalan nie…kalau ikutkan topik komen ….memang lari jauh – apa pun saya cuba jawab mungkin sdr nak menduga pengetahuan saya pasal basikal agaknya?

    Selain syarikat Robinsons yang terkenal membawa pelbagai barangan masuk ke Malaya yang bagi saya semua orang pun sudah mengetahuinya. Ada satu lagi syarikat yang bertanggunjawab membawa basikal masuk ke Malaya iaitu syarikat Cycle & Carriage Co. yang membawa pelbagai produk masuk seawal tahun 1900. Menurut sejarah Cycle & Carriage Co. iklan pertama syarikat ini telah dikeluarkan pada 1hb Ogos 1899 terbitan khas untuk Negeri-negeri Selat di akhbar Malay Mail pada waktu itu.

    Antara barangan yang diiklankan termasuklah basikal untuk lelaki & perempuan serta aksesorinya. Syarikat Cycle & Carriage Co. telah memulakan perniagaannya di No.159, High Street, Kuala Lumpur pada waktu itu.

    Paling mengejutkan Cycle & Carriage Co. mengiklankan basikal jenama SINGER yang tertera “Singer Cycle with Lamp, bell & tool complete” yang berharga $100.00 (dengan gear case) pada awal tahun 1900. Iklan tersebut menyatakan bahawa syarikat menerima bayaran ansuran bulanan untuk pembelian tersebut “EASY TERMS ALLOWED”.

    Selain dari jenama SINGER dinyatakan juga bahawa syarikat Cycle & Carriage Co. bertanggungjawab membawa masuk basikal jenama BSA, Monopole, Invicta, dan Massey-Harris.

    Saya yakin ada beberapa syarikat lain lagi yang wujud selain Robinsons… dan seperti saya nyatakan Cycle & Carriage Co. adalah salah satu daripadanya. Saya pasti Sdr. Sanim mungkin ada pandangannya yang tersendiri. Mungkin Sdr. Nizam ada perkara atau fakta yang ingin diperbetulkan? Silakan…saya nantikan komen seterusnya – Mykyocera

    Untuk maklumat lanjut sila klik http://i696.photobucket.com/albums/vv329/mykyocera2009/SINGERCCco.jpg

  10. yeke …. terima kasih saya baru tahu klau tidak saya pasti tertnya tnya adakah syarikat basikal humber yg sampai di tanah melayu terima kasih diatas penerangan yg ikhlas salam hari aidilfitri wasalam

  11. Sama-sama dan diharapkan Sdr berpuas hati dengan jawapan dari saya yang baru setahun jagung dalam hobi nie.

    Selamat Hari Raya Aidilfitri buat Sdr sekeluarga – Semoga Ria & Ceria di hari lebaran.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: