62 peserta – 4 Kelab – 1Acara – 1Kayuhan – 1Malaysia… 1Kejayaan – 1Sejarah – 1Penghormatan


Salam 1Malaysia buat semua sahabat-sahabat Basikal Malaya!
Inilah lakaran sejarah paling manis buat penulis untuk dikongsi kepada semua sahabat-sahabat yang cintakan basikal tua/klasik di Malaya. Bagi penulis inilah acara yang paling meriah pernah dan berjaya dianjurkan pada tahun 2009, tidak keterlaluan penulis gelarkan acara ini acara Grandeur de Muar (bermaksud acara yang paling hebat dan besar di Muar).

Keratan akbar Berita Harian 21hb Ogos 2009 Edisi Johor - Ihsan dari KSTJB

Keratan akbar Berita Harian 21hb Ogos 2009 Edisi Johor - Ihsan dari KSTJB

 Acara yang disertai 62 peserta yang bersemangat tinggi dari 4 buah kelab di selatan tanahair ini telah mula bergerak menuju ke Bandaraya Maharani seawal 9:30 pagi lagi meninggalkan tempat masing-masing. Tujuan utamanya hanya 1 iaitu untuk bersama-sama memartabatkan hobi basikal tua di Malaya disamping mengembalikan kenangan Kemerdekaan Negara 1957 dengan berpakaian ala-ala 50-60an. Paling menariknya acara ini disertai oleh pelbagai kaum yang ada di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India. Kehadiran peserta cilik (kanak-kanak) dan warga emas disamping anak-anak muda yang membawa basikal tua telah menambahkan kemeriahan dan keceriaan pada hari tersebut.

Bagi penulis SENJATA yang paling berkesan untuk menjayakan MISI ini ialah KERJASAMA. Tanpa adanya KERJASAMA dan saling membantu serta diperkukuhkan dengan niat yang IKHLAS pasti KEJAYAAN tidak akan diperoleh dengan mudah. Panas dan hujan pada hari tersebut bukanlah halangan besar tetapi PERJUANGAN menyubur dan melestarikan basikal tua inilah yang menjadi matlamat utama kayuhan di Muar.

Ternyata jarak dan masa bukanlah sempadan yang memisahkan pencinta dan pejuang hobi ini untuk bersama-sama berganding bahu menjayakannya. Tahniah buat semua yang terlibat! Kepada yang tidak dapat turut serta jangan bersedih dan berduka kerana selepas ini pasti akan ada Acara yang lebih hebat dirancang untuk menyemarakkan lagi Nostalgia Basikal Tua di Malaya Merdeka – Nantikan kesannya IMPAKnya! –Mykyocera

Rombongan peserta mengamatkan Bandar Muar dengan bunyi loceng basikal dan mewarnainya pakaian Nostalgia Kemerdekaan 1957.

Rombongan peserta mengamatkan Bandar Muar dengan bunyi loceng basikal dan mewarnainya dengan mengembalikan Nostalgia Kemerdekaan 1957.

Bandar Maharani kembali ke zaman Kemerdekaan Negara 1957 dengan rombongan 4 basikal tua/klasik

Bandar Maharani kembali ke zaman Kemerdekaan Negara 1957 dengan 1 rombongan daripada 4 Kelab basikal tua/klasik dari Melaka & Johor

1 Penghormatan - Demi keselamatan - Rombongan diiringi 8 Polis trafik dan 1 Marshall sepanjang acara kayuhan

1 Penghormatan - Demi keselamatan - Rombongan diiringi 8 Polis trafik dan 1 Marshall sepanjang acara kayuhan

Anne Acasia bersama Adik Raudah yang mengayuh basikal jenama Phillips

Anne Acasia bersama Adik Raudah peserta cilik yang mengayuh basikal jenama Phillips milik kesayangannya

Merancang Strategi - Mofti menurunkan "ilmu kesaktian basikal" bersama Sdr. Hafiz, Mr. GB, Sdr. Rahim dan pak Hassan

Merancang Strategi - Mofti menurunkan "ilmu kesaktian basikal"nya bersama Sdr. Hafiz, Mr. GB, Sdr. Rahim dan Pak Hassan

Deretan Basikal Tua yang dihiasi bendera Malaysia dan Negeri Melaka sebagai bukti Patriotisme mempertahankan Kemerdekaan Negara

Deretan Basikal Tua yang dihiasi bendera Malaysia dan Negeri Melaka sebagai bukti Patriotisme mempertahankan Kemerdekaan Negara

Sokongan padu dari 4 VVIP yang datang untuk Majlis Pelancaran Acara Kayuhan dari kiri En. Mansor Shah (Wakil Ahli Parlimen Bkt. Katil, Melaka) dan YB Dr. Muhammad Taslim (ADUN Maharani), Sebelah kanan, YB Gwee Tong Hiang (ADUN Bentayan) dan En. Roslan (Wakil Ahli Parlimen Bkt. Katil, Melaka).

Sokongan padu dari 4 VVIP yang datang untuk Majlis Pelancaran Acara Kayuhan dari kiri En. Mansor Shah (Wakil Ahli Parlimen Bkt. Katil, Melaka) dan YB Dr. Muhammad Taslim (ADUN Maharani), Sebelah kanan, YB Gwee Tong Hiang (ADUN Bentayan) dan En. Roslan (Wakil Ahli Parlimen Bkt. Katil, Melaka).

Taklimat dan Ucapan dari Cikgu Kadir selaku Pengerusi KBKM diperhatikan oleh YB Er Teck Hwa (baju hitam)

Taklimat dan Ucapan dari Cikgu Kadir selaku Pengerusi KBKM diperhatikan oleh YB Er Teck Hwa (baju hitam) wakil rakyat Daerah Muar dan Cikgu Rahim dari Batu Pahat

Keratan Akhbar China Press edisi Selatan - Ihsan daripada KSTJBB

Keratan Akhbar China Press edisi Selatan pada 17hb Ogos 2009 - Ihsan daripada Sdr. Mofti (KSTJB)

14 Responses

  1. Tahniah kerana berjaya menganjurkan satu aktiviti yang sihat dan penuh nostalgia.

  2. Usaha yg jitu pastinya akan disudahi dgn hasil yg baik. Tahniah buat mereka yg turut serta menjayakan event tersebut. Semoga hobi ini akan terus subur.

  3. Betul tu, apa yang penting kerjasama yg kukuh antara kita semua. yg jauh kita dekat-dekatkan yang dekat kita mesra-mesrakan dengan mengayuh basikal ni..kita nak cari kawan bukan musuh, kami di jb sentiasa menanti kehadiran anda semua.

  4. Salam hormat dari kbtbb.
    kami berbangga di atas gabung 4 kelab sepeda tua selatan tanahair,semoga kerjasama yang erat ini akan terus berkekalan untuk kita sama-sama mempertabatkan nostagia basikal tua ini.
    terima kaseh semua terutama BASIKAL MALAYA.

  5. Jejaka Maya,
    TK diatas sokongan anda. Seperti yang anda katakan memang tujuan utama kita utk mengembalikan Nostalgia Kemerdekaan 1957 yg kian dilupakan.

    Anne,
    TQVM for everthing. Only Allah and you know how much I love this hobby.

    Ajid,
    Aku suka basikal Humber kau. Demam2 pun sanggup kayuh…kirim salam wife kau. Hope next time ajak dia kayuh sekali. TK kerana datang dari jauh.

    KBTBB,
    Perjalanan kita masih jauh. Banyak kerja dan usaha perlu dilakukan. Lepas fasa aktiviti & promosi kita akan ke fasa kewangan & ekonomi supaya Kelab ini lebih kukuh dan mantap untuk menjadi pengerak utama dalam misi jangka panjang kita.

    Insyaallah dengan sokongan Kerajaan Negeri, Ketua Menteri, Ahli Parlimen, Ahli Korporat, Ahli-ahli KBTBB, rakan-rakan Kelab di Malaysia serta individu yg sentiasa menyokong kita bakal melakar banyak lagi kejayaan di masa hadapan.

  6. Kini telah tiba giliran kami di KSTJB untuk aturkan acara kayuhan. Harapan kami semuga mendapat kerjasama dari rakan2 semua. Tahniah untuk semua yang bersama berganding bahu menjayakan program kayuhan 1 Malaysia tersebut.

  7. Mofti,
    Melihat dengan semangat dan kesungguhan Sdr dan KSTJB di Muar saya yakin dan percaya Sdr. pasti berjaya melakukan sesuatu di Johor Bahru.

    Saya dan KBTBB akan sentiasa berada dibarisan hadapan membantu Sdr. Insyaallah pasti akan berjaya🙂

  8. Tahniah….

    Semakin ramai saja peminat basikal tua di malaysia, semoga dengan adanya event tu akan menambah semangat gereker untuk melestarikan salah satu aset sejarah bangsa.

    Semoga pada event-event akan datang menjadi lebih besar dan lebih ramai peminat….Sudah gatal kaki nak join..he..he

    Thanks

  9. Tahniah kepada semua AJK yang terlibat dalam menjayakan acara tersebut.. Kepada peserta, insya-Allah kita jumpa lagi dalam acara akan datang..
    Terima kasih pada Basikal Malaya, sebab saudaralah saya pulang ke Batu Pahat serta-merta sebab nak “angkut” basikal bawa ke Muar untuk terlibat sama…

    Tahniah.. Tahniah… Tahniah..

    p/s pada Cikgu Rahim dan Batu Pahat, kita kumpulkan orang kitaaaaa!!!! hahaha!!!

  10. Ridzuan,

    Terima kasih di atas sokongan anda. Saya kagum dengan usaha dan pengorbanan Sdr. yang sanggup mengangkut basikal dari jauh semata-mata ingin turut serta berkayuh.

    Insyaallah kita akan berjumpa lagi dikayuhan seterusnya. Harap2 lebih ramai kawan-kawan dapat turun dari Batu Pahat di masa hadapan.

  11. tahniah diucapkan

  12. i would like to join the basikal tua club

  13. Abang Hamdan (Segamat)
    Terima kasih…atas sokongan…saya ingat abang kawan Sanim kan?

    Kamsiah Zakaria,
    Hello Kamsiah. Have we met before? You can join KBTBB (Melaka) / KBKM (Muar) if you like🙂 and welcome to BM (Basikal Malaya).

  14. BM” nak naik pecah kepala nie sebab menkaji peta sabah serawak.ada orang kata kena ada pasport dan ada yg kata tak payah pasport.kalau kena pasport agak lama juga nak saya tangguh penjelajahan ini.buat masa sekarang sepeda tengah masuk bengkel dan menjalani latihan dan ubah suai.persiapan sepeda lagi 43% lagi.tunggu wajah terbaru sepeda jelajah.pesiapan mentel dan fizikel dah bersedia tahap 89%.sekarang nie saya perlu lebih banyak penaja untuk menaja kerana dari pandangan saya kali nie kayuhan lebih mencabar ke tahap seladang amok hahaaa….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: