1Acara… 1Kayuhan… 1Malaysia…


Gabungan 4 kelab basikal tua untuk 1Acara... 1Kayuhan...

Gabungan 4 kelab basikal tua untuk 1Acara... 1Kayuhan... 1Malaysia...

Salam Hormat dan Salam Kemerdekaan buat semua sahabat-sahabat BM di Malaya dan Nusantara.

Pada hari Ahad, 16hb Ogos 2009, jam 2:00 petang bertempat di Muar, Johor akan berlangsung 1 lagi Acara kayuhan basikal tua bersempena sambutan di ambang Kemerdekaan Negara yang ke-52. Buat pertama kalinya 4 Kelab Basikal Tua dari 2 Negeri iaitu Melaka dan Johor akan bergabung sebagai tanda dan simbolik menyokong usaha 1Malaysia dengan mengadakan 1Acara…1Kayuhan…1Malaysia di Muar, Johor.

Dikesempatan ini blog BM ingin menjemput semua pencinta, pejuang, dan peminat basikal tua untuk kita bersama-sama turun padang dan membuktikan sokongan kita memertabat dan melestarikan basikal tua untuk generasi akan datang disamping mengembalikan Nostalgia Kemerdekaan Negara pada 31hb Ogos 1957 dengan berpakaian ala-ala 50an.

Maklumat mengenai Acara seperti berikut :-

Tarikh Ahad, 16hb Ogos 2009
Masa    2:00 petang – 6:30 petang
Tempat Mula Dataran Tanjung Mas, Muar (Flag-Off jam 2:00 ptg)
Laluan Jalan Maharani 1 – Jambatan Muar – Jalan Bentayan – Jalan Abdullah – Jalan Majidi – Dataran Tanjung Mas
Tempat Rehat Warung Topong
Tempat Berakhir Dataran Tanjung Mas, Muar (Majlis Penutup & Penyampaian Sijil)

5 Responses

  1. Selamat…Semoga event 1acara 1 kayuhan 1 malaysia nanti berjalan dengan sukses tanpa hambatan. Tahniah bro…

  2. Insyaallah…Alex. Mudah-mudahan semuanya berjalan dengan lancar dan selamat. Terima kasih di atas sokongan kamu dari Jakarta…dan aku ingin ucap selamat menyambut hari Kemerdekaan Indonesia pada 17 Augustus 2009 – Moga terus aman dan sukses. – Mykyocera.

  3. Assalamualaikum w.b.t..
    Adakah peminat basikal klasik yang tiada kelab atau persatuan boleh menyertai aktiviti ini? Saya daripada Batu Pahat dan tinggal di KL

  4. W’salam Ridzuan,

    Boleh. Xde masalah. Boleh terus turun ke Muar dan berjumpa kami di sana. Kehadiran anda sangat-sangat dialu-alukan. – Mykyocera (+6019 606 5575)

  5. Ok, terima kasih.. Insya allah saya akan turun ke Muar minggu ni..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: