Berita dari Sijangkang – Konvoi basikal tua mampu didik belia


Keratan akhbar Sinar Harian pada 10hb Ogos 2008

Tahniah kepada pemilik basikal tua Sijangkang! Berita menarik ini penulis terbaca di akhbar Sinar Harian edisi Selangor & KL mengenai ekspedisi berbasikal dari Sijangkang ke Pantai Morib, hari ini. Penulis tersenyum dan berasa bangga kerana aktiviti berbasikal kian mendapat sambutan khususnya dikalangan para belia dan generasi muda. Walaupun sebelum ini tidak ada hebahan awal mengenai ekspedisi tersebut di blog-blog basikal tua namun penulis telah mengambil inisiatif ini untuk menyiarkannya demi perkembangan/kemajuan dan berita aktiviti kayuhan di Sijangkang agar ianya dapat dikongsi  untuk sahabat-sahabat di Malaya & Nusantara. Ikuti ceritanya…

SIJANGKANG – Seramai 70 peserta menyertai ekspedisi basikal tua bagi memupuk perkembangan positif dalam kalangan belia meminati basikal tua. Pegawai Khas Ahli Dewan Negeri (ADUN) Sijangkang, Ab Rahman Amir berkata, “Program riadah berbasikal ini sebenarnya membantu meningkatkan keupayaan belia mengayuh basikal tua dari Sijangkang ke Pantai Morib”.

Menurutnya, kelainan ini membuktikan golongan belia masih menyahut cabaran dalam usaha menarik minat mereka untuk terlibat dalam aktiviti sihat. “Selain itu, kebanyakan basikal itu mempunyai kelebihan masing-masing dan ada yang berusia lebih 20 tahun. “Bagaimanapun, program ini memberi peluang kepada belia mengetengahkan kembali warisan masyarakat zaman dahulu yang menggunakan basikal tersebut untuk ke sesuatu destinasi”, katanya kepada Sinar Harian.

Ab Rahman berkata, ekspedisi ini diharapkan dapat menjadi perintis kepada aktiviti sihat dalam kalangan belia kerana berani mengembalikan nostalgia basikal lama supaya digunakan kembali. Menurutnya, aktiviti ini juga memberi peluang kepada peserta merapatkan hubungan dalam kalangan masyarakat selain mewujudkan sebuah unit berbasikal yang jarang dilakukan di sini.

Sementara itu, ADUN Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, basikal tua ini telah dapat menarik minat belia kerana harga sebuah basikal boleh menjangkau sehingga RM3,000 dan alat gantinya juga mahal. Menurutnya, beliau menggalakkan belia supaya beralih hobi kepada bermanfaat dan hobi berbasikal tua ini sebagai contoh yang boleh diikuti belia di daerah ini. “Golongan belia yang menyertai aktiviti ini juga diharapkan dapat meneruskan aktiviti berkonvoi supaya dapat membantu mengetengahkan semula basikal ini kepada golongan generasi muda,” katanya.

Penulis juga tahu dan sedar bahawa masih banyak lagi kelab-kelab basikal akan hidup kembali dan akan muncul tidak lama lagi khususnya di Selangor, Johor, Melaka dan lain-lain negeri. Perkembangan ini sudahpun menular lebih progresif di Selatan dan Utara tanahair. Terkini 1kayuhan gabungan akan diadakan pada hari Ahad 16hb Ogos ini di Muar (Bandaraya Maharani), Johor di mana 4 kelab dari Selatan tanahair akan bergabung menjayakan kayuhan 1Malaysia edisi basikal tua di sana. Semoga usaha seperti ini terus lestari untuk tatapan dan terus ke mata dan hati masyarakat. – Hidoplah basikal tua di bumi Malaya Merdeka! – Mykyocera

3 Responses

  1. tahniah kepada kumpulan basikal tua sijangkang…mengimbas kenangan lama dgn versi baru.semoga berterusan

  2. Bila gayanya aku nak berbasikal kembali…

  3. Bila-bila ada acara kayuhan pasti basikal tua dan peminatnya akan kembali bergabung…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: