Acara Pertandingan Basikal Klasik di New World Park, Penang 2009


Keratan akhbar Kwong Wah Yit Poh pada 27 Julai 2009
Keratan akhbar Kwong Wah Yit Poh pada 27 Julai 2009
His pride and joy: Ikhwan showing his 'New Hudson Sport' bicycle.

His pride and joy: Ikhwan showing his 'New Hudson Sport' bicycle.

Beauties turning head

THE STAR- Metro North,
By MANJIT KAUR

Another avid classic bike collector was Ikhwanizam, 33, who dressed like a policeman in the 1940s. He said he bought his bicycle for RM850 but spent about RM4,000 to purchase the original parts. Ikhwan, from the Batu Berendam Antique Bicycle Club, displayed his ‘New Hudson Sport’ bicycle.

“I have been hunting for the bicycle parts all over the country and I was lucky that certain shops still actually had the spare parts,’’ he added.

Read More at The Star Online 30th July 2009

 

Penang – Pada 26 Julai 2009 telah berlangsung satu acara Pertandingan Basikal Klasik anjuran New World Park di Georgetown, Penang. Sebanyak 50 penyertaan telah diterima untuk 4 Kategori Utama dan 1 Kategori Khas. Kategori Utama yang dipertandingkan ialah basikal klasik 26″, 28″, Lengkung, dan Chopper serta 1 lagi kategori khas dan terbaharu telah diwujudkan oleh pihak penganjur iaitu kategori BSA Airborne Paratrooper. Selain daripada itu Kostum/Pakaian klasik terbaik juga turut dipertandingkan.

Pertandingan basikal klasik kali ini telah disertai peserta dari Kedah, Penang, Perak, dan Melaka. Tujuan utama pihak penganjur mengadakan Pertandingan ini ialah untuk memberi pengetahuan dan pameran kepada masyarakat mengenai basikal klasik dan membawa mereka mengenang kembali nostalgia basikal tersebut sebagai satu warisan budaya di masa silam.

Selain daripada itu dengan adanya aktiviti seperti ini diharapkan masyarakat akan memberikan perhatian dan memperoleh kesedaran tentang kebaikan hobi dan aktiviti berbasikal disamping memahami sejarah lampau. Paling menariknya satu “plan” dan polisi pembangunan basikal untuk mewujudkan “bicycle lane” di Pulau Mutiara ini telah diusahakan oleh satu jawatankuasa khas dan kertas kerja tersebut akan diusulkan kepada kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak lama lagi.

Ringkasnya, penyertaan peserta untuk pertandingan kali ini bukanlah untuk memperoleh kemenangan dan mempamerkan kehebatan semata-mata. Rata-rata peserta mengambil peluang untuk menimba pengalaman dan bertukar-tukar pendapat serta dapat melihat koleksi rakan-rakan basikal klasik dari negeri-negeri lain. Bagi penulis, menang atau kalah itu bukanlah misi utama tetapi peluang bertemu dengan “senior” dan “orang-orang lama” di dalam hobi ini lebih penting dan berharga. Banyak input, idea, cadangan dan nasihat telah diberikan oleh mereka kepada penulis.

Terima kasih kepada pihak penganjur iaitu New World Park, Penang kerana telah berjaya menganjurkan pertandingan basikal klasik ini, diharapkan acara sebegini akan diteruskan ditahun-tahun akan datang. Semoga komuniti basikal tua terus berkembang, lestari dan terus hidop di bumi Malaya Merdeka!  – Mykyocera

………………Nantikan foto-foto seterusnya...

 

Keputusan Pertandingan
Basikal Klasik di New World Park, Penang –  2009

Kategori Basikal Klasik 26″
1.  Ahmad Bakhtiar (3) – Rudge
2.  Ikhwanizam Ibrahim (16) – New Hudson
3.  Jamilah Hj. Omar (4) – Raleigh
4.  Zolkhairy Ahmad (7) – Raleigh
Saguhati
– Abdul Rahman (20), Ismail Noordin (32), Mohamed (13) & K.L. Lim (36)

Kategori Basikal Klasik 28″
1.  Ahmad Rushdi (22) – BSA
2.  Musa Hussain (21) – BSA
3.  Azzah Rawani (11) – to be confirmed
4.  Seong Heng Tong (23) – Raleigh
Saguhati – Man Hashim (8), Jaafar Dahari (15), Lok Seng Huat (26), & Amin Razali (30)

Kategori Lengkung
1.  K. L. Lim (40) – Gazelle
2.  Teoh Ah Thye (1) – Rudge
3.  Azizah (14) – Rudge
4.  Razali Md Desa (29) – Rudge
Saguhati – Teoh Ah Thye (2) dan Wan Yazli (17)

Chopper
1.  Lee Seng Hock (44)
2.  Lee Seng Hock (45)
3.  Salam Razali (31)

Special Prizes – BSA Airborne
1.  Khusyairie (18)
2.  Abdul Rashid (26)
3.  Tan Teik Leong (42)

Kostume/Pakaian Klasik
1.  Ikhwanizam Ibrahim
2.  Jasim Dahari
3.  Jaafar Dahari
4.  Nabila
5.  Wan Yazli

6 Responses

  1. Congratulations from me to my big bro Abg Ya. I have my reason to be happy, my contributions (the bell, the dry cell, the front dynohup, the new lamp, the body) congratulations Abg Ya.

  2. Selamat ya bro…..kamu dapat hadiah di pertandingan tu…mantab bro..

  3. Tahniah bro. kerana berjaya mengondol hadiah dalam pertandingan tersebut. Sekali 2 ko nak gondol, kira berbaloi turun penang. Tapi bukan itu kan tujuanya. Tujuan utama utk melestarikan “SEPEDA TUA”. Kalau boleh dalam kategori basikal letakkan jenis basikalnya sekali. Macam Ikhwan di tempat kedua tapi basikal jenis apa yang bro ikhwan menang. Tq dan tahniah sekali lagi.

  4. Tahniah buat semua peserta yang mengambil bahagian. Diharap kita semua dapat berkumpul dalam satu event yang besar nanti “Kayuhan Nostalgia Basikal Tua Satu Malaysia”. Moga impian menjadi kenyataan.

  5. congrats

  6. Terima kasih di atas sokongan sahabat-sahabat. Menang atau kalah adat pertandingan, moral dan pengalaman disebaliknya paling berharga. Pastinya akan ada lebih banyak event-event basikal tua di Malaysia selepas ini…nantikan sahaja.

    Terima kasih Alex, Mofti, Sanim dan Mat Tahir…moga ketemu kalian di event-event seterusnya🙂 Semoga komuniti basikal tua di Malaysia terus berkembang dan membangun. – Mykyocera

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: