Basikal Tua Keliling Semenanjung! Liputan Media Massa untuk Mr. GB. TAHNIAH dari BM!


TAHNIAH Mr. GB! Penulis berasa amat bangga apabila terbaca laporan Media mengenai usaha Mr. GB menakluk Malaysia berkayuh menggunakan basikal tua. Beliau yang kini diambang KEJAYAAN untuk menamatkan MISInya sewajarnya diberikan pujian dan pengiktirafan kerana berjaya MEREALISASIkan IMPIANnya itu. Penulis juga turut tumpang bangga kerana dengan usahanya itu secara tidak langsung telah memartabatkan “basikal tua” di mata masyarakat Malaysia. Tahniah dan terima kasih juga kepada Kelab-kelab basikal yang sudi menerima dan membantu beliau sepanjang perjalanan beliau. Dengan kayuhan melebihi 2000km itu saya percaya bahawa usaha yang pada awalnya dianggap MUSTAHIL itu kini menjadi KENYATAAN. Tahniah dari penulis dan Blog Basikal Malaya! Kamu memang SELADANG Yeop! – Mykyocera

Keratan akhbar Kosmo 22hb Julai 2009 di muka surat 14

Keratan akhbar Kosmo 22hb Julai 2009 di muka surat 14

ALOR SETAR – Usah diperkecil keupayaan basikal tua untuk menempuh perjalanan jauh. Ini kerana kemampuannya sudah dibuktikan oleh Nor Izam Abd. Latif, 27, yang mengayuh basikal buatan tahun 60-an itu ke seluruh Semenanjung dengan perjalanan lebih 2,500 kilometer (km).

Nor Izam memulakan kayuhan di Batu Gajah, Ipoh pada 1 Julai lalu dan semalam berada di bandar raya ini setelah mengharungi tiga minggu perjalanan yang dijadual berakhir di lokasi sama Khamis ini.

Menurutnya, aktiviti itu merupakan Kayuhan Sepeda Tua Jelajah Semenanjung dalam usaha mempromosi basikal tua di kalangan masyarakat.

“Saya pernah bermimpi seorang lelaki membisikkan kepada saya, boleh kayuh lagi jauh. Sejak itu saya berazam untuk mencuba dan ia hampir berjaya,” ceritanya kepada pemberita di sini semalam.

Sepanjang tiga minggu kayuhan, Nor Izam singgah di Slim River, Petaling Jaya, Nilai, Batu Berendam, Batu Pahat, Johor Bahru, Endau, Pekan, Chukai dan Dungun, Machang, Lenggong, Changkat Jering, Nibong Tebal, Butterworth, Sungai Petani, Alor Setar dan Kangar.

Keratan akhbar Utusan Malaysia di muka surat 25

Keratan akhbar Utusan Malaysia di muka surat 25

2 Responses

  1. Memang seladang… le yeop nie. Tapi hasilnya semua orang memujinya. Awal permulaanya ramai yang kurang percaya. Betul ke GB ni. Cerita gempak je. Tapi…apa dah jadi. Anyway TAHNIAH yeop.

  2. Moralnya…jangan pandang remeh keupayaan sesorang itu…dan bukan semua orang kita boleh perlekehkan. Di mana ada KEMAHUAN di situ ada JALAN dan KEJAYAAN🙂 Talk less…do more and walk the talk🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: