Intai-intai basikal tua di Bandar Maharani (Muar)


Muar1

Atas undangan sahabat dari Bandar Maharani yang kini dikenali sebagai Bandar Muar, penulis akhirnya berjaya merancang untuk bertemu Sdr. Karim pada hari Jumaat 10 Julai 2009 yang lalu. Beliau yang pernah bertemu penulis sewaktu acara kayuhan “Bumi Biru” di Melaka ternyata amat-amat gembira menerima kehadiran penulis, isteri dan Sdr. Jebat. Sebelum memulakan eksplorasi di Bandar Muar untuk melihat beberapa koleksi ahli-ahli Kelab Basikal Klasik Muar, kami telah di bawa ke Tanjung untuk menikmati Mee Bandung Muar yang paling enak & terkenal di sana.

Hidangan Mee Bandung Muar dan Ikan Pari Masak Asam di Tanjung ternyata lazat dan membuka selera kami. Selesai makan kami terus bergegas ke rumah Pengerusi Kelab Basikal Klasik Muar iaitu Cikgu Kadir yang terletak tidak jauh dari Bandar Muar. Walaupun Cikgu Kadir tiada di rumah kami berkesempatan dan diizinkan melihat koleksi barangan antik dan basikal tua milik beliau antaranya King Edward, The Sultan, Raleigh, New Hudson dan lain-lain lagi.

Seterusnya kami ke rumah Sdr. Karim untuk melihat koleksi barangan antik, basikal Raleigh dan Vespa Jobotnya. Menurut beliau Vespa Jobot itu mahu di”lego” dengan harga 5k dan boleh nego lagi katanya. Selain itu Sdr. Karim juga mempunyai banyak barang spare part basikal yang “rare” dan penulis berjaya membeli sedikit buah tangan untuk dibawa pulang antaranya tongkat Raleigh 28″ (props stand) RM50, loceng Lucas (RM150), beg belakang dan besinya (RM100), spare-part dan sebagainya. Ternyata beliau seorang yang merendah diri dan kelakar serta tidak lokek ilmu.

Kami juga berkesempatan ke rumah Sdr. Zul (kolektor BSA) selepas itu. Melihat basikal BSA 28″ keluaran tahun 1940an milik Sdr. Zul penulis sangat-sangat menghargai “passion” beliau yang sanggup berhabis hampir ribuan ringgit untuk merestorasi semula basikalnya. BSA yang pada awalnya disangkakan berkondisi “NOS” rupa-rupanya adalah restorasi semula yang amat teliti dan kegigihan serta kesabaran beliau mencari spare-part BSA sangat mengkagumkan. Penulis berjaya mendapatkan sepasang padel BSA dari beliau dengan harga RM120 dan dua lagi barang “rare” (terpaksa diRAHSIAkan).

Ringkasnya lawatan kali ini membuka 1 lembaran baru yang simbolik di antara KBTBB dan KBKM untuk merancang aktiviti kayuhan di masa hadapan di Negeri Johor. Sebelum berpisah Sdr. Karim sempat berpesan kepada penulis “Kalau nak main hobi nie, “antibody” kena tinggi, Ikhwan…” katanya. Dengan seloroh penulis menjawab “Saya dah “immune” bang!”, kira-kira jam 9:00 malam kami meninggalkan Bandar Muar untuk menghadiri mesyuarat Kelab bersama AJK di Batu Berendam. Terima kasih kepada orang-orang Muar yang baik budi pekerti… dan tinggi budi bahasanya serta sudi menerima kehadiran kami🙂 – Mykyocera

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: