Ulang Tahun Pertama Blog Basikal Malaya


Ulangtahun

Pada hari ini genaplah 1 tahun usia penerbitan blog Basikal Malaya. Pada 18hb Jun 2008 Blog Basikal Malaya telahpun membuka pintunya secara rasmi sebagai medium perkongsian informasi, catatan, paparan dan pengalaman yang dilalui penulis dan rakan-rakan di alam siber. Kewujudan blog BM bukanlah mahu menyaingi mana-mana blog basikal tua yang lain yang telahpun sedia ada wujud. Misi paling utama blog BM ialah untuk memartabatkan hobi basikal tua agar ianya terus lestari dan berkembang di Malaysia dan di Nusantara.

Selama setahun telah banyak pengalaman dan pengetahuan telahpun dilalui dan ditimba oleh penulis. Suka duka sudah menjadi asam garam bagi penulis untuk meneruskan perjuangan ini. Ternyata banyak peristiwa manis dan pahit telah berlaku dalam tempoh yang singkat ini. Kejayaan dan pencapaian tidak datang dengan mudah tanpa usaha, ketekunan, keikhlasan, dan pengorbanan. Pastinya tahun-tahun seterusnya akan lebih mencabar bagi penulis dan blog BM untuk  menghidangkan “content” (kandungan) isi yang lebih menarik dan berinformatif kepada tetamu/pengunjung-pengunjungnya.

Di kesempatan ini penulis dan blog BM ingin mengucapkan jutaan TERIMA KASIH kepada semua sahabat-sahabat, rakan-rakan media, otai-otai, peminat basikal tua, kolektor, tetamu/pengunjung tidak putus-putus mengunjungi blog ini setiap hari. Alhamdulillah …syukur kepada Allah S.W.T. sehingga hari ini jumlah pengunjungnya telahpun melebihi 18,000 pengunjung dan penulis sentiasa berdoa agar kita semua diberkati dan dirahmati olehNya.

Ulangtahun poster

Sebagai tanda TERIMA KASIH penulis dan blog BM satu majlis sambutan ulang tahun dan acara kayuhan Nostalgia Malaya akan diadakan di Batu Berendam, Melaka pada Sabtu, 27hb Jun 2009 ini bermula jam 4:00 petang sehingga 9:00 malam. Pelbagai hadiah menarik disamping jamuan makanan dan minuman akan disedia dan ditanggung sepenuhnya oleh blog BM. Bertemakan “Nostalgia Malaya” dengan pakaian ala-ala zaman Malaya 40an – 60an, maka dengan sukacitanya blog BM ingin menjemput semua untuk hadir bagi meriahkan majlis dan acara pada hari tersebut. Semoga blog BM akan terus hidop di bumi Malaya Merdeka!

Selamat Ulang Tahun Blog Basikal Malaya!

Salam Hormat dan Ceria Sentiasa,

Mykyocera (Ikhwan)

8 Responses

  1. Happy 1st Anniversary to Blog Basikal Malaya. Semoga terus maju jaya.

  2. selamat ulang tahun…

    semoga panjang umur….. 😀

    salam,

    sepeda.wordpress.com

  3. SALAM HORMAT,
    Selamat ulang tahun yang pertama BLOG BASIKAL MALAYA, semoga Basikal Malaya terus berkembang maju untuk memartabatkan nostalgia sepeda tua ini.
    SELAMAT MAJU JAYA.

  4. Salam……
    Tahniah Bro, tak sangka sudah setahun blog Basikal Malaya ni, semoga terus kehadapan untuk sama-sama memperjuangkan kazanah silam ini.
    kita jumpa di Melaka pada 27hb yo.
    SELAMAT ULANG TAHUN YANG PERTAMA.

  5. Assalamualaikum dan salam sejahtera…..

    Semoga Blog Basikal Malaya terus maju pada masa akan datang untuk melestarikan “Nostalgia Warisan Silam” ini, agar terus kekal dan menarik lebih ramai peminat untuk menceburi hobi yang sangat menarik dan unik ini.

    Syabas!

    Selamat Ulang Tahun Pertama Basikal Malaya

  6. Tahniah bro…

    semoga terus maju…

  7. HAPPY BIRTHDAY BM…semoga kehadapan lebih maju lagi….sayang aku jauh so tak bisa join..salam buat rakan-rakan..TAHNIAH BRO…

  8. Tahniah Bro, Selamat Ulang Tahun yang Pertama. Walaupun usia baru setahun jagung tetapi pengalaman dan pergaulan mematangkan kita dalam sama-sama melestarikan khazanah warisan silam kita. Cayalah Bro.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: