Saksikan Paparan Basikal Tua di Majalah 3 (TV3) Sabtu, 6hb Jun 2009 – 9.00 malam


Majalah-3-promo

Salam Hormat buat semua sahabat BM,

Setelah 3 bulan menantikan siaran paparan “Basikal Tua” di Majalah 3 – TV3 akhirnya penulis telah dihubungi oleh Fariha On (Wartawan M3) memaklumkan bahawa Pengacara Majalah 3, Nurul Syuhada ingin membuat rakaman pengacaraannya (moderator) di Batu Berendam bertempat di Bengkel Kelab Basikal Tua Batu Berendam (KBTBB) pada 21hb Mac 2009.  Rakaman bersama Nurul Syuhada merupakan pelengkap bagi keseluruhan rakaman mengenai “Khazanah Basikal Tua”. Alhamdulillah semua kerja-kerja rakaman tersebut telahpun berjaya dilakukan di sana. Menurut penerbitnya Mazlin Nordin, rakaman tersebut disiarkan pada Sabtu, 6hb Jun 2009 ini nanti.

Penulis ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Majalah 3 kerana sudi memuatkan bahan cerita mengenai “Basikal Tua” di Malaysia. Terima kasih kepada Fariha Onn, Nurul Syuhada, Mazlin Nordin dan semua krew-krew Majalah 3 serta ahli-ahli KBTBB kerana bekerja keras untuk memartabatkan basikal tua untuk tatapan masyarakat Malaysia. Walaupun akan ada pandangan skeptikal dan sinis dari pihak-pihak yang berkepentingan dan “cemburu” dengan paparan ini, namun kesannya kepada masyarakat jauh lebih penting daripada kepentingan peribadi. Sekurang-kurangnya dengan sedikit usaha ini bakal “membuka mata” generasi muda mengetahui tentang basikal tua yang “khazanah”nya adalah milik semua…Jangan lupa saksikan “basikal tua” SABTU, 6hb Jun 2009 jam 9:00 malam! – Hidoplah Basikal Tua di Bumi Malaya Merdeka! – Mykyocera 

 

P E N G U M U M A N   T E R K I N I !

Bumi-Biru-PosterJemputan Acara Kayuhan BUMI BIRU sempena menyokong Karnival Sungai Melaka anjuran Kelab Basikal Tua Batu Berendam (KBTBB)

Kepada yang berminat menyertai Kayuhan Bumi Biru anjuran KBTBB pada Ahad, 7hb Jun 2009 sila hadirkan diri anda pada hari tersebut jam 7:30 pagi bertempat di bengkel KBTBB, Melaka. Maklumat lanjut sila KLIK DI SINI. Pakai baju T berwarna BIRU bersama kita BIRUkan BUMI Melaka!

12 Responses

  1. Selamat bro…2 bad aku tak bisa menonton tayangannya.

  2. lopeh ni siap2 la bawak pen. sonang sain otograp hehe

  3. asm…. sy dh menonton M3 td…. dr M3 juga sy try search blog saudara…..

    sy nk ucap syabas n tahniah buat saudara atas kesungguhan memartabatkan hobi saudara… sy wish good luck n semoga KBTBB terus aktif selama2nya. moga2 paparan M3 tuh akan menarik lebih ramai ahli d kalangan peminat tempatan n antarabangsa juga….

    sy tertarik dgn idea aktiviti menunggang BT sambil berpakaian ala2 60-70an tuh… saudara segak habih dgn shorts n stoking pjg tuh, mcm sir francis light plak…ehehehe…. ur wife oso sweet in her non-high-heels shoes. so cute…

    lastly, good luck again in promoting your hobby n having passion in doing it with the rest. wasallam

  4. Salam,
    Seronok dan meninggalkan nostalgia bila menonton M3, teringat tahun 1971 masa arwah ayah menghantar aku masuk sekolah rendah. Aku diletakan di hadapan (duduk menepi) di palang basikal tua ayah. Terasa sayu mengenangkan peristiwa itu. Sayang basikal arwah ayah terbiar dan berkarat lalu hilang entah kemana.

    Tahniah atas keujudan blog ini. Insyaallah saya akan terus mengunjunginya.

    All the best…

  5. Alex,
    Ngak apa bro…aku kirimkan kamu DVD atai CD untuk kamu nonton nya di sana. terima kasih atas sokongan kamu dari Jakarta.

    Mot,
    Aku bukan artis…kayuh basikal x bawak pen aku bawak pum…heheee.

    Akuzle,
    Selamat Datang Akuzle ke blog BM. Terima kasih di atas komentar dan sokongan anda. Insyaallah semoga dengan adanya sokongan dari Sdr. dan rakan-rakan yang lain akan dapat memartabatkan lagi basikal tua di Malaysia🙂

    Buyong,
    Selamat Datang Buyong ke blog BM. Alhamdulillah…itulah matlamat sebenar paparan itu disiarkan agar kita sama-sama mengimbau kenangan waktu dulu-dulu…terima kasih atas sokongan dan silalah layari dan menyokong kewujudan blog ini.

  6. Aslm

    saya telah menonton m3 pada 6hb/Jun …. tahniah kpd kbtbb diatas jayanya kelab tersebut dgn aktiviti aktiviti yg diadakan .. ingin mendapat info tentang dimana kedai spare part yg disiarkan dlm program tersebut

    tks

  7. saya amat meminati kazanah lama ini boleh kasi tau dimana alamat kedai utk dptkan sparespart

  8. Jangan dilupa golongan muda.

    Malaysia patut ada komuniti seperti ini :
    http://www.jakartastreetlowrider.blogspot.com/
    http://helloshortybicycle.blogspot.com/

  9. SALAM KENAL BUAT SODARAKU PECINTA ONTEL DI MALAYSIA,JALIN ERAT PERSAUDARAAN MELALUI SEPEDA TUA.. SULTENG

  10. hi bro…bila kita nak hang out naik basikal bersama-sama?

  11. Tahniah untuk semua yang menjayakan acara kayuhan Majalah 3. Kita semuanya hebat.

  12. Tahniah kerana berjaya melaksanakan hasrat murni.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: