Pompa / Pum Tangan Basikal Tua buatan England


Koleksi Pum Raleigh Industry (RI) yang menjadi buruan

Koleksi Pum Raleigh Industry (RI) yang menjadi buruan

Pelbagai jenis bentuk dan warna pum buatan England

Pelbagai jenis bentuk dan warna pum buatan England

 Salam Sejahtera buat semua sahabat-sahabat BM (Basikal Malaya)…

Pada hujung minggu lalu, penulis sempat berkunjung di salah sebuah kedai basikal yang terletak di salah sebuah daerah di negeri Selangor. Kunjungan dan pemburuan kali ini membuahkan sedikit hasil apabila penulis menemui beberapa pum tangan yang masih berfungsi dan berkeadaan baik. Terfikir difikiran penulis “best juga kalau lepas nie kalau kumpul pum tangan pulak”. Untuk makluman, penulis tidak berhasrat untuk menjual koleksi ini, tetapi penulis bersedia membantu mana-mana peminat yang ingin mendapatkannya. Harga pum-pum ini penulis memperolehinya serendah harga RM8 – RM80. Kalau mahal sangat kita carilah tempat lain.

Hasil daripada pemerhatian dan kajian umum penulis, pum tangan mempunyai banyak jenis, bentuk dan warna. Tidak kurang juga “material” bahan yang digunakan antaranya bahan plastik, aluminum, besi dan tembaga. Basikal tua akan nampak lebih “complete” kalau diletakkan pum tangan di bawah palang “body”. Paling penting ada tulisan emboss yang tertera “Made in England”. Sesiapa pun akan tersenyum puas melihatnya, betul tak?- Mykyocera

13 Responses

  1. Mantap bro…..semua dalam kondisi NOS

  2. Sejak bila pulak kumpul pam ni? Aduhai……..

  3. Sanim,
    Cepatlah balik KL, Ikhwan ada barang rare nak tunjuk kat you … hehehee (gelak jahat) … “dia dah jumpe lubuk baru ”🙂

  4. Salam…..
    saya sedang mencari pam tangan, sudah banyak kedai basikal saya pegi. tapi x jumpa. kalau saudara boleh menolong.

    Haizul

  5. Tunggu yer, tapi lubuk baru pun buat apa nak karaw banyak2. Bagilah peluang kat orang lain. Sebab kita bukan nak pakai semua or buat berniaga pun.

  6. keren pak cik

  7. Laex,
    Terima kasih. Koleksi aku biasa-biasa aja bro. Bro bila acara di Jogja atau di Surabaya itu ya (tanggal apa ya?) aku mahu ke sana mengontel🙂

    SanimNBT,
    Aku kumpul dah sebulan carik-carik barang asyik jumpa pum jer. Sebenarnya aku tahu kau pun banyak pum kat dalam almari umah ko tu…tu yang sajer-sajer aku tunjuk gambar pum nie…supaya ko bagi jer aku pum-pum ko tu…ko tak collect pum kan?

    Anne Acasia,
    Syhhhh…jangan bagitau Sanim…

    Haizul,
    Selamat datang ke BM. Sdr. boleh email saya di mykyocera@gmail.com manalah tau kot-kot saya ada yang extra boleh saya bagi kat saudara 1.

    Niko,
    Mekaseh Pak Niko. Moga kita bisa bersilaturahim dengan lebih dekat. Pak Niko dari mana ya?

  8. Tak yah risau Sanim, lubuk baru tu memang tinggal satu barang jer, tapi memang rare yang ikhwan dapat tu … kalau nak tahu kenalah balik KL cepat2 sikit.
    “Issshhh tak sabar betullah nak tunjuk kat u”🙂

  9. salam……..
    Anne Acasia,sanim je ke u ajak,i tak blh ke?
    dekat mana ehh si ikhwan karau pam-pam ni,yela kan,dah rezeki ikhwan.
    PANAS PANAS PANAS
    Mantap bro koleksi tu.TAHNIAH.

  10. Hahaha. Aku tak kisah, aku simpan satu dua jer cukup lah, bagi kat orang lain merasalah. Karaw banyak2 pas tu jual tu bukan tabiat aku. Kalau aku buat macam tu “buang tabiat” namanya.

  11. Betul..Betul..Betul…. ;P

  12. mantap tu koleksi saudara mykyocera, ada lebih ke,?
    sanim mesti tak sabo kan nak blk kl huhuhuh. brg rare tu ada lebih ke bro.?

  13. Saya berminat untuk membeli koleksi basikal tua dari pihak tuan..diharap jika pihak tuan mempunyai koleksi-koleksi basikal tua untuk dijual..dan dipaparkan di ruangan yang dikhaskan untuk para pembeli melihat dengan lebih teliti…

    Jawapan :
    Insyaallah penulis akan usahakan menerbitkan satu ruangan MENCARI dan MEMBELI basikal tua buat masa terdekat ini. Mykyocera

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: