“Jom Ronda Melaka” mencari kelainan dan kepuasan di bumi Hang Tuah


Bergambar di CP1 Masjid Kampung Hulu. Jalan Jonker Street kelihatan sesak ketika menuju ke CP2

Bergambar di CP1 Masjid Kampung Hulu. Jalan Jonker Street kelihatan sesak ketika menuju ke CP2

Barisan ahli-ahli KBTBB yang aktif memperjuangkan aktiviti berbasikal tua di Melaka.

Barisan ahli-ahli KBTBB yang bergerak aktif memperjuangkan aktiviti berbasikal tua di Melaka.

Pada Sabtu 2hb Mei 2009, penulis sempat meluangkan masa cuti panjang bersempena Hari Pekerja mengikuti satu acara “Jom Ronda Melaka” anjuran Kelab Basikal Tua Batu Berendam di Melaka. Pada kayuhan kali ini penulis menggunakan basikal Triumph Sport yang  kali pertama diturunkan khas untuk kayuhan pada hari tersebut. Tepat jam 3:35 rombongan telah berangkat memulakan kayuhan menuju Check Point (CP1) pertama iaitu Masjid Kampung Hulu di kawasan Jonker Street. Tepat jam 3:50 petang kami sampai di sana..selesai bergambar kami menuju menyelusuri Jonker Street yang kebetulan pada masa itu dibanjiri oleh pelbagai kenderaan telah menyebabkan laluan sesak.

Walau bagaimanapun dengan berbasikal kami dengan mudah melalui laluan jalan tersebut dan menariknya penulis terdengar salah seorang dari kami berkata “Haaa…tulah…bawak kereta lagi masuk sini… kan dah tersangkut!…Lain kali kayuhlah basikal! Penulis hanya tersenyum dan berkata di dalam hati “Kalau jalan di sekitar Bangunan Merah nie Kerajaan Negeri Melaka tutup lagi best! Kayuh basikal takde saper pun kacau :)”. Sewajarnya Kerajaan Negeri Melaka menutup saja laluan di situ sejajar dengan pengiktirafan Melaka sebagai Bandaraya Warisan Dunia.

Pada kayuhan kali ini KBTBB telah merancang laluan yang baru dengan memperkenalkan CP atau Check Point. Menurut Sdr. Jebat, KBTBB telah mengenalpasti 6 Check Point yang menarik iaitu CP1-Masjid Kampung Hulu, CP2-Bangunan Merah dan Jam Besar, CP3-Menara Taming Sari, CP4-Muzium Perzim , CP5-A Famosa dan Banda Hilir, dan  CP6-Kg. Morten. Menurut beliau lagi Check Point akan sentiasa diperbaharui mengikut lokasi-lokasi baru yang dirasakan menarik, itu yang membezakan KBTBB dengan group-group basikal tua yang ada di Melaka. “Kalau asyik guna laluan yang sama jer baik tak payah kayuh…” kata Pak Hassan salah seorang ahli KBTBB.

Pemandangan indah di Sungai Melaka dari tepi Bangunan Merah

Pemandangan indah di Sungai Melaka dari tepi Bangunan Merah

Jebat tengah menyudu cendol sambil layan gesekan biola dondang sayang. Pose maut seorang peminat basikal tua.

Jebat tengah menyudu cendol sambil layan gesekan biola dondang sayang. Pose maut seorang peminat basikal tua.

Di CP2 seperti lazimnya ahli-ahli KBTBB tak sah kalau tak “pekena” cendol mamak sambil berehat di bawah pokok di tepi tebing Sungai Melaka. Nak dijadikan cerita, sambil hirup cendol mamak telinga kami di”terapi”kan dengan dendangan lagu-lagu Dondang Sayang dari KekWa yang membuat persembahan di situ apa lagi…tengok muka masing-masing macam dah mengigil nak joget lambak. Nasib baik terkenang malam nanti ada persembahan tu di Batu Berendam. Apa pun di CP2 Sungai Melaka memang cantik dan bersih diserikan lagi dengan bot pelancong yang melaluinya…aduh macam kat Venice lah pulak. Pelancong yang lalu lalang tidak melepaskan merakamkan foto-foto basikal dan ada yang berpose “maut “di sisi basikal milik KBTBB yang tersusun di situ.

Port baru di Persimpangan Padang Nyiru yang ada banyak burung merpati. Bergambar bersama abang Polis trafik di hadapan "port" terbaharu.

Port baru di Persimpangan Padang Nyiru yang ada banyak burung merpati. Bergambar bersama abang Polis trafik di hadapan "port" terbaharu.

Bagi Penulis lokasi di Persimpangan Padang Nyiru patut dimasukkan ke dalam Check Point KBTBB, ini adalah kerana lokasi tersebut sangat menarik disebabkan keunikan air pancut dan lokasi tumpuan kumpulan burung merpati dengan jumlah yang banyak. Semasa sedang asyik bergambar kami ditegur oleh seorang anggota Polis trafik “Buat ape ramai-ramai nie? Korang dari mana?” tanya beliau. “Dari Batu Berendam…bang” jawab penulis. “Hahaaa…tepi sikit” katanya. Dengan muka “macho” rupa-rupanya beliau pun berminat nak bergambar dengan KBTBB.

Hero-hero Hindustan dari KBTBB di CP4-Muzium Perzim. Jebat berpose sakan.

Hero-hero Hindustan dari KBTBB di CP4-Muzium Perzim. Jebat berpose sakan.

KBTBB di hadapan A Famosa (CP5). Pak Hassan bersama basikal kesayangannya.

KBTBB di hadapan A Famosa (CP5). Pak Hassan bersama basikal kesayangannya.

Selesai bergambar kami terus menuju ke Check Point seterusnya iaitu ke CP3 hingga CP5. Menariknya di CP4 (di Muzium Perzim) ahli-ahli KBTBB sempat bergambar ditepi keretapi lama sebagai kenang-kenangan, semua “pose” macam hero hindustan. Di CP4 penulis melihat betapa ramainya pelancong yang datang melawat kota A Famosa (CP5) sehingga kami terpaksa cari “port” lain dan akhirnya kami berehat di kawasan Memorial Kemerdekaan sambil berbual-bual mengenai hal-hal dan isu-isu perkembangan basikal di Malaysia.

Menikmati Teh Tarik yang paling sedap di Melaka.

Menikmati Teh Tarik yang paling sedap di Melaka.

KBTBB tiba di CP6-Kampung Morten. Tuan Haji Ibrahim teruja melihat koleksi basikal KBTBB.

KBTBB tiba di CP6-Kampung Morten. Tuan Haji Ibrahim teruja melihat koleksi basikal KBTBB.

Dari CP5 penulis mengajak Sdr. Jebat dan KBTBB “pekena” teh tarik di kedai mamak di Jalan Hang Tuah. Selesai minum kami menuju ke CP6 iaitu Check Point terakhir Jom Ronda Melaka iaitu Kg. Morten yang terletak sepanjang Sungai Melaka. Jam ditangan menunjukkan jam 6.15 petang dan akhirnya kami tiba di rumah Tuan Haji Ibrahim pemilik rumah warisan/muzium di Kg. Morten. Penulis teruja melihat perhiasan dan koleksi milik beliau yang telah disimpannya lebih dari 40 tahun yang lalu. Menurut beliau “Dulu saya ada sebiji BSA masa muda-muda dulu…nielah budak-budak dah kasi punah…tak tahu mana pergi basikal tu! Dah jahanam kot…ingat nak cari 1 kat Muar nanti…”  tambahnya.

Ternyata Tuan Haji Ibrahim juga teruja melihat basikal milik KBTBB. Tepat jam 6,45 petang kami beredar dari Kg. Morten menuju pulang ke Batu Berendam. Semasa perjalanan balik sempat juga penulis bersembang dengan Sdr. Jebat yang meluahkan rasa terkilannya kerana merasakan kayuhan pada kali ini seharusnya tidak dilepaskan oleh pemilik-pemilik basikal tua di Malaysia. Penulis mencelah “Alah biasalah bro…kita hanya mampu merancang…satu hari nanti pasti ramai orang akan join…paling penting kita jangan hangat-hangat taik ayam bro…alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan…alang-alang mandi biar basah” nasihat penulis kepadanya. “Aku kalau dah minat..sampai Amerika pun aku sanggup kayuh bro” tambah penulis lagi.

Jamuan makan yang disponsor oleh KBTBB

Jamuan makan yang disponsor oleh KBTBB

Gesekkan biola Pak Baharin yang menusuk kalbu bikin lutut bergegar hati jadi muda.

Gesekkan biola Pak Baharin yang menusuk kalbu bikin lutut bergegar beb..

Kami tiba di Batu Berendam kira-kira jam 7:25 malam. Setelah puas berehat, penulis dijemput untuk menjamu selera, bab-bab makan apa lagi macam mana laju kayuh basikal macam tulah jugak pulun makan..heheeee. Tengah syok-syok makan tiba-tiba…terdengar gesekan biola dan alunan muzik yang makkk oiiii klasiknyer menusuk ke kalbu. Tu dia dondang sayang yang dipersembahkan LIVE dihadapan ahli-ahli KBTBB oleh Pak Baharin dan kumpulannya. “Ini dondang sayang yang paling best tau…pernah menang pertandingan dondang sayang peringkat kebangsaan..meleleh taik telinga kau dengar” kata Pak Hasan. Hampir 2 jam persembahan dondang berkumandang otai-otai KBTBB semua dan bergegar lutut tak boleh tahan nak berjoget…tup-tup tu dia…keluar satu otai “Weyyy…mana penarinya meh ler menari kalau berani!” katanya.

Tua-tua keladi...makin tua makin menjadi..heheee...

Tua-tua keladi...makin tua makin menjadi..heheee...

Haaa…ambik sekali keluar 5 sekali gadis dari Warung de Kampung yang memang “standby” menyahut cabaran. Penulis tengok jerlah…bagi laluan kat otai-otai.. “Jebat kau tak nak join ker?” tanya penulis. “Kau nak mampus bapak mertua aku ada kat depan tu!” katanya. Penulis ketawa terbahak mendengar jawapan Sdr. Jebat. Lain-lain tu penulis “off record”lah yer. Kesimpulannya seperti yang penulis coretkan Jom Ronda Melaka sememangnya memberikan satu pengalaman yang berlainan, mana ada 1 acara yang nak bagi hidangan persembahan LIVE macam tu kat Malaysia…takde! Hanya kat Batu Berendam jer. Penulis puas… puas sebab dapat tengok dan berkayuh di bumi Hang Tuah yang kini bergelar Bandaraya Warisan Dunia…seharusnya peluang acara sebegini tidak sewajarnya dilepaskan – Mykyocera

Untuk melihat foto-foto sila klik di SINI.

4 Responses

  1. Salam buat ahli KBTBB. Seronok betul dapat berdondang sayang. Bila lagi nak buat aktiviti macam ni?

  2. Salam buat semua…
    Kami KBTBB tunggun bro Sanim balik dari Sabah, lepas tu kita rancang ape lagi nak buat.

    Bro Ikhwan,
    Terima kaseh banyak-banyak kerana bersusah payah dengan KBTBB.

    Buat Wawa,
    kaki dah baik belum?

  3. Kau ceritalah… aku tak dapat kayuh hari tu kena kuarantin kat umah. Tak pa cuti sekolah nanti aku kayuh sorang-sorang baru tahu…tengok gambar jadile.

  4. Salam buat semua sahabat.

    Sanim,
    Insyaallah kau balik cuti sekolah nie kita plan nak kayuh di Melaka lagi…kalau ada sponsor dapatlah kau tengok dan “feel” dondang sayang nanti. Aku x sabar nak tgk projek basikal “rare” kau tu. Especially body yang 26″ tu. Cuti panjang nie kau jadi “pomen”lah yer…barang2 semua dah ready aku dah carikan… tinggal tunggu tangan kau jer nak bikin..heheee.

    Jebat,
    Sama-sama bro…kita sama-sama berjuang naikkan KBTBB…sekarang mungkin orang tak pandang usaha kita tapi satu hari nanti siapa tahu. Paling penting kita kena yakin dan sentiasa berusaha…semangat kena kuat…jati diri kena tinggi.

    Alhamdulillah kaki Wawa dah sembuh…Insyaallah kayuhan akan datang dia akan turun seperti biasa.

    Cikgu Ijass,
    Saya akan tunggu Cikgu Ijass di Melaka nanti ada perkara saya nak sampaikan. Saya doakan Cikgu sihat dan bebas dari sebarang penyakit berjangkit. Jangan luper tengok gambar tu puas-puas…tapi sebenarnya kalau dapat kayuh lagi best dan dapat rasa nikmat yang paling puas…heheee.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: