UPDATE! Danginpeken Fun Bike 2009 – Bali, Indonesia


Di masa bumi Indonesia di pijak di situ ramai ontelisnya :)

Di mana bumi Indonesia dipijak di situ ada ontelisnya🙂

Sempat menghulurkan cenderamata untuk Gung Tra

Penulis sempat menghulurkan cenderamata untuk Gung Tra

Pada Ahad, 19hb April 2009 yang lalu penulis dan isteri sempat meluangkan masa menyertai satu acara berbasikal di Bali, Indonesia. Lebih 500 peserta dengan pelbagai jenis basikal telah mengambil bahagian menjayakan acara tersebut. Kami berdua telah ditemani oleh 2 sahabat dari Bali iaitu Pak Clayton dan Pak Gung Tra yang sentiasa berada di sisi sepanjang perjalanan.

Pengalaman berkayuh yang bermula di Martasari Beach, Sanur, Bali merupakan satu lagi pengalaman berharga buat kami berdua. Acara berbasikal terbesar ini telah mendapat banyak tajaan atau sponsor dari syarikat-syarikat besar antaranya Telkomsel, Coca-cola dan lain-lain telah menawarkan hadiah cabutan bertuah yang lumayan iaitu sebuah kereta Suzuki, Motorsikal dan lain-lain hadiah yang grand.

Sepanjang perjalanan pula kami disajikan dengan pemandangan indah kampung di daerah Sanur yang secara uniknya menonjolkan ciri-ciri senibina Bali dengan hiasan-hiasan taman di hadapan kediaman mereka. Disebabkan leka menikmati keindahan pemandangan di kiri kanan jalan kami berdua tidak sedar akhirnya kami sudah tiba digarisan penamat. Selesai kayuhan penulis tidak melepaskan peluang bertukar-tukar pendapat dan pengalaman dengan otelis-ontelis sepeda tua di sana. Ternyata di mana bumi Indonesia di pijak di situ ada ontelis dan sepeda🙂

Penulis dan isteri terpaksa meninggalkan acara tersebut pada jam 10.30 pagi kerana ada program lain pula sedang menunggu. Walaupun tidak dapat menunggu sehingga acara sepenuhnya tamat namun bagi kami hajat dan objektif berkayuh sudah terlaksana. Pastinya kenangan dan pengalaman berkayuh di Bali ini akan menjadi pembakar semangat untuk kita bersama-sama berusaha membangunkan dan memeriahkan lagi acara-acara berbasikal seperti ini di Malaysia pula. Mana tahu kita mampu menganjurkan acara-acara besar seperti ini satu hari nanti kerana tidak ada yang mustahil di dunia ini – Mykyocera

Daginpeken Fun Bike 2009

Daginpeken Fun Bike 2009

Untuk melihat koleksi foto-foto yang lebih banyak dan lebih dekat sila klik di SINI.

9 Responses

  1. salam……
    wauuu dasyat,ingat pergi bulan madu,kt sana pun sempat kayuh basikal.
    Tak ape aku tunggu gambar-gambarnya .

  2. Salam…
    Akhirnya muncul juga gambar2nya…

    # Jebat
    Ikhwan ni ibarat “sambil menyelam minum air”…niatnya nak honeymoon tp niatan berkayuh pun terlaksana…he..he

  3. Jebat & Alex,

    Tujuan sebenar ke Bali memang mau libur & honeymoon… tapi kerana keunikan komuniti sepeda/basikal aku bisa mengontel/berkayuh di mana jua…especially di Indonesia.

    So ini kira percutian ‘serampang 2 mata” or “kill 2 birds with 1 stone” heheee…apa-apa pun memang enjoyyy🙂

  4. Ini dia gambar2nya sudah tampil..
    next time kalau ke Bali lagi, kita ngontel lagi..

  5. Pak Gung Tra,

    Selamat datang ke blog BM (basikal malaya). Nantikan photo-photonya …saya akan cuba uploadkannya nanti🙂 Tunggu yaa…

  6. Salam…

    ikhwan… dimana bumi indonesia dipijak.. disitu kan bersua dan berkayuh Onthel….

  7. asyik juga fun bike di bali kalih yaaa…??? habis fun bike langsung cuci mata…He….he…..he….he….

  8. Ikhwan :
    Bro …next time join event khusus onthel bro…pasti lebih seronok lagi.

    Pak clayton, aku ingat sepeda merah tu dia bawa dari canada karena kesukaan anaknya.

  9. Seronoknya sambil makan angin dapat juga turut serta program kayuhan di sana. Bilalah agaknya dapat merasa suasana program seperti itu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: